Showing posts with label The making. Show all posts
Showing posts with label The making. Show all posts

May 28, 2017

Tips bulan Ramadan


Oleh kerana Abang rasa perut abang semakin kacak, abang ingin kongsikan dengan awak maksud Ramadan. Dari istilah bahasa ia membawa maksud panas yang sangat terik. 

Ini kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.

Kalau di bulan lain, Ahad adalah hari awak memanjangkan tempoh tidur seolah-olah tiada lagi hari esok. Abang tahu awak suka membalas dendam dengan tidur sampai tiba waktu berbuka.

Bagi yang berkelapangkan, adalah lebih elok kalau awak mencapai senaskah Al Quran di sebelah tivi tu. Abang nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

 Insyaallah esok abang update info untuk awak.
Jangan lupa subcribe di youtube SIAPAKAH OPTOM


May 26, 2017

Optom spectacle makers



Assalamualaikum berbaki sehari lagi sebelum kita dijemput ke madrasah ramadhan.
Bulan mulia bulan yang akan mendidik jiwa agar kembali kepada displin
fitrah kehidupan.

Kami di optom sentiasa mencari peluang menimba sebanyak mungkin ilmu, agar lebih banyak kesilapan dapat diperbaiki. Semua ini, dengan harapan kau terus menyokong perjuangan kami.

Maklumat lanjut klik link OPTOM. BOUTIQUE



Mar 6, 2012

3 rahsia menambat hati pembaca.


Rahsia # 1 - Ringkaskan perenggan untuk pembaca.




 " Menarik tajuk artikel ini, tetapi semakin dibaca, semakin aku tidak faham dan membosankan." Kata-kata sebaik sahaja membaca sesuatu yang serabutkan kepala kita.

 Ayat yang panjang berjela sehingga berbelit-belit. Akhirnya menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis.

 Kelihatan serabut apabila terlalu banyak ayat dalam satu perenggan. Kesannya, pembaca akan tertanya-tanya bilakah penghujungnya dan membebankan.

 Rahsianya ?

 Pembaca gemar sesuatu yang cepat, ringkas dan padat. Pastikan satu perenggan kita tidak melebihi daripada 3 ayat.


Rahsia # 2 - Istilah yang di fahami umum pembaca.




 " Aduh, sakitnya patella* aku..! " Jerit Razak sebaik sahaja jatuh ketika dalam permainan bola sepak.

* Tempurung lutut.

 Tidak semua pembaca memahami istilah bahasa yang digunakan dalam sesetengah jurusan atau profesion. Sebaik-baiknya elakkan pengunaan istilah tersebut dalam penulisan kita. Ayat yang kurang di fahami, membantutkan minat pembaca.

Rahsianya ? 

 Gunakan ayat yang mudah difahami umum lapisan masyarakat. Sesiapa yang berjaya memberi kefahaman kepada orang lain, sedangkan perkara itu sukar untuk dijelaskan. Maka dia adalah bijak bagi saya.


Rahsia # 3 - Jaga hati pembaca.




 Berlebih-lebihan dalam menerangkan sesuatu situasi. Misalnya aksi romantis atau penggunaan bahasa kesat.


 Tujuannya bagi menimbulkan rasa tersentuh dalam hati pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai tahap emosi yang sama dengan penulis pada ketika dia membaca penulisan kita.

 Rahsianya ?

 Jauhi daripada mengunakan ayat berunsur lucah atau mencarut. Tidak timbul isu karya yang kurang berkesan jika tidak mengunakannya. Sedih, seram atau humor, pastikan ada batas dalam penceritaannya.

Feb 28, 2012

BalQis the series

" Balqis, awak dah siapkan cerita bersiri kanak-kanak tu ?"

" Sudah hantar pun Cik Loli.."

" Oh ya ? mereka tahu ke awak boleh bercakap dengan.."

" Eh Qis cepat ! tengok ni."

" Masha Allah, kenapa terjerit-jerit ni ? tak boleh tengok saya senang sikit di dapur ni.."


" Subahanallah.. tak sangka, cantik juga ya bila berada dalam TV"

" Ceh mula la tu.. masuk bakul, angkat sendiri nampak ?"

" Eh tak lah. Memuji ciptaan Nya hehe.."


" Jangan lupa bacakan untuk saya sebelum tidur ya ?"

" Baiklah Cik Loli..err "

Feb 4, 2012

Cik ridoma Ceria D'hujung Minggu.



Comel tak Cik ridoma ? walaupun selekeh lukisannya, inilah yang dipanggil seni.

 Ridoma dalam proses menyiapkan dua buah buku. Kali ini, aku mencuba KJ method. 

 Buat pertama kalinya ridoma menulis buku genre dewasa, dan lain daripada yang lain. Catatan ridoma blogger.

 Harapnya korang sokong buku ini kelak, lengkap dengan ridoma story, isu semasa & umum. Doakan ridoma berjaya ya ?

Dec 22, 2011

Fariduddin El Islam: Mega,Loli & Choki


1. Alhamdulillah ke atas limpah rahmat Allah SWT, kerana dengan izin Nya lahirlah novel sulung yang berjudul MEGA, LOLI & CHOKI. Pada mulanya, menulis sekadar hobi selepas tamat zaman persekolahan, manakala segala yang tercoret hanyalah untuk koleksi peribadi.

2. Sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan telah menasihati agar koleksi coretan lama itu dijadikan novel kerana dia merasakan koleksi tersebut mengandungi nilai yang tinggi.

3. Kerap kali dia memberitahu, kanak-kanak yang ingin berjinak-jinak dengan bahan bacaan zaman awal remaja kini sukar untuk mendapatkan peluang membaca bahan yang sesuai. 

4. Rata-rata mereka pada peringkat umur sedemikian sudah berubah selera. Daripada buku cerita ke novel yang lebih memuaskan minda. Masalahnya, jikalau ada novel untuk dibaca oleh mereka sekalipun, pilihanya adalah terhad.

5. Bahan bacaan mereka daripada luar negara, tidak memberi sebarang masalah. Bahkan bagus untuk perkembangan minda. Namun tidak semua adik-adik gemarkannya, sedikit sebanyak mereka mungkin akan terkesan dengan perbezaan latar belakang budaya ceritanya. Sekaligus gagal untuk menarik minat membaca mereka. 

6. Selain itu, kekurangan pilihan juga memaksa mereka untuk memilih novel kategori dewasa. Perubahan fasa yang tidak teratur, apatah lagi melangkaui umur yang sebenar bakal mendedahkan mereka kepada kejutan budaya. Kelangsungan pemasalahan ini secara berterusan boleh merencatkan kreativiti mereka yang sebenar.

7. Fitrah mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, memungkin mereka tersalah anggap erti romantis atau agresif. Unsur-unsur yang enak di mata pembaca dewasa, barangkali tidak sesuai di mata kanak-kanak.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Surah Al-Kahfi, ayat 13.

8. Berdasarkan ayat di atas, menurut keadaan manusia turun temurun anak-anak muda lebih mudah menerima kebenaran berbanding dengan orang tua-tua yang telah tenggelam dalam kesesatan.

9. Berketepatan dengan masalah yang dihadapi umah pada ketika ini, saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu sesuai dibaca oleh mereka yang mula gemar membaca novel.


Apa kata mereka ?

Buku ini sangat bagus.
  Alia Ameera. 11 tahun, murid sekolah rendah.

Kekuatan novel ini terletak pada jalan ceritanya yang menyeronokkan.
Khairunnisaq Tahir. 21 tahun, pelajar IPTA.

Karya yang cukup luar biasa sehingga berjaya mengheret pembaca ke noktah terakhir.
Nur. 21 tahun, pelajar IPTA.

Sebagai pembaca, saya seolah-olah turut merasai getaran jiwa Mega sebagai seorang yang cintakan haiwan dan banyak contoh teladan baik dalam diri Mega dan keluarganya yang boleh dicontohi.
Fatimah Mahira Abu Hassan Ashari. 21, pelajar IPTA.

Tahniah kepada penulis, saya sudah dapatkan buku tersebut untuk bacaan anak-anak, Bahasanya mudah difahami, jalan cerita menarik serta mempunyai pengisian dan nilai murni. Recommended!!!
Anuar. 34, Bapa mithali.

Pautan:

Nov 2, 2011

RIDOMA D'Expo Buku Islam 2011.


Gelagat anak-anak kecil disamping keluarga tersayang. Rata-rata yang hadir terhibur dengan persembahan kumpulan nasyid adik-adik daripada ISMA.

Senario jual beli di KL Sentral. Sejuk mata memandang.

Sesi temu ramah dan kupasan terperinci mengenai novel masing-masing oleh penulis:
  • Fariduddin El Islam
  • Ustaz Rushdi Ramli Al Jauhari



Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bermula dalam masa yang sama.

Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna.

Bergambar bersama para hadirin serta rakan-rakan.

Fariduddin El Islam, Mega & Must read. Wassalam..

Oct 17, 2011

aktiviti ku

11:00 pm. Bermulalah coretanku untuk hari ini..

 Seperkara lagi sepanjang menjalani musim praktikal, akan ku fikirkan cara terbaik untuk mencari pembaca Mega. Dari satu meja ke satu meja di makmal, dan dari satu kawasan ke satu kawasan. Segalanya demi kelangsungan jualannya.

 Hari ini (16.10.2011) kebetulan aku ke Shah Alam, ada kenduri di rumah Pak Long. Sememangnya sudah lama aku bercadang untuk menemui mereka di sana yang telah lama membuat pesanan, maka sengaja aku melajakkan perjalanan aku hingga ke Uitm, kampus utama Shah Alam. Salah satu kawasan luas yang terletak di atas sebuah bukit di Seksyen 2.

 Terdapat puluhan ribu pelajar di sana. Pasti sekali inilah tempat wajib di tuju. Buat permulaan, buku ku telah dipesan dan terjual sebanyak empat buah.

Adat bekerja sendiri..

Oct 7, 2011

Warna-warni Mega, Loli dan Choki



Dua belas bab melengkapi novel “Mega, Loli dan Choki”. Sebuah perjalanan menarik buat Mega, si pencinta haiwan. Ayuh, kita hayati sebuah kisah bercorak islamik melalui Mega, keluarga dan rakan-rakannya.

Oct 1, 2011

Rahsia di sebalik watak Mega terbongkar !

Kenali 'A Boy name MEGA'sambil menonton iklan di bawah..

 " Itu je Mega ? aku nak dengar lagi, nak lagi.."

"Mega ???"


Inikah Mega yang di maksudkan ? sila tonton iklan Mega

Ragam si cilik bersama bukunya..

Aish malulah pak su...main snap2 plak..

Sep 23, 2011

The New Islamic Novel for Children : 'MEGA, LOLI & CHOKI'.

 Alhamdulillah ... finally the work of the awaited debut has been published. Recalling the entry 'Mega Future Rising' (Mega Bakal Terbit), finally a dream to see this work being published become a reality. A new Islamic novel for children with rich stories of exemplary method of storytelling through creative and relaxed.



Sep 22, 2011

Novel Kanak-kanak Islamik Terbaru, 'MEGA,LOLI & CHOKI'.


Alhamdulillah...akhirnya karya sulung yang ditunggu-tunggu telah diterbitkan. Mengimbas kembali entri 'Mega Bakal Terbit' , akhirnya impian melihat karya ini diterbitkan menjadi kenyataan. Sebuah novel kanak-kanak Islamik terbaru yang kaya dengan kisah-kisah teladan melalui keadah penceritaan yang kreatif dan santai.

Novel terbaru , 'MEGA, LILO & CHOKI' keluaran MUST READ SDN BHD ini sarat dengan info-info berguna dalam mendidik anak-anak kecil mengenai maklumat sebahagian kecil haiwan di dunia.

Pelbagai watak-watak menarik yang telah disusun dalam kaedah penulisan yang mudah difahami. Sesuai dibaca seisi keluarga.


Mega amat gemar memelihara haiwan. Dia mengangap kucing peliharanya, Loli sebagai sahabat baiknya. Malah dia merasakan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan.


 Satu pertandingan haiwan peliharaan unik telah membawanya ke Sabah dalam usaha mencari haiwan yang unik. Di Sabah, Mega telah hilang di dalam hutan. Semasa kejadian itu, Mega telah berjumpa dengan anak Orang Utan, Choki dan rakannya.

 Akibat dari kesungguhan Mega untuk mencari haiwan peliharaan dan kehilangannya di hutan negeri Sabah, ayah Mega telah berusaha untuk mencari haiwan yang unik kepada Mega. Apakah yang diperoleh oleh ayah Mega? adakah Mega akan memenangi pertandingan tersebut?

Judul: MEGA, LOLI & CHOKI.
Kategori: Novel kanak-kanak
 Harga Semenanjung: Rm16.90
Harga Sabah /Serawak: Rm19.90
Jumlah muka surat: 221 M/S.

Sebarang pesanan atau pertanyaan:
E-mel: jeda0110@yahoo.com.my
Hubungi: 03-41431611 (Puan Zaida)

Selamat membaca..

May 22, 2011

Mega bakal terbit.


 Perjalanan ku bersama si dia menelan masa lebih dari setengah jam. Kesesakan di Lebuh raya Ampang sesekali tidak meluntuhkan semangat kami, walaupun si dia kini menjangkau usia 46 tahun.


Aku sampai ngam-ngam pukul enam petang. Mahu tidak mahu aku terpaksa terima hakikat waktu kerja sudah tamat. Nasib aku untung, kerana puan editor masih sudi menunggu. Namun segalanya berlaku dengan tergesa-gesa.


 Perbincangan kami lebih tertumpu mengenai soal perjanjian kontrak dan reka bentuk muka hadapan novel. Katanya, pihak syarikat sedia membayar seratus ringgit sekiranya aku mampu design sendiri. Pertemuan kami tamat setelah 10 minit masa berlalu.

 Walaupun singkat, tetapi aku rasa seronok sangat. Kakak editor tidak lokek berkongsi idea yag ada. Dia mencadangkan aku menulis lebih lagi untuk pada masa akan datang di syarikatnya.

Apr 26, 2011

Apa pendapat anda tentang sinopsis ini ?

1.Genre: Dewasa.

 Benarkah genetik faktor utama sindrom Melayu tipikal ? Jika kenyataan ini benar, mengapa bangsa kita di zaman Kesultanan Melayu Melaka sudah berjaya membelah samudera sehingga ke Afrika Timur ? Pelbagai kejayaan telah kita kecapi, antaranya ialah ilmu perkapalan, astronomi, perubatan, kestabilan pemerintahan serta bermacam teknologi moden.

 Namun mengapa kita sentiasa dimomok-momokkan dengan keburukan bangsa kita sendiri ? Mampukah kita membina tamadun serapi itu jika bangsa kita tidak berdisplin ? Dan jika kenyataan di atas tidak benar, adakah ia sekadar cerita dongeng yang sengaja direka-reka oleh penjajah ? Apakah motif mereka ?


 Di sinilah bermulanya kisah seorang penulis blog. Mohamad merupakan seorang remaja yang cerdik, dia telah menjadikan pengalamannya tinggal di kampung dan di bandar sebagai satu memori yang tidak ternilai.

 Pelbagai pengembaraan menarik sewaktu Mohamad di sekolah rendah sehingga-lah ke menara gading, dikumpul dan dicoret satu persatu disamping menggabungkan hasil catatan sejarah, kata-kata tokoh terdahulu dan pemikiran logiknya sendiri dalam membongkar kesulitan ini.




2.Genre: Fantasi kanak-kanak


 Mega seorang kanak-kanak yang gemar mengumpul haiwan peliharaan.