Showing posts with label romantis berdua. Show all posts
Showing posts with label romantis berdua. Show all posts

Jul 29, 2012

Just because of her FB status


 I saw a man. Then I ask him, " Apahal termenung ni bro ?"


 Dia diam. Berdiri tegak seperti jasad tidak bernyawa.


 " Aci sebelah rumah, tetap berniaga di restoran.
 Pekerja sama pekerja tetap menerima pesanan para pelanggan.
 Mak cik Indun tetap menyapu sampah sambil gelak-gelak dengan kawannya.
 Kucing tetap mengiau, ulang alik dalam sangkarnya menanti diberikan makanan.
 Walaupun berkali sehari diberi makan." Dia menjawab.


 Apehal tak pasal-pasal mamat ni. Kepala short dah ke, atau sasterawan pencen ke ? 


 " Ayam tetap berkokok.
 Ikan-ikan Koi pula tetap mengibarkan ekornya,
 sambil menghulur muncungnya di permukaan air.
 Saling berlumba-lumba tukar udara.
 Burung-burung tetap berkicau di atas kabel eletrik.
 Manusia tetap lalu lalang. Aku pula masih keseorangan di situ.
 Memerhati semua meneruskan urusan mereka saban hari.
 Asyik mengejar hari. Cukup biasa dengan ini." Sambungnya lagi.




" But why bro..? gua tak faham la."


 Someone text me yesterday,
 " I know who am I. I am not a medical student !..
.. I saw you in her status yesterday.
 So awak, treat la your girl rights or Sit Back
 and Watch SOMEBODY ELSE Do it for You."


 Dia kebingungan seorang diri. Pelik, cuba untuk kisah tak kisah.


" Just because of that doc. wanna be FB status ? hah senangnya perempuan tu ugut lu bro, semata-mata jeles dengan budak perempuan medik tu ! paranoid-lah, bagi aku bukan isu sangat pun.." geram pula aku dengan kata-kata perempuan itu.


" Ntah la. Aku pun malas nak layan. Kadang melampau pun ada. Aku dihukum, cuma kerana tak berpeluang nak penuhi apa yang dia minta." Emosinya sedikit mengendur. Terubat setelah aku sudi menjadi pendengar setianya.

 Andai hati dapat berkata-kata..akan ku jelaskan segalanya.

Feb 16, 2012

Indahnya martabat seorang muslimah


 James seorang lelaki warganegara British. Dia berasa sedikit mushkil dengan adab-adab dalam Islam, terutamanya berkaitan wanita. Lalu James bertanyakan beberapa soalan kepada seorang lelaki yang bernama Fariduddin.

James: Mengapakah Islam tidak membenarkan wanita berjabat tangan dengan lelaki ?

Fariduddin: Baiklah, bolehkah tuan berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth ?

James: Mustahil ia akan berlaku, hanya orang tertentu sahaja yang boleh bersalaman dengan Ratu Elizabeth.

Fariduddin: Maka begitu jugalah dengan kami..


James: Mengapakah wanita wajib menutup bentuk badan dan rambut mereka ?

 Fariduddin tersenyum. Di tangannya terdapat dua gula-gula. Satu sengaja dibuka plastik pembungkusnya dan satu lagi dibiarkan tanpa dibuka pembungkusnya. Lalu dia mencampakkan kedua-duanya ke atas lantai yang berdebu.

Feb 13, 2012

Cinta bersyariat pasti selamat


" Masha Allah besaqnya bunga.."

" Eh mestilah. I kan bla..bla..bla.."

" Mesti banyak U berabis duit demi I kan ?"

" Eh tengok oranglah. I kan bla..bla..bla.."


" Aduh..duit aku tu ! eh U tak nak hargai lansung ke ?"

" Tak nak. Tok abah I kata, cinta bersyariat pasti selamat "

May 8, 2011

Khutbah Jumaat: Adab anak terhadap kedua ibu bapa



a. Semakin baik mutu adab kita kepada kedua ibu bapa, maka semakin bertaqwa kita kepada Allah SWT.


b. Tidak seperti di barat, budaya menghormati ibu bapa sudah luntur. Anak-anak sudah menjadi kebiasaan menengking ibu bapa. Sehingga-lah pada suatu hari, seorang wanita yang juga bergelar ibu meminta agar satu hari dalam setahun diadakan sambutan hari ibu. 

 Tujuannya agar anak-anak disana memberikan hadiah kepada ibu masing sebagai tanda kasih  sayang dan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu. Disinilah bermulanya peristiwa hari ibu yang jatuh pada 8 mei ini.


c. Berikut merupakan tafsiran Surah Luqman, ayat 12-191 sebagai pedoman kita bersama:

12. " Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada
Luqman, iaitu: " Bersyukurlah ( kepada Allah ), maka ssungguhnya dia bersyukur untuk
dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur ( kufur ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji ."

13. " Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi
pelajaran kepadanya; " Wahai anakku ! Janganlah engkau mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan ( Allah ) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada kedua orang
tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-
tambah dan tempoh menceraikan susun-ya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu
yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati
keduanya; dan bergaullah dengan keduanya didunia dengan baik dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka
akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. ( Luqman berkata ): " Wahai anakku ! Sesungguhnya, jika ada ( sesuatu perbuatan )
sekalipun seberat biji sawi serta ia a tersembunyi didalam batu besar atau dilangit ataupun di bumi, nescaya Allah akan memberinya ( balasan ). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Lagi Maha Teliti.

17. Wahai anakku ! Lakukanlah solat dan suruhlah ( manusia ) berbuat yang makruf
dan cegahlah ( mereka ) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhada apa
yangmenimpamu., sesungguhnya yang demikian itu termasuklah perkara yang penting.

18. Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia ( kerana sombong )
dan berjalan dibumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong dan membanggakan diri.

19. Dan sederhanakanlah dan berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai.





* Tafsir Al-Quran, 2009. Dr. Maheram binti Ahmad, 412, Cetakan Petama 2009, Selangor.


Feb 14, 2011

Kekasih setia dunia akhirat

 Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi menyambut kedatangan maulidur rasul. Jom banyak-banyak kita selawat kepada Baginda Rasulullah .

 Sumber teks selawat : Ensiklopedia Muslim

Dec 26, 2010

Khutbah Jumaat: pergaulan bebas

 Khutbah Jumaat membincangkan mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan anak-anak muda. Dari tahun ke tahun, statistik anak luar nikah dibongkar. Rekod saban tahun menunjukkan peningkatan jumlah mengikut usia.

Mimbar Masjid Sultan Mizan Putrajaya.

Sep 24, 2010

khilaf

aku mencinta bukan untuk menakung dosa,
tapi mengapa khilaf selalu menggugat jiwa,
sungguhpun nafsu dipuasakan,
syaitan dipenjarakan,
diri tetap mengesat ilmu 
yang ditimba dalam madrasah ramadan,
kusut kian menebal,
pabila tiba harinya nanti,
pasti gementar dengan berita benar,
Ya Allah, Maha Pencipta ku,
kurniakan aku kekuatan,
agar dapat mengawal diri dari khilaf,
yang tak pernah putus kunjung tiba...