Petir sana-sini. Hampir setiap petang, kebanyakan kawasan dilembah Klang mengalami hujan. Saya dalam perjalanan ke sebuah kedai di Bangi yang tidak diketahui lokasinya, setelah pulang menjaga mak di wad. (Eh pulang? keluar rehat je ya) Kebetulan giliran saya menjaga mak belum habis lagi.
" kau nak makan apa-apa pergilah turun. Nah ambil duit ini ". Mak memberi saya lima puluh ringgit.
" ok sekejap lagi orang turun." Saya mengiyakan sahaja ( hehe banyaknya duit...eh ingat, bukan duit aku. Gunakan mana yang perlu sahaja, selebihnya pulangkan kepada mak semula ).
Hujan semakin lebat sewaktu saya tiba di Syeksen 3 tambahan di Bangi. Jarak pemandangan saya agak terbatas. Saya perlu lakukan sesuatu. Minda harus pantas merencana rancangan jangka masa pendek. Jika terlalu panjang, habislah perut kebuluran.
Alhamdulillah, dalam persinggahan tersebut saya telah di ketemukan dengan sebuah kafe