Showing posts with label Simple but Creative. Show all posts
Showing posts with label Simple but Creative. Show all posts

May 9, 2013

Tips & example of gif


Sebahagian contoh kartun yang dihasilkan melalui format gif. Mudah dan ringkas.

Aug 2, 2012

ridoma home made chocolicious 10.0

Perisa coklat: Strawberry, Blueberry, Caramel, Almond (Milk & Dark), and Dates fruit chocolate.






2 singgit! =)



Jul 27, 2012

cookies rolling pin


Klik untuk kualiti gambar yang lebih jelas.
Cookies rolling pin.

 Sempena raya yang bakal menjelang tiba, pasti ada yang sedang bertungkus lumus membuat beraneka jenis kuih. Namun pasti juga ada yang tercari-cari alat yang dapat membantu mempercepatkan tugasan mereka di dapur.

 Cubalah Cookies Rolling Pin, cara mudah menekap Doh dengan ketebalan yang standard. Dapatkannya dengan harga yang lebih berpatutan. Hubungi wakil ridoma chocolicious untuk sebarang maklumat lanjut.



  012 286 0044.





Sudah tiba masanya kami berkongsi rahsia. Anda pasti tidak akan dikecewakan.-ridoma.



Jun 24, 2012

ridoma homemade chocolate 10.0


Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. lama sudah jari jemari aku tak beraksi di sini. Kebetulan terserempak dengan korang kat sini, apa kata aku kongsikan dengan korang cerita ridoma chocolicious minggu ini =)


Inilah hasil berkarya dengan coklat aku untuk hari jadi adif 18 Jun lalu. 100% diperbuat daripada cokelat. daripada bekas sampailah ke cokelat kecil-kecil.


Meriah, penuh warna-warni menghiasi kotak cokelat. Apa mahu, ambil sahaja. Semua ada untuk para tetamu yang hadir di majlis hari jadinya.

Mr. mickey tikus..


Jun 3, 2012

ridoma homemade chocolate 9.0


Cara tempahan secara online.


  1. Sila klik gambar di atas kotak followers dalam blog ini :

   2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam borang tempahan yang disediakan. 

   3. Selepas borang tempahan diterima, kami akan nyatakan kepada anda : 
   No.akaun Bank Islam. Manakala tempahan akan diproses, sebaik sahaja bayaran dimaklumkan.

Tempahan melalui SMS ke 013-3402790


  1. Sertakan nama dan alamat
  2. Masukkan jumlah coklat atau pakej coklat yang ingin ditempah
  3. Nyatakan tarikh untuk menerima tempahan coklat
  4. Setelah borang tempahan diterima,  kami akan nyatakan kepada anda : No.akaun Bank Islam. Manakala tempahan akan diproses, sebaik sahaja bayaran dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

013-3402790/ridomashop@yahoo.co.uk


May 31, 2012

ridoma homemade chocolate 8.0





 Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. semalam aku ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mendaftar perniagaan buat kali pertama.

 Menarik dan mudah. Tak payah berdiri lama. Tak payah berpeluh ketiak. 

 Sekarang SSM offer rm60 untuk 5 tahun terus bagi sesiapa yang ingin mendaftar perniagaannya sendiri bermula hari Jumaat sehingga hujung tahun ini. Pakai kasut, jangan pakai selipar ke sana pula ye..hehe
Jum rasa ridoma chocolate!

PM saya di fb atau hubungi 013-3402790 (farid)

May 28, 2012

ridoma homemade chocolate 7.0


Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. korang suka makan coklat ? Kalau suka, tahu tak yang sebenarnya coklat mampu merendahkan paras kolesterol. 

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. 

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut.


Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

50 pcs of Milk & 50 pcs of Dark chocolate with Almond from Mr.Anuar. 
 
Coklat mengurangkan risiko sakit jantung. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga. Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.


Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

40 pcs of Milk Chocolate with Almond from Suhaini (round box).

Ridoma chocolate bukan sekadar sedap, bahkan halal dan bersih. Apa yang penting, korang membeli produk muslim tanpa ada rasa was-was. Pendek kata, ridoma chocolate recomanded kepada sesiapa sahaja teringin untuk merasanya. Sila PM ke fb ridoma atau hubungi 013-3402790 (farid) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Terima kasih kepada kerabat terdekat, rakan-rakan, siswa siswi UiTM dan warga JPMD PPUKM yang selama ini tidak pernah putus memberi sokongan terhadap ridoma chocolate.

May 26, 2012

ridoma homemade chocolate 6.0

ridoma chocolate

Assalamualaikum, hi kawan-kawan dan bloggers.. thanks to miz nur nabilah kerana sudi menjemput Ridoma Chocolate sebagai penaja giveaway beliau pada 20 may lalu. Kami sedia menaja cik adik..Giveaway " Blog Saya Superb Cun" . Kepada semua bloggers, apa tunggu lagi? Meriahkan giveaway terhangat untuk korang ni cepat.  

Giveaway yang sweet and awesome untuk korang ni turut ditaja oleh beberapa individu lain. Kepada yang berminat, korang klik di sini untuk maklumat lanjut. Join jangan tak join =)

Ribbon..

 
ridoma Dark & Milk Chocolate with almond in two different colours of sticker..credit to Ana D'skodeng

 Ok tak ada cerita banyak lagi, ni beberapa gambar untuk tempahan ridoma chocolate pada hari Khamis yang lalu.

 
  15 pcs of dark & 15 pcs of milk chocolate with almond. Souvenir from Didi to her friend.

 100 pcs milk chocolate with almond, from Ana D'skodeng to her lovely daughter's birthday party.

May 18, 2012

ridoma homemade chocolate 5.0

Ridoma Chocolate sedia menerima tempahan Dekorasi Cokelat untuk hantaran perkahwinan, pertunangan dan lain-lain..

sms 013-3402790.

 Warna dan dekorasi pelbagai mengikut tema majlis.

Hubungi segera untuk tempahan majlis anda.

Pautan ridoma chocolate :


ridoma homemade chocolate 4.0


Hayatilah originaliti ridoma solid chocolate..

 Hi Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan.. kali ni aku nak berkongsi cerita ridoma chocolate trip to Shah Alam. Lega rasanya dapat menyiapkan tempahan seorang gadis daripada UiTM.

 Seronok sangat tengok orang lain puas hati dengan hasil kerja kita sendiri kan ? tipulah kalau korang tak. Feelnya lebih kurang macam bantu orang angkat barang. Tapi feel siapkan makanan untuk orang lain sikit terujanya. Tambahan pula apabila product makanan kita dipuji sedap, rasanya berjuta-juta kali ganda puasnya! haha..


 Bersusah payah aku menyiapkannya. Semalam bahagian production ridoma chocolate terpaksa over time. Bahagian pengeluaran ridoma tutup pukul 2 pagi, gara-gara kerja menampal sticker pada chocolate yang belum selesai. Keseluruhannya, pukul 4 pagi baru aku dapat peluk bantal busuk di rumah.

 Esok aku akan menjalankan R&D ke atas ridoma chocolate di slaah sebuah makmal coklat terkemuka. Jika dahulunya ridoma chocolate hanya untuk kaum keluarga terdekat, lepas tu rakan-rakan, kini untuk semua. Bukan setakat hygiene sahaja yang perlu dititik beratkan.

 Bahkan kualiti tekstur, rasa, ketahanan, kekacang, kulat dan bungkusan juga menjadi agenda utama ridoma chocolate dalam masa terdekat ini. Sebarang peningkatan mutu, jaminan terbaik daripada ridoma chocolate yang hanya bertaraf homemade di usia setahun jaggung ini.



Apr 16, 2012

Bunga-bunga cinta


 Luangkanlah masa membaca atau mendengar sunnah Rasullah SAW dalam mendidik anak-anak. Teladanilah kisah saidina Umar Al-Khatab menyelesaikan masalah, apabila seorang bapa membawa anaknya berjumpa dengan beliau.

 Insya Allah dengan ilmu yang ditimba, berkuranganlah masalah komunikasi antara anak-anak dengan kita.

 Dalam masa yang sama, si anak juga haruslah menerima hakikatnya sebagai seorang anak. Walaubagaimana sekalipun mereka, percayalah anda sedang dididik menjadi seorang yang hebat.-Murabbi Cinta, Ustaz Hazrizal Abdul Jamil.

 Pengalaman mendepani tekanan pada usia yang muda, bukanlah satu penghalang. Bahkan inilah yang bakal mengubah hidup kepada seseorang yang lebih menghargai kejayaan. Anda hebat !

Road to Heaven

Mencintai Mu