Showing posts with label segmen pilihan bijak siswa. Show all posts
Showing posts with label segmen pilihan bijak siswa. Show all posts

Sep 17, 2014

Segmen Pilihan Bijak Siswa | Pizza Manara Bandar Baru Bangi


Ingin menikmati tekstur pizza dan roti selazat roti dari negara Arab? tak perlu pergi jauh. Kali ni saya nak review sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Bandar baru Bangi! Rotinya sangat lembut dan segar.

 Menikmati roti dengan kehangatannya membuatkan saya sehingga terpejam mata. Mengenggam permukaan sebuku roti yang bersih lagi gebu bertepung, rasa seolah-olah saya sedang menikmatinya negara Timur Tengah. Haruman roti segar keperangan-perangan dari oven memenuhi setiap pelusuk ruang kedai menjadi pelengkap keenakkan roti Arab ini.




 Sebut tentang keaslian kualiti Arabic pastry, jum ke sini. Lokasi berhampiran Surau Al Islah, seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sebaik sahaja tiba di sini, tanyalah sesiapa di mana Taman Sepakat Indah, anda pasti tak akan dikecewakan.

 Harganya jauh lebih berpatutan. Landmark roti terbaru penduduk sekitar Bandar Baru Bangi bagi yang mencari roti asli dari negara Arab. Hanya di terdapat di sini!

  Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Roti cheese leleh RM2.00
Roti ayam cheese RM2.00
Roti daging RM2.00

Mai mai must try !

Hubungi

  1. Delivery | 0162667266.
  2. NIkmatinya di kedai | Pizza Manara di Taman Sepakat Indah 2 Kajang & Food Court Bangi Gateway.
  3. Fb | page pizza manara.




Jun 1, 2013

Segmen Pilihan Bijak Siswa: Chicken wing


Bismillah..Puas hati dapat makan panas-panas, sedddap. Chicken Wing dan tonkeng ayam bro di lampu isyarat simpang tiga seksyen 8, berhadapan Mc Donald Bandar Baru Bangi memang terbaik.

 Aroma daun serai dan rasa madu meresap jauh ke dalam dagingnya. Terasa jusnya yang mengalir enak keluar melalui celahan daging. Pengalaman gigit yang sungguh menakjubkan. 

Menurut bro ni, dia menetap di Puchong. Namun dia sanggup berulang ke Bangi untuk menjual Chiken Wing kerana permintaannya yang tinggi di sini.

 Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Die die must try !








May 29, 2013

Segmen Pilihan Bijak Siswa: Burger bakar terbaik


Macam biasa bila sampai bab makanan, saya akan makan dengan gaya legend. Sopan seperti makan menu kegemaran, iaitu Lamb Kabsah.

 Kebiasaanya saya akan menikmati bau daging kambing terlebih dahulu sebelum menyuapnya ke dalam tekak haha.. Kesannya, tersangatlah nikmat !

 Aroma dan rasa bergabung dalam satu hidangan. Sungguh romantis. Apa sekalipun, syabas inspektor sab..

Tabik kat bro seksyen 7 Bandar Baru Bangi, burger bakar korang memang terbaik. Dagingnya yang dimasak moisture di dalam dan ranggup di luar.

 Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.




Kredit gambar: 3.bp.blogspot.com