Showing posts with label Sandiwara Z. Show all posts
Showing posts with label Sandiwara Z. Show all posts

Feb 9, 2012

Sandiwara Z (10)



 Setelah 10 episod Zack muncul dalam sandiwara Z, mungkin ramai yang menganggap Zack lelaki bujang terantang-tang. Paling tidak seorang suami yang baru berkahwin atau duda. Buat pengetahuan pembaca, Zack sudah mempunyai tiga orang anak.

 Sepanjang berkahwin, dia tidak pernah menambah bilangan isterinya. Namun secara diam-diam Zack menyimpan perempuan lain sebagai pendapatan sampingan baginya. Konflik rumahtangga dapat dikawal dengan baik oleh Zack. Baik melalui cara kekerasan ataupun cara halus.

 Sayang sekali setelah beberapa perempuan ditipunya, si isteri dapat diredakan dengan hanya berbekalkan kemahiran putar belitnya sahaja.

 Acapkali berlaku pertembungan antara keluarga mangsa dengan si isteri Zack yang sah, pasti berakhir dengan si isteri mempertahankan suaminya.

 Katanya, " Perempuan itu (Si mangsa) yang tergila-gilakan suami saya !" jawapan ringkas, namun siapa tahu itulah harapan yang ditanam oleh Zack ke dalam kepalanya saban hari sebelum keluar rumah atau ketika berlakunya konflik.

 Si mangsa juga sudah ditanam perkara yang sama, " Zack beritahu, perempuan gila (Isteri Zack yang sah) tu jangan dilayan !".

 Bagi si mangsa yang dikaburi hatinya, Zack tidak mungkin akan menipu harapannya.

 Dalam pertemuan terbaru dihidapan Pantai Port Dickson beberapa bulan yang lalu. Pihak keluarga si mangsa masih bertindak waras dan memilih berdiplomasi dengannya.





 " Zack, awak ada anak perempuan. Adakah awak tidak mempunyai rasa sebagai seorang ayah sekiranya nanti anak awak diperlakukan perkara yang sama seperti mana yang awak lakukan kepada anak saya ?" tanya si ibu mangsa.

 Zack membisu. Paling tidak, dia memberi harapan baru kepada keluarga si mangsa.

 " Sekarang kebetulan saya dan anak puan masih sibuk. Saya berjanji saya berkahwin dengannya awal bulan dua ini." 

 Sembilan hari telah berlalu daripada tarikh yang ditetapkannya. Seperti biasa, Zack sekadar berjanji kemudian tinggal janji. 

 Sebaliknya, Zack mengunakan mental torture ke atas bapa mangsa. Beberapa kali dia mengupah orang membuat pangilan ke atas bapa mangsa. Kononya si pemanggil adalah bapa Zack yang ingin datang untuk menyelesaikan isu pernikahan anaknya itu. 

 Disaat usianya masih muda, Zack tidak langsung memikirkan rezeki haram yang diberikan kepaa anak-anaknya. Jauh sekali masa depan anak-anak yang bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Isterinya.

 Apalah perasaan mereka apabila mengetahui perbuatan ayahnya selama ini sebagai seorang pengkhianat keluarga. Si isteri pula sedaya upaya mempertahankan perbuatan suaminya demi anak-anak, termasuklah melarang sama sekali tindakan undang-undang sekiranya suaminya dipenjarakan.

 Katanya, " Demi masa depan anak-anak saya, saya tak benarkan pak cik dan mak cik (ibu bapa si mangsa) datang ke rumah saya untuk berunding. Apatah lagi menerima kehadiran pihak Jabatan Agama Islam, saya tidak mahu anak-anak saya menanggung malu apabila melihat logo JAKIM yang tertera pada van mereka. "


 " Kalau boleh, biarlah kes ini selesai dengan cara baik. Ya saya mengaku selama Zack berkahwin dengan anak saya, satu sen pun Zack tidak pernah keluar duit. Semuanya saya tanggung. Baik rumah, kereta sehinggalah tempat dia bekerja juga atas ihsan saya. Saya tahu dia juga pernah memukul anak saya, tetapi itu hal keluarganya jadi saya selaku bapa mentua tidak berhak masuk campur. Walau apa sekali pun tindakan kita, harap fikirkanlah nasib anak saya yang terpaksa menjaga anak-anak (cucunya) seorang diri tanpa suami." Celah bapa mentua Zack.

 Kelihatan dia cuba memainkan sentimen simpati. Tanpa disedari pendapatnya telah mempengaruhi pendapat tuan hakim, secara tidak langsung telah mengenepikan hukum berkahwin. Haram berkahwin jika sekiranya si suami berniat menginaya pasangannya.





IMBAU KEMBALI KISAH BENAR Z:

EPISOD 8                                    EPISOD 7

EPISOD 6                                   EPISOD 5

EPISOD 4                                    EPISOD 3

EPISOD 2                                    EPISOD 1

Feb 1, 2012

Sandiwara Z (9)

Tiada siapa boleh menyekat kekejaman Z

 Hampir setahun sudah kes Z dengan Mahkamah Syariah berlanjutan, namun masih belum ada tanda-tanda dia insaf. Puas ditekan keluarga mangsa, namun hasilnya Z tetap Z.

 Tiada masalah bagi Z untuk menepis sebarang ancaman sebegini jika kuasa mahkamah berjaya diperkotak-katikkan olehnya, apatah lagi ragam si bapa mangsa. Dia gelak, dia senyum melihat kebodohan si bapa mangsa yang terkial-kial mencari solusi kepada permasalahan ini.

 Z sedang enak mendera psikologi si bapa mangsa yang telah banyak mengkucar-kacirkan kehidupannya selaku Jantilanak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, begitulah perumpamaan si bapa mangsa.

 Sememangnya di Malaysia amat sukar untuk mendapatkan pertolongan dengan isu-isu begini. Alasannya, anak tuan sudah lebih daripada 21 tahun, kami tidak dapat berbuat apa-apa selagi tiada saksi untuk mengesahkan kesalahannya, kes anak tuan kurang penting atau kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana si pelaku salah menggunakan ilmu sihir dalam mempengaruhi duit poket anak tuan. Muak saya mendengarnya !

 Kini terkapai-kapailah si bapa keseorangan di lautan dunia yang serba mementingkan diri sendiri. Jika di negara China, orang awam takut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan, kerana khuatir akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan orang lain terhadap dirinya, di sini masalahnya tidak jauh berbeza. Kejam !

 Pelbagai cara telah diikhtiarkannya, termasuk perubatan Islam. Namun ilmu yang digunakan Z mengatasi segalanya. Ada juga yang berhasrat untuk membantu. Sayang sekali, hajatnya terhenti di permulaan jalan sahaja. 

 Tidak pasti di mana silapnya, kes tertangguh seolah-olah dibiarkan begitu sahaja si Pendakwa Raya. Bila ditanya kepada si bapa mangsa mengapa kes ini senyap begitu sahaja, bukankah sepatutnya ada perbicaraan pada bulan tiga lalu ? Si bapa diam membisu.




 Paling tidak, selepas ditanya bertubi-tubi. Dia menjawab, hal birokrasi pejabat agama dan Mahkamah Syariah-lah yang menyebabkan dia terpaksa menanti sehingga ke hari ini. Di tubir matanya kelihatan kristal yang menanti titisnya ke bumi, mengenangkan apa yang telah terbuku sekian lama, terpaksa mengalah dan melihat gejala maksiat di hadapan mata kepala sendiri.

 Dia sudah berusaha dan tidak sesekali berhenti berjuang, namun cukupkah sekadar dengan tenaga tulang empat keratnya seorang ? Dia tidak mampu menumpaskan kejahatan Z jika dengan tangannya sendiri tanpa bantuan pihak yang lebih arif tentang hal agama dan perundangan.

 Sungguh menjengkelkan, jika memang benar pekerja di pejabat agama atau Mahkamah Syariah sendiri belum cukup tauhidnya !

 Jauh sungguh pengertian uhkwah di hati mereka. Sampai bila Z perlu dibiarkan, adakah sampai anak-anak kita menjadi mangsa nafsu serakah Z kelak ? Fikir-fikirkanlah.

 Z sudah bermaharajalela, menurut si bapa anaknya kini terpaksa menaiki teksi ke tempat kerja. Mungkin juga apa yang terkandung dalam firasatnya, si anak sudah tidak lagi memegang kad ATMnya. Bahana penangan candu cinta yang palsu !

 Siapa yang sanggup melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya ke menara gading, menjadi mangsa penipuan Z sedangkan si bapa hanya mampu melihat dan mengadu sendiri ?

Rintihan seorang bapa

 Hatinya menangis setiap kali mengenangkan persekitaran yang menjijikkan ini. Di luar, orang sibuk menjanjikan gagasan itu dan ini, tetapi di rumah, di jiwanya penuh kecelaruan yang tidak bisa didengari sesiapa sekalipun.

 Mana perundangan, mana keadilan, mana agama, mana perikemanusiaan ? Lempias jiwa seorang bapa yang sudah lama menakung tangisan darah..


IMBAU KEMBALI KISAH BENAR Z:

EPISOD 8                                    EPISOD 7

EPISOD 6                                   EPISOD 5

EPISOD 4                                    EPISOD 3

EPISOD 2                                    EPISOD 1

Sep 16, 2011

Sandiwara Z (8)

Masih tersimpan cermat didalam fail si Pendakwa Raya.

""saya minta maaf pak cik, peguam saya tidak membenarkan ke sana selagi saya tidak berjaya mendapatkan semula surat menyurat permohonan nikah saya daripada pihak Jabatan Agama Islam".

Sedangkan Z masih gagal mendapatkan khidmat peguam untuknya, apatah lagi membuat apa-apa persetujuan atau sebarang perbincangan secara formal dengan pihak peguam terbabit. Dia seorang penipu."

Mar 12, 2011

Sandiwara Z (7)

 Dulu semasa kecil..

 Siapa yang sudi mendengar rintihan si tua yang tidak berguna apa-apa lagi ? anak derhaka, anak tidak sedar di untung, di sinilah punca berlakunya kes buangan mak bapak. Terima kasih nwishingstar kerana berjaya membuat hati saya selaku anak tersentuh sewaktu membaca entri anda.

Feb 28, 2011

Sandiwara Z (6)

 22/02/2011. Tarikh wajib bagi Z menghadiri prosedur perbicaraan di Mahkamah Syariah. Setelah melepaskan diri berkali-kali, sekali lagi Z dengan bodoh sombongnya membiarkan sahaja dirinya dihujani pelbagai tuduhan tanpa balas.

Ibu bapa mangsa seboleh-bolehnya hadir ke mahkamah walaupun jauh. Rasa risau bertukar menjadi rasa sedih apabila diberitahu oleh wakil daripada pihak mahkamah syariah dan wakil daripada pihak Jabatan agama Islam, bahawasanya si anak dan Z tidak datang.

Jan 5, 2011

Sandiwara Z (5)

4 Januari 2011

 Z masih kental memberanikan diri memburu cita-cita nafsu serakahnya. Meneruskan penipuan terhadap isteri-nya yang sah dan mangsa-nya. Hampir setiap malam Z meluangkan masa dengan mangsanya. Kemudian pulang ke rumah si isteri untuk tidur setiap hari. Ironinya, si isteri dan mangsa masih mempercayai kata-katanya bulat-bulat.

 Kes Z saling tidak tumpah seperti kes ayah Pin. Berjaya menipu manusia yang lebih tinggi tahap pendidikan daripadanya. Cuma beza-nya, Z tidak memesongkan pegangan  agama orang lain. Sebaliknya, Z mengikis duit demi keperluan sendiri sepuas-puasnya.

Dec 24, 2010

Sandiwara Z (4)

17/12/2010


 Satu lagi usaha Penguatkuasa Jabatan Agama Islam bersama-sama X ( keluarga mangsa dan mangsa sendiri ) untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya bagi menjawab kembali tuduhan Z terhadap mahkamah yang seolah-olah berkonspirasi untuk mengenakannya, serta rasa tidak puas hati Z terhadap tindakan Ustaz Hussin ( selaku individu yang telah berjaya membongkar tembelangnya ).

Dec 22, 2010

Sandiwara Z (3)

16/12/2010


 Hari ini Z diberi peluang untuk menjelaskan kekusutan berdasarkan dokumen semalam. Sudahlah kusut, kini renyuk pula. Serba tidak kena. Ustaz Hussin telah memanggil pihak isteri Z yang sah, begitu juga dengan pihak X ( keluarga yang telah menjadi mangsa kepada Z ) dan Z sendiri ke Mahkamah Syariah Ulu Klang.

Dec 21, 2010

Sandiwara Z (2)

15/12/2010

 Z hampir sahaja mengikat tali pernikahan kali kedua dalam hidupnya dalam masa terdekat. Proses terakhir sebelum menjadikan mangsanya, isteri kedua tanpa berpoligami. Apa sekalipun, Z masih merasakan peluangnya untuk berkahwin 50:50. Seboleh-bolehnya ,Z mahu melengah-lengahkan hal ini lebih lama.


 Analogi-nya mudah, semakin lama kes ini tertangguh, semakin lama dia dapat bergantung wang dengan isteri dan mangsa. Perasaanya bercampur baur. Jika strateginya menjadi, dia bakal berkahwin dengan mangsanya. Perkara sebaliknya berlaku jika strateginya tidak menjadi, bukan habuannya sahaja yang terlepas, bahkan dia juga bakal didakwa dengan pelbagai kesalahan di mahkamah.

Dec 19, 2010

Sandiwara Z

  Z bukan Zoro meskipun kelicikannya melepaskan diri sangat handal. Paling menyedihkan kelicikan usahanya itu telah membawa gelaran baru untuk diberikan kepadanya oleh persatuan lelaki sedunia iaitu ' lelaki paling licik'. 


 Z mungkin seorang pengarah persendirian. Z tidak mampu membuat filem, barangkali kerana gagal dalam peperiksaan SPM tetapi berjaya mengarah wanita bekerjaya sebagai mangsa kerahan wangnya.