Aug 30, 2012

Segmen Touch & Go.

 Wah sukanya tengok perkembangan follower dan subscriber yang semakin tinggi! kini sudah mencapai angka 888. Nice number. So aku terfikir nak buat satu segmen Touch & Go di sini.

Terbaik..

 Tinggalkan jejak korang di ridoma page (buatlah apa sahaja mengikut sesuka hati korang, say hye atau senyum haha..), kemudian blog korang akan dijejaki dan disenaraikan beramai-ramai di ridoma.


 Seperti biasa seorang blogger bertuah akan dipilih dan akan mendapat saguhati daripada ridoma. Tarikh unlimited (bergantung pada aku haha..), lagi ramai, lagi bagus. Berbloging sambil beramal =)




Blog2 yang di tag:












































Aug 21, 2012

Semeriah mana sekalipun Aidilfitri



 Semeriah mana sekalipun sambutan D'Aidilfitri, jangan sesekali dilupakan nasib saudara kita di Palestin, Syria & Burma.. ingatlah di sebalik keselesaan D'Malaysia, masih ada kesengsaraan yang sedang berlaku di merata tempat.

 Semuanya menuntut setidak-tidaknya sedikit perhatian daripada kita. Kealpaan kita hari ini, memberi peluang kepada musuh merangka plan kemusnahan masa hadapan.



 Hidup bukan masanya untuk memikirkan perselisihan bab amalan semata-mata. Bukalah mata, masih ada misi yang lebih besar menanti.

 Lakukan sesuatu, walaupun dengan sekecil-kecil tindakan. Salah satu cara yang boleh mengelakkan kita muflis di hadapan Allah SWT, di hari pertemuan yang pasti berlaku.














Aug 20, 2012

Vanila coklat D'Aidilfitri pertama


Aidilfitri pertama kami sama seperti semua =)


 Seharian beraya. Bermaaf-maafan, ziarah-menziarahi dan makan semakan-makannya. Baik tak pecah perut aku ni, buncit dengan ketupat rendang. Jangan jadi macam aku, makan sampai tak ingat dunia. 

 Ramai juga yang bertandang ke rumah, kebanyakan jiran-jiran dan sanak-saudara yang merancang pulang ke kampung selepas hari raya pertama. Macam biasa, cokelat aku begitu laris sekali. Tak cukup dengan hidangan yang di atas meja, siap ada yang nak beli pula..tak bagi beli, marah pula tu..

 Ish bukan apa, kontang stok coklat raya aku kat rumah ni. Musim raya ni-lah baru nak merasa R.E.H.A.T. Malam semalam sambil menziarahi ke rumah saudara-mara terdekat, sempatlah juga melayan cerita Vanila Coklat versi raya ni melalui laman web tonton dalam I-Pad kakak aku.

 Semua tak sabar nak tengok babak  Ridoma Chocolicious  dalam cerita tu. Ridoma chocolicious dapat credit title dalam cerita tu, puas hati tidur malam tadi hehe..
























Aug 12, 2012

Power of the night





Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
    مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759).


Credited: muslim.or.id


 Alhamdulillah ramai yang beriktikaf di Masjid Putra, Putrajaya tadi. Baik yang kecil mahupun dewasa.

 Sepanjang malam, suasananya diwarnai alunan ayat-ayat Al-Quran dan solat-solat sunat. Masing-masing bersilih ganti. Bangun, tidur dan bangun semula.

 Bersyukur dapat mengulangi berqiamulail seperti di zaman muda-mudi aspura dulu. Empat ketul  Turkish Bakhlawa, sebaik-baik juadah bersahur sementara menanti masuknya waktu subuh.

 Mujur segala bekalan bersahur terlebih dahulu disediakan si dia sebelum berangkat. Sehelai pelikat biru muda, berus gigi, pencuci muka, sebotol air mineral, dan sekotak kecil kuih disusun molek dalam beg galas.

 Ringkas, insyaallah ia cukup untuk menampung tenaga hari esok. Namun pengalaman kali ini lebih bermakna kerana dapat bersama ikhwa daripada seluruh DHL. Terima kasih kepada tuan Ahmad Kamsani Samingan atas jemputan kelmarin.











Aug 8, 2012

Alangkah indahnya ijazah yang ku miliki


"Apa maknanya segulung ijazah yang ku miliki,
 andainya sedikit pun aku tidak mampu
 membalasnya di akhir pertemuaan."-ridoma.













Aug 2, 2012

ridoma home made chocolicious 10.0

Perisa coklat: Strawberry, Blueberry, Caramel, Almond (Milk & Dark), and Dates fruit chocolate.






2 singgit! =)