Jul 9, 2011

bersih

 Hmmm perjuangan bersih telah dapatku hidu.. =)  apa yang pasti, di akhir perjuangan mereka akan aku ketemui hasil kerjasama yang tidak ubah seperti Sentinel Prime dan Megatron, watak dalam cerita Transformer: Dark of the moon. Kedua-duanya bergabung menawan bumi demi matlamat yang berbeza.

 Bersih tak relevant ! Bukan kerana tindakan tunjuk perasaan mereka agar kerajaan sedia ada di ubah atau kesan perhimpunan mereka yang menyusahkan rakyat yang tidak terlibat. Tetapi kerana cara mereka menghalakan semangat sewaktu berkumpul, tuntutan lapan perkara berkaitan pilihan raya dan definasi jihadnya yang nampaknya kurang di fahami umum terlibat. Mereka seolah-olah bebas melakukan apa sahaja hanya kerana mereka beraksi atas nama IslamRata-rata yang tuntut bersih adalah orang yang meletakkan nafsu amarah sebagai panduan hidup. ilmu jatuh nombor dua. 


 Jelas kejahilan menguasai diri. Seminggu sebelum bersih di adakan, aku sempat berbual mesra dengan individu yang berkobar-kobar berkongsi cerita tentang perhimpunan tersebut.


 Setelah membiarkan dia berceloteh lama, lalu aku bertanya  " abang, siapa ya yang menganjurkan bersih ? ". Jawapannya terlebih dahulu diketahui, namun sengaja aku bertanya untuk menguji pengetahuannya.


 " Pas kot.." dia memberi jawapan.


 Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Aku sangkakan dia seorang pejuang tulin, sebaliknya dia sendiri tidak mempunyai alasan perjuangan yang kukuh. Luntuh serta merta perasaan aku yang tadi bersemangat mahu mendengar perjuanganya. Aku tidak melihat parti yang disokongnya sebagai faktor utama, sebaliknya aku melihat kepada mentalitinya yang cetek. Bukan asal ada orang Pas yang membakar semangat, maka kita pun hilang logik akal dalam membuat pertimbangan. 


 Sedih. Sampai satu tahap, seorang ayah sanggup berkata " selagi nyawa ayah dikandung badan, biarlah ayah pergi berjihad di perhimpunan ini".


 Apa yang di jihadkan dalam perhimpunan ? adakah si ayah sudah memasang niat untuk berperang sebelum acara bermula ?


 Padahal si penganjur adalah orang kapiaq (Ambega), dan pernah bercita-cita menjadi si pembela Lina Joy (melayu murtad). 




‎8 perkara tuntutan BERSIH

1. Bersihkan senarai undi
2. Mentreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukohkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor




 Apa mereka buta ? apa kejadahnya jihad yang mereka maksudkan ! 


 Perjuangan rakyat tidak seharusnya bersifat berat sebelah. Sesuatu perjuangan atau tuntutan hendaklah difikirkan juga kesannya kepada kerajaan. Perlu ada 'Give and take' dalam perjuangan rakyat. Ini untuk memastikan perjuangan yang dilaungkan tidak membawa keburukan kepada rakyat sendiri.


 Rata-rata mereka yang berjuang (dengan definisi jihad yang salah), bersandarkan khabar angin dari kawan-kawan atau berita tidak sahih ( inilah sebenarnya melayu tipikal). Mereka berjuang di atas landasan yang mereka sendiri tidak mengerti.

 Kita di bawah berjuang mati-matian demi bersih, sebaliknya mereka yang berkepentingan enak mengatur buah caturnya. Misalnya di Dewan Parlimen mereka dapat elaun beribu ringgit, manakala di luar (KL) si pejuang masih dengan matlamat yang samar-samar. Berapa sen  dapat ? Satu sen pon tak dapat ! (inilah dia malayu tipikal).




 Jangan kerana tidak jelas, keutamaan dan tanggungjawab selaku anak dan pelajar dilupakan. Sedarlah anda sedang dijadikan keldai tunggangan mereka. Kasihanilah Polis dan rakyat yang telah menjadi wadah perjuangan mereka.


 Aku tidak menolak ada kekurangan dalam kerajaan. Namun ini semua boleh diubah dengan cara yang lebih bersifat profesional dan bukannya secara provokasi. Kita boleh lawan kerajaan, tapi jika benar mereka kejam. Sebaiknya contohilah cara Imam Malik atau ulamak-ulamak terdahulu berkawan dan menegur pemerintah di zamannya.


Sila lihat video ini..

28 comments:

izwanyusof said...

menarik2.. itu yang dikesalkan bila individu hanya mengikut saja tanpa punya asas yang kukuh apa itu 'bersih'..

haiqal said...

AKu bukan tak suka bersih,cuma cara itu perlu dengan lebih betul.Bagi sahaja memo kat Agong.Done.Aku menyokong beberapa tuntutan tu

ridoma said...

izwanyusof: =)

ridoma said...

haiqal: Yup. If all done, but how if the gov still won in da ellectn?

Sya_Merpati Putih 88 said...

stju dan sokong 100% entry nie..perhimpunan tue dah membuktikan yg org kt sangat mudah terpengaruh...kan bagus kalau buat rundingan + perbicangan..kan mcm tue lebih aman dari buat perhimpunan yg nyata menyusahkn bnyk pihak...

Unknown said...

dah malas nk pk psl bersih ni.. skrng msa diorng nk wat kepala.. insyaAllah ada genersi muda yg pandai2 boleh fikir apa yg sepatutnya diorng buat..

#wheneverimbored http://eleventx.blogspot.com/2011/07/tech-icloud.html

ct N honey said...

ramai orang yg berada di perhimpunan tu pun tak tahu apa tujuan sebenarnya perhimpunan itu dibuat,mereka jadi pak turut aje

ridoma said...

terbang bersamaku: terima kasih =)

ridoma said...

saiazuan: yup betul tu =)

ridoma said...

ct N honey: rata2 yang join adalah remaja (berdarah panas) dan berusia 40 tahun ke bawah (yg belum pernah mengalami peristiwa2 seperti 13 Mei dan seumpamanya).

Mereka ingin tahu, malangnya keinginan mereka untuk tahu telah dieksploitasi pihak2 yg tdk brtgjawab.

Mereka tlh dijadikan mangsa permainan catur (tdk kira pmbgkang ataupon kerjaan).

Hilmi said...

napa xtanya orang yang btol2 paham dan tahu?

Norsa'adah Ahmad said...

agreed. musuh Islam mesti gelak sakan tengok perhimpunan ni ...

aini said...

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kpd langit, bumi dan gunung2, ttp semuanya enggan memikul amanat itu dan mrk khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikul lah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh" Al-Ahzab:72
Igtlah,dalam setiap perbuatan dan perkataan kita, hanya Allah yg layak menilainya kerana kita telah berjnji utk memikul amanat itu.

taukeh tudung said...

maafkan saya...

adakah salah sekiranya sekumpulan manusia berhimpun di jalanan dengan aman???

adakah menjadi satu dosa sekiranya mereka berhimpun di jalanan???

boleh bagi pendapat??? saya sekadar ingin tahu...

ridoma said...

taukeh tudung: haha anda terlepas pandang dgn apa yang sy tulis di kepala entri di atas..

ikutkan pd saya tdk mngapa, tetapi apa yg jls, sy jns orgnyer yg mlihat kpda mentliti dan asas ideology. sy dgn lantang tdk mnyokong tndakan mgajak rkyt yg kurg pgtahuan ke dlm kancah kbinasaan. stiap prbuatan wjb disokong dgn dalil.

ketua mereka tahu. ketua mereka juga ada yg trdiri daripada org yg mmbaca al quran, namun adkah mereka bnr2 beriman dgn kalam Allah swt?

ya bnr ini bukan lg zmn hang tuah yg taat pada sultan. tndakan myokong scra mmbuta babi. barangkali kita boleh katakan ini adlah zmn moden, dunia tnpa sempadan.

sy brtanya, adakah anda bnr2 phm dgn apa mklumat yg anda trima? tndkan mereka sgt tdk brperikemanusiaan, ibrt menarik tgn org yg sedang tidur nyenyak utk turut serta dlm larian yg dia sndiri tdk tahu.

kita blh mgasak prubahan, tpi biar dgn cara yg lbh profsional. sy tdk pasti smaada anda bnr2 memahami hakikat proses dan peranan kita as khalifah dimuka bumi Allah swt ini.

sila rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=6bc4krVVcfY dan

http://www.youtube.com/watch?v=TCkvy3uClno&feature=related

taukeh tudung said...

saya hormati pandangan anda..terima kasih...

Hilmi said...

mengapa ambiga?

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Ftintajundi.com%2F%3Fp%3D1351&h=lAQDUWR_R

Hilmi said...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SR8WkaHSE0M

taukeh tudung said...

apa komen anda saudara ridoma terhadap video yang dikongsi oleh saudara hilmi????

mari kita bediskusi...

ridoma said...

hilmi: 3 kelemahan yg dikesan:

a. demontrasi bkn prkara baru. bahkan dizaman saidina othman lg sudah ada. (rujuk semula vid yg tlh sy paparkan.)
b. slide vid sprti itu boleh disahkan kesahihannya? sukar utk di adili.
c. anda msh muda, bykkan mklumat tmbahan. pastikan anda fhm dan teliti vid. & entri neutral ini sebaik mgkin.. truskan jika anda rasa anda bnr. tiada paksaan =)

* ya bnr dmntrasi bg rakyat, namun sbliknya mereka yg bkpntingan lain pula ceritanya, mreka brprvokasi.

*ni supplement tmbahan utk sesi jwpn kali ini ya..

http://www.youtube.com/watch?v=TCkvy3uClno&feature=related

ridoma said...

tokeh tudung: mai diskusilah.. =)

taukeh tudung said...

mari2..hahahaha...

muin said...

cuba kita renung sejenak tuntutan2 yg laungkan melalui bersih, [sila guna akal yg terbuka dahulu], xder satu pun yg betul2 membawa kpd kehancuran, kemusnahan, atau ape2 aje yg mbawa kpd kesan buruk, namun ade beberapa tuntutan agk mustahil utk ditunaikan spt penghapusan undi pos, kalau xde undi pos, mcm mane org yg bertugas mcm polis n tentera nk blk kwsan n buang undi, mungkin suatu hari nanti masalah ini blh diselesaikan, oleh itu aku x la membantah pembatalan undi pos, jelas disini tuntutan2 tu menuju ke arah pilihan raya yg lebih telus n adil, its undeniable,

utk satu sudut pula yg aku x brape nk berkenan dgn BERSIH ni, ialah cara perlaksanaan die berdemonstrasi di jalanan, JALANRAYA itu hak semua orang, bukan hak ambiga n org2 yg join demo bersih, menyokong bersih bg aku xde masalah, tp ia adalah masalah BESAR jika sokong n turut serta dlm DEMONSTRASI BERSIH, bygkan kesan2 demonstrasi,aku cukup geram bila ade org hentam peniaga "ala tutup kedai sehari utk demokrasi apa salah nya" kata aku pula, palotak kau, kalau la sorg peniaga tu tgh kumpul setiap sen hasil jualan die utk byr kos angioplasty ke, dialisis anak die ke, tgh kumpul duit nk kawin ke, x naya........., ade org BERSIH fikirkan sejenak impak kpd peniaga2 wlaupun tpaksa rugi 1 hari

org nk kawin lg haru, x kire la si pengantin tu sokong blakang2 je BERSIH ni atau x sokong, effect demo tu ttp akn kene kt sape2 yg ade walimatul urus mase 9 july, sian diorg, org hari baik nk bahagia hepi2, tp korang pegi jahanamkan, cuba time korang [yg sokong BERSIH] ni nk kawin, org sedare2 korang yg nk kawin n mase tu ade demo kt tgh jln, msti korg rase sedih gak evan demo tu korang sokong dasarnya,

jd jelas, matlamat tak menghalalkan cara, kenapa ye bila BN menang pilihanraya pembangkang akn ckp men tipu la, pengundi hantu la, time PR plak yg menang diorg akan ckp rakyat sudah beralih sokongan...., mase tu BN x ckp pun yg PR ni gune pengundi hantu, dah 5 negeri bjaya dikuasai mase mula2 lps PRU12, nk tunggu smpai menang sume negeri baru la korang akan ckp pilihanraya itu da BERSIH, nk diskusi? silakan

ridoma said...

Barakallah =)

aini said...

mf ya...marilah kita btl kn niat dan perbaharui iman kita..
pkara ni memerlukan kfahamn yg jelas dan bknnya bleh diberi hukum sewenang2 nya. dgn video dan ceramah, msh blum cukup utk mnjwb persoalan ni.perlukan juga pembacaan. mgetahui 2-3 hadith shj x mncukupi utk mjwb isu ni.
rujuk smula kisah Rasullullah, para shbt, kebgkitan Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Ahmad AL-Fatih dan juga tokoh2 Ikhwanul Muslimin seperti As-Syahid Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Masyur dll..ktahui cara kbgkitan mereka, apa yg mrka perjuangkan dan bgaimana mereka berjya bgkit..wallahu 'alam

muin said...

Aini, sy fhm maksud awk, menjadi kewajipan kita menjatuhkan kerajaan yg zalim, tapi menjadi kewajipan kita juga menjaga keharmonian negara, so antara 2 kewajipan ni la yg kita bertelagah pendapat mana satu yg wajar didahulukan, apakah anda suka jika suatu kerajaan yg anda mungkin anggap zalim itu dijatuhkan tp kesannya kpd ekonomi, perhubungan sosial sejagat dan kestabilan keselamatannya tergugat spt berlaku di iraq, kita semua saudara sesama islam, xkn hnya kerana kita lebih alim dr org lain kita menghambat mereka ke dlm neraka tanpa kita sendiri mencuba utk mengajaknya ke arah kebaikkan terlebih dahulu, spt saya maklumkan sblm ni, saya sokong BERSIH krn tuntutan2nya dpt membawa kpd pemilihan kerajaan yg lebih adil, dpt mbezakan yg hak dgn yg batil, tp cara ia dilaksanakan merugikan sesetengah pihak, jgn krn marahkan nyamuk, kelambu dibakar, mohon pendapat lanjut dr anda, kalau anda ada info yg membolehkan 'kami' [yg bantah DEMO BERSIH] mengubah fikiran, apa salahnya,

taukeh tudung said...

saya mahu minta pendapat anda semua wahai sang pemikir...

ingatkah lagi anda semua, akan iklan yang menyebut prosa ayat ini :

" awak mana tahu...awak bukan tukang cat !! "

melalui interpretasi saya...

ayat ini menjelaskan mengenai..sekiranya kita tidak terlibat dalam sesuatu bidang kemungkinan besar mungkin kita tidak akan tahu akan cabaran serta masalah yang dihadapi...

jadi...sebagai konklusinya...

" jika kita tidak bekerja atau melibatkan diri dalam sektor kerajaan ( khususnya pengurusan ), maka kita mungkin tidak tahu akan apa yang berlaku di dalam sistem pengurusan agensi kerajaan...kita mungkin terpengaruh dengan pendapat atau maklumat yang sering dihebahkan di dalam media massa...ini merupakan sumber yang tidak ada autoriti...

jika anda sudah melibatkan diri di dalam sektor kerajaan..barulah anda tahu apa yang sedang berlaku..jika anda tidak percaya...

anda yakin atau tidak dengan ayat..

" sekiranya anda tidak tahu..bertanyalah pada orang yang tahu... "

maaf jika saya menyinggung perasaan sesiapa...saya hanya mengeluarkan pendapat sahaja...
JANGAN MARAHKAN SAYA...

kadang2, kita dapat lihat.. mengapa isu2 yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak tidak dihebahkan di dalam media massa???

walhal ini merupakan isu yang penting...

bagi saya...

ini adalah kerana ada pihak yang hanya memikirkan mengenai tembolok mereka sahaja...

ridoma said...

Perubahan pada pemasalahan seperti yg saudara maksudkan boleh diperbaiki jika orang seperti saudara memenuhi parti pemerintah seperti sedia ada sekarang.

Maka tidak semestinya mengunakan kaedah pemimpin2 Bersih seperti hari ini =)