Showing posts with label borak teh tarik. Show all posts
Showing posts with label borak teh tarik. Show all posts

May 31, 2015

Mee goreng. Verry the mamak.

Restoran Amal
 Tmn Jaya, Cheras.
 Bersebelahan bengkel motor Mr.John.

Semalam usai ke Jualan Gudang Karangkraf,
 aku pekena mee goreng.
 Verry the mamak.

Makanan ni seolah2 tak
 banyak songeh dengan selera tekak ni.
 Semacam senang je lalu dalam
 terowong oesophagus ni.

 Sesampai je kat perut, pintu duodenum pun
 macam tak cerewet sangat nak bagi masuk.
Aneh. Tu kadang salah makan, padah jawapannya.

 Hasilnya, apa lagi menari2-lah daku angkara mee
 goreng mamak yang sangat lazat ni.
 Boleh terbayang lagi aromanya dengan kuih
 yang digoreng dengan garing tu.

 Macam senang je mee
 goreng mamak masuk ke dalam-kan?

Sebenarnya, DNA yang tersemat dalam
 darah daging ni saling mengenali. 
Keturunan arwah nenek,
 mamak Penang.

Mak salu masak masakan kegemaran arwah nenek.
 Kari mamak. Sayur kubis atau peria goreng kunyit.
 Kadang rasum, sejenis sup seperti singgang.
 Begitulah cerita semalam.
Semua semalam. Takde lebih2. 

Die die must try!




Nov 5, 2014

Hantu Dirakam Kamera Murah

Imej Sebelum diedit: Seorang perempuan berambut panjang berjubah putih.

Hantu Dirakam Kamera Murah | Imej seorang perempuan berjubah putih secara tidak sengaja dirakam oleh seorang security sewaktu bertugas malam. Jin & Syaitan bangsa yang nakal. Tugas mereka adalah sengaja menakut-nakutkan manusia sehingga kiamat. Mereka berjanji di hadapan Allah, akan menyesatkan keturunan Adam. Menjadi masalah kepada kaum Muslimin hari ini apabila Al Quran tidak diselami.

Imej Selepas diedit: Seorang perempuan berambut panjang berjubah putih.

 Muncul atau tidak, mereka sentiasa ada. Penampakan mereka hanya dengan izin Nya. Asal usulnya memaksa mereka menyerupai sesuatu, lalu menjelma di hadapan kita. Kebiasaanya tidak sempurna. Perjuangan ingin manakutkan manusia oleh bangsa mereka bertambah mudah. Apabila dibantu sesetengah masyarakat hari ini menerusi cerita hantu. Tidak mendidik dan sekadar satu hiburan semata-mata. Bagi saya mudah, iman yang utuh sudah cukup untuk menjauhkan mereka. Selaku Muslim kita hanya perlu takut kepada Allah sahaja.

Jadikan video ini sebagai pengajaran selaku manusia yang memikirkan.









Oct 24, 2012

Kopi Senyuman Terkurang Gula

Petikan daripada Iklan Hari Raya Aidilfitri, Petronas.

Di Kaunter Pertanyaan

 " Assalamualaikum, boleh saya dapatkan pass pelawat untuk ke tingkat tiga atas urusan dokumen pinjaman."

 " Berikan IC awak dulu." Balas Pegawai Keselamatan wanita itu.

 Saya meminta izin terlebih dahulu sebelum menghulurkan kad pengenalan kepadanya. Kebiasaanya pihak security akan segera menguruskannya sejurus mendapat maklumat lengkap.

 Saya perlu mendapatkan pass masuk, bagi membolehkan saya lepas segala pemeriksaan keselamatan. Lain ceritanya, andai saya seorang Bad Man atau Tony Stark-Iron Man versi anak Melayu. 

 " Awak nak ke bahagian pinjaman mana tadi ?" Soalnya kembali.

 " Saya nak ke Bahagian Pinjaman Pelajaran kak. Pegawai berkenaan pinjaman pelajaran minta saya supaya berjumpa dengannya di tingkat tiga." Jawab saya. Soalan yang sama ditanya berulang kali olehnya, mengimbau kenangan saya sewaktu menonton iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas. 

Mana perginya gula dalam senyuman ?

 " Bahagian Pinjaman Pelajaran yang mana satu ?" Soalnya lagi.

 Bahagian Pinjaman Pelajaran juga perlu di described jenis apa ke ? aduh janganlah harapkan saya hafal semua nama penuh Jabatan di situ.

 Saya orang luar yang baru pertama kali bertandang. Maafkan saya. Kalau mahu saya jawab nama penuh Jabatan tersebut, baik saya jadi president di tempatnya bekerja.

 " Pinjaman pelajaran macam mana yang akak maksudkan ya ? sebabnya saya baru sahaja secara tidak sengaja terserempak dengan pegawai berkenaan di Lobi. Beliau sendiri memberitahu saya agar menemuinya semula selepas mendapatkan pass pelawat. Kalau tak silap, di Bahagian Pinjaman tingkat tiga. Maaflah, saya sendiri tidak ingat nama penuhnya."

 Saya tersengih dengan soalan yang sama diajukan kak security. Sedikit hairan dengan pe'elnya. Tidak mengapa dengan sikapnya, asalkan saya dapat pass pelawat.

 Alhamdulillah mujur keadaan masih terkawal dan saya mampu menahan sabar. Jika tidak, apa guna saya ke sekolah selama ini.

 " Iyalah, saya tanya awak nak ke pinjaman pelajaran yang mana satu ?" Suaranya sedikit tinggi sambil memandang sinis ke arah saya.

 Saya bertambah curiga dengan pandangan tidak berlesennya. Sekali-sekala saya mengarahkan hidung yang mancung persis Shah Rukh Khan ini, mendekati ketiak untuk mencium baunya.

 Manalah tahu andai bau badan saya atau hingus yang melekat pada pakaian menjadi punca dia bersikap sedemikian rupa. Ternyata saya tidak bersalah.

 Saya bersih daripada segala masalah. Barangkali dagu yang licin tanpa sebarang janggut ini telah menguatkan stigmanya, 'saya sekadar anak muda yang tidak perlu dihormati.'

 Kisah bertradisi anak muda tidak dihormati, telah terlukir dalam kitab Al-Quran semenjak dari zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Jadi ? no wonder-lah saya juga diperlakukan begini.

 " Bahagian PINJAMAN-lah kak. Nak tanya lebih-lebih berkaitan nama jabatan, saya tak tahu." Saya membalas dengan nada yang memadai menghormati usianya.

 Tolonglah faham keadaan pelawat yang serba serbi naif. Paling tidak hormat dengan urusan pelawat yang sanggup bersusah payah untuk ke situ.

 Dibuli Mak cik security

 " Ok kalau begitu, nah ambil kad pengenalan awak semula ! terus ke bahagian permohonan dan isi borang di tingkat dua, gunakan escalator sahaja tak perlu naik lif." Balasnya sambil mengempan dengan muka masam mencuka. 

 MasyaAllah.. saya terdiam seketika, bagaimana saya boleh dibuli oleh mak cik security, sedangkan saya adalah pelawat ditempatnya bekerja. Saya tidak minta hamparan karpet merah, saya cuma minta pass pelawat untuk membolehkan saya naik lif dan berjumpa dengan pegawai berkenaan.

 Jangan kerana pelawat tidak ingat nama penuh jabatan, mereka dilayan sebegitu bodoh sekali. Ini bukan akaun Pacebook yang perlu di Log-in, mak cik.

 Tiada kaitan langsung dengan permohonan. Tujuan asal saya ke mari sekadar ingin menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dokumen.

 " Kakak.. saya sebenarnya mahu ke tingkat 3, baru sebentar tadi saya berjumpa dengan pegawai berkenaan dan dia yang menyuruh saya berjumpa dengannya di atas. "

 " Awak tak perlu ke tingkat tiga ! dan awak tidak perlukan pass ini."

Ralat & pandangan

 Ewah mak cik security, ini sudah lebey tau. Sesuka-suki sahaja tentukan hala tuju saya. Bukan nak cakap helok-helok dan sopan santun. Mana etika kerja ?!

 Kalaulah yang datang itu orang kampung, atau insan yang berpakaian tidak mengikut protokol sekalipun, tugas awak hanya melayan pelawat dengan baik dan menasihati. Bukan mengarah atau menunjukkan reaksi yang kurang baik. Awak security, bukan raja segala haiwan di rimba.

 Tidak semena-mena, muncullah seorang security lelaki berpangkat sedikit tinggi daripadanya dari arah belakang.

 " Oh kalau begitu, berikanlah pass itu kepada dia. Teruskan destinasi tuan." Katanya sambil tersenyum.

 Terima kasih kerana bersikap baik, setidak-tidaknya saya tidak melepaskan kata-kata 'Sila pergi kursus dan belajar !', sebelum menoleh keluar daripada menara itu.

 Sebaliknya, saya sempat menghadiahkan kepadanya sekeping kad yang tertulis ayat-ayat nasihat. Semoga dengan kad yang sekecil itu, sedikit sebanyak dapat menginsafkan hatinya untuk menghormati orang lain.

 Sentiasalah menyimpan kad kecil di dalam poket, yang tertulis kata-kata motivasi atau nasihat. Semoga Allah SWT mempermudahkan kita menjalani kehidupan harian sambil berdakwah.

Contoh Kad kecil.


Sep 8, 2012

Syeikh Al Aqsa berkongsi di Putrajaya


Orang pertama yang menjumpai terowong di bawah Masjid Al Aqsa.

 Beberapa hari lalu, ramai rakan-rakan se-facebook menge-post gambar seorang lelaki Arab tipikal. Berkupiah dan berjambang serba putih. Raut wajahnya kelihatan biasa sahaja. 


 Sedikit tidak mengambarkan siapakah beliau sebenarnya. Pelik, semakin ramai bercerita mengenainya, termasuk akhbar tempatan. Namun sempat juga aku bertanyakan soalan kepada seorang sahabat, yang sudi berkongsi mukhadimah kehidupannya. Kebetulan sembang selepas solat subuh di surau, almaklumlah mata masing-masing masih pisat. 



 Jelas terpancar keihklasan disebalik perwatakan yang telah banyak berkorban di jalan Allah ini. Sedikit tidak mengambarkan kehidupannya selaku ketua gerakan Islam di Palestin 1948.



 Sejuk apabila memandang ke wajahnya, membuka ruang di hati ini untuk meng-clik post rakan-rakan se-usrah di facebook. Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya juga mengenalinya daripada jauh.



 Beliau merupakan pejuang sejati yang telah menyentap perancangan penceroboh. Selama lebih 60 tahun keamanan Palestin dinodai yang bagai dihempas ke dinding bertalu-talu. 



 Tanpa sebarang  belas kasihan negara dunia, seolah-olah mereka adalah bangsa yang tidak pernah mengenali erti maruah. Walau apapun tindakan penceroboh, beliau tetap berjuang.



 Baik secara terang-terangan, mahupun secara halus. Menurutnya, perjuangan jihad di Palestin menuntut perpaduan umat Islam di seluruh dunia dan bantuan daripada kita. Kesepakatan umat Islam, mampu melumpuhkan serangan rejim Isreal yang saban hari bermaharajalela di bumi ini.



Klik untuk baca.


"Aku berjanji setia dalam diriku, setelah aku berjanji setia kepada Allah, untuk menyedekahkan umurku, waktuku, dan semua yang ku miliki untuk Al Quds dan masjid Al Aqsa."-Raed Solah.

























Feb 16, 2012

Pemain duniawi.

 Baik cegah itu lagi daripada mengubati. Sayang, rata-rata memilih saranan yang kemudian sebelum yang terdahulu.

 Makin melangit ilmu, makin angkuh merubah fitrah. Adapun di suatu tahap, ketetapan  pewaris dilayan persis sampah. Menimbang-nimbang asas perlembangaan buatan manusia.

 Baik beringat sebelum melulu kata-kata pengaruh. Teori menjernihkan keruh, tidak seindah yang disangka dikala amalinya berlangsung.

 Biar yang haram itu karam, yang halal itu kekal. Jelas.

 Leka berhujah sendirian, alpa berjuta yang lain. Petah berkata-kata, demi agama atau nama semata-mata ?


 Logik, kehebatan, dan kemasyuran jangan sesekali memperdaya. Dari itu, bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa. Malulah pada yang Esa.

Alawi

 Pelik. Tiba-tiba kecoh, Syria pula bakal dipulaukan oleh negara liga-liga Arab. Ntah dari mana konflik tercetus pun aku tidak tahu dengan begitu jelas. 

 Terima kasih Pak cik Google, ' Bashar Al-Assad ', Presiden Syria.

 Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Syria, Hafez Al-Assad. Ringkasnya, inilah corak pemerintahan anak-beranak.

 Beliau dan keturunannya kelihatan seperti penganut Islam. Tetapi..

 Tidak banyak perbezaan jika dilihat dari segi fizikal. Namun siapa sangka, sepanjang menziarahi Pak cik Wikipedia, aku terjumpa sesuatu yang tidak dijangka. Basyar Al-Assad beragama, Alawi.

 Alawi atau juga dikenali sebagai Alawites, Nusayris, dan Ansaris, merupakan pecahan daripada mazhab Islam Syiah yang berpusat di Syria. Maka sudah tentu dari sudut ibadah, mereka juga berbeza daripada pengikut Islam Sunni. Disinilah puncanya pergolakan, yang sedang heboh diperkatakan negara liga-liga arab. 

 Persoalannya, mengapa berita kekejamannya tidak begitu meluas ?

 Jawapannya mudah. Apa sahaja kekejaman yang dilakukan kerajaan Syria (pengikut Islam Syiah) ke atas rakyatnya (pengikut Islam Sunni), pasti ada pihak ketiga yang melindungi perbuatan tersebut. Sebolehnya pihak ketiga ingin pengikut Islam Sunni dipecah-pecahkan kepada beberapa kelompok.

 Inilah sahaja kaedah musuh menjatuhkan Islam, iaitu menerusi penganut agama Islam itu sendiri. Sebaliknya Islam yang telah diacuankan mengikut kehendak mereka.


 Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan Syria dituduh bertindak zalim terhadap rakyatnya yang mejoritinya pengikut Islam Sunni dan mengapa negara liga-liga Arab sepakat memulaukannya.


 Aku masih teringat kata-kata seorang Doktor berbangsa Arab suatu ketika dulu. Dia berpesan kepada aku, hati-hati dengan orang Syiah.

 " They (Syiah) look like you, they talk like you, but they not one of you. "

 Juga pesan seorang pelajar UIAM, rakan yang berasal daripada Palestin. Selepas ditanya apakah pendapat mereka, terhadap kemampuan tentera Iran di rantau itu dalam peranannya melindungi hak orang Islam di Palestin.

 Jawabnya, " We (Palestine) never ever believe them (Syiah), because they will cheat on you."

Feb 11, 2012

Indah hidup bersebab.

Jahil.

 Pernahkah korang melihat Teddy bear chumel digantung sesuka-suki pada bumper kereta ? 

 Macam-macam rupa ada. Kebanyakannya digantung oleh pemandu beragama Islam atas sebab yang tidak munahsabah. 

 Apakah alasan mereka memasangnya ?

 Sesetengah beranggapan pemasangannya mungkin ada kaitan dengan pembumian arus elektrik, termasuklah aku. Namun sangkaan ini meleset sama sekali, tujuannya adalah untuk memberi persepsi baik kepada roh-roh yang mati akibat kemalangan di Lebuh Raya.

Lintasan di Lebuh Raya yang seringkali membawa kepada kemalangan miskipun di yang jalan lurus.

 Dengan adanya Teddy bear itu, maka roh a.k.a Iblis tidak akan menganggu perjalanan mereka sewaktu melalui kawasan yang dikatakan sinonim dengan kemalangan. Budaya seumpama ini bermula di negara Thailand sebelum menjadi ikutan buta-buta sesetengah pemandu di Malaysia. 

 Pada aku, kaedah menjinakkan Iblis dengan anak patung bukanlah satu kaedah yang berkesan. Seolah-olah kita mengharapkan yang baik pada Iblis dengan mempersembahkan anak patung Chumel.

 Sedangkan niat meletakkan anak patung sebagai tangkal perjalanan pun sudah cukup berdosa. Apatah lagi mempercayai amalan ini bulat-bulat. Syirik namanya.

 Sebaik-baik perbuatan untuk memastikan tidak diganggu entiti atau Iblis di Lebuh Raya, adalah bermula dari dalam diri sendiri. Lengkapkan diri dengan bacaan Al-Quran, zikir sepanjang perjalanan serta berdoa sebelum mulakan perjalanan. Perkemas tauhid. Takut hanya pada Nya.

Hantu berkaki hehe..

 Bagi yang menggantungnya kerana terikut-ikut, atau atas alasan unik. Maka ia juga suatu perbuatan yang sia-sia bagi aku. Tiada faedah. Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan hehe..maka indah hidup bersebab.

Jan 19, 2012

Back to fitrah.

"  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !."

Fitrah


 Dunia kini semakin luas tanpa sempadan. Hakikatnya kita sekadar wadah bagi musuh Islam. Kelihatan kita sedang diperbodohkan dalam kesibukan dunia mencapai matlamat. Apa yang di hadapan, mungkin terjemahan suatu ketika dahulu yang menerujakan. Ayuh keluar daripada arus ketaksuban dunia. Namun tidak beerti kita anti kemajuan.

 Tidak kiralah apa yang sedang berlaku, setiap individu kini sepatutnya menyedari situasi ini. Kebangkitan tidak berlaku dengan hanya beberapa kerat pejuang buta semata-mata. Ukhwah juga tidak memberi apa-apa erti yang lebih baik jika tidak didasari dengan falsafah keislaman.

 Kita terlalu mengukur apa yang diperkatakan barat, sebaliknya kita alpa dengan apa yang sepatutnya dilakukan selaku manusia di muka bumi ini. Setiap sesuatu ada tujuannya. Misalnya jika pisau tujuannya untuk memotong sesuatu, jika tayar tujuannya untuk membantu kenderaan bergerak, jika simbiosis tujuannya untuk mengimbangi kehidupan masing-masing, dan jika dua gas Hydrogen dan satu gas Oksigen bersatu tujuannya membentuk air (H2O), maka tidak hairanlah jika sesuatu itu diciptakan dengan tujuannya.

 Manusia juga begitu. Lahir sebagai khalifah, menekankan kebangkitan ummah bermula daripada kefahaman individu muslim. Berbalik kepada tujuan penciptaan atau fitrah kita diciptakan oleh Allah SWT, sesekali tidak akan membelakangkan seseorang daripada pelbagai sudut kehidupan. Bahkan membantu mengurangkan beban dalam kehidupan seharaian.

  Back to fitrah. Solusi pemasalahan hidup. Tiada kongkongan atau perasaan takut terhadap sesuatu melainkan untuk Allah SWT semata-mata. You are free ! merdeka !

 Adapun isu liberalisme atau apa sahaja pakatan konspirasi z!on!s, pastinya mudah diatasi. Berjuang bukan semata untuk para pejuang. Berjuang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Berkat usaha, kekuatan ukhwah Muslim Brothers boleh mengatasi apa sahaja usaha jahat musuh.



10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna:

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam. 

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram. 

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.



Jan 4, 2012

Usah leka dek khayal arus gerakan.

AUKU

 Nada intelektual dalam arus gerakan mahasiswa kian menghilang. Apa sudah jadi..? Jangan korbankan masa depan.


 Detik ini, gerakan tumbuh meliar. Seolah-olah melewati batasan yang menanti rebah. Adapun gerakan ini didokong setia ideologi jarang, yang sudah tercalit mahu sahaja niatnya tercapai.

Dec 16, 2011

ridoma SC: KIAMAT 2012. Kebenaran atau helah semata-mata ?

Filem kiamat 2012, agenda barat.

 Dulu, kini tetapi tidak selamanya. Setelah berabad lamanya geng the hidden hand berusaha, kini kemuncaknya sudah hampir tiba seperti yang dirancang. Kiamat 2012. Namun sebelum umat Islam mempercayainya bulat-bulat, ayuh kembali kepada kitab suci Al-Quran. Adapun kiamat itu termasuk dalam perkara ghaib, maka hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Bukan manusia. Jadi apakah motif kiamat 2012 dirancang ? 

Gambaran berlakunya pelangaran di antara planet lain dengan bumi.

 Kiamat 2012 dikatakan telah dikira dan dijangka kedatangan tarikhnya semenjak kewujudan kaum Maya lagi. Geng the hidden hand percaya kaum Maya merupakan kaum yang hebat dari segi pengiraan matematiknya. Mereka mempunyai sistem pengiraan yang jauh lebih maju daripada sangkaan manusia moden.

Kalendar kaum Maya yang menunjukan berakhir di tahun yang setelah dijangka berlakunya kiamat.

 Misalnya, kaedah pengiraan kaum Maya yang bermula dengan angka satu dan kemudian terus lompat ke angka dua puluh sehinggalah seterusnya. Berbekalkan kelebihan yang sedikit di sisi Allah SWT ini, mereka telah mencipta kalender yang jauh ke terkehadapan sehingga mampu meneka kiamat yang bakal berlaku beribu tahun daripada tahun mereka pada ketika itu. Teori ini kemudiannya diagung-agungkan para intelektual the hidden hand barat seperti ahli Astronomi dan Jurutera atas alasan tertentu. Kini dunia sedia untuk dimanipulasi. New world order begin.

 Andai kata kita tidak bersedia, maka berita ini mungkin menggemparkan. Apa yang pasti, pada saat itu manusia akan tertanya-tanya dan keliru sama sekali. Sains atau agama. Lumrah manusia memilih yang logik kerana relevan dengan peredaran zaman.


 Natijahnya, dua golongan manusia bakal terbentuk pada ketika itu. Pertama golongan yang tunduk di bawah telunjuk mereka, kedua golongan yang masih berpaksi pada ajaran Islam yang benar. Mereka yang tunduk atas dasar logik Sains misalnya teknologi angkasa lepas (yang telah direka-reka oleh geng the hidden hand), akan berada dalam kesesatan. Manakala mereka yang berpaksi 100% pada ajaran Islam pula akan selamat.

 Di sinilah terletaknya matlamat konspirasi mereka sekiranya kiamat sebenar (seperti yang diketahui umum) tidak berlaku, sebaliknya ' Kiamatkan Akidah Manusia ' secara besar-besaran pula yang berlaku. Tatkala ketaksuban menguasai diri manusia terhadap ramalan geng the hidden hand, mereka kemudiannya mengambil kesempatan memesongkan manusia tanpa sedar. Pada ketika itu, bermacam teori tokoh-tokoh sains geng the hidden hand diketengahkan, demi menguatkan lagi hujah mereka.

Mengumpul dana secepat yang mungkin. Mencontohi semangat bangsa yahudi.

 Saintis barat dan bomoh mereka sudah tiada bezanya lagi. Kedua-duanya bergabung menabur bakti dalam misi menyesatkan penduduk bumi. Modus operandinya tidak ubah seperti yang dilakukan Darwin. Beliau mengaitkan sains dengan logik akal sebelum menolak segala apa yang disuruh dalam agama. Begitu jugalah misi Kiamat 2012 ciptaan geng the hidden hand yang penuh tipu muslihat.

1.Giat menyampaikan. 2.Perancangan mapan menghadapi fitnah akhir zaman. 3.Perbanyakan majlis ilmu melalui saluran media yang mendidik minda. 4.Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musuh mahupun ketentuan illahi.

 Syukur Allahamdulillah, ada juga di kalangan umat Islam yang telah melakukan serba serbi penyelidikan mengenai ' Helah Kiamat 2012 ' ini. Persediaan bagi menghadapi agenda geng the hidden hand ini memerlukan pengelibatan ramai pihak, dalam erti kata lain penyatuan umat Islam. Penyelidik, penulis, pendidik, kerajaan sehinggalah ke rakyat jelata harus berganding bahu.


 Usah khuatir, kejar akhirat, Insha Allah dunia  dapat. Persoalannya, di manakah kita sewaktu peristiwa tersebut berlaku ? dan apakah umat Islam sudah cukup bersedia untuk menghadapi kiamat sebenar atau kiamat palsu ?

Dec 13, 2011

ridoma opinion: Bulan purnama.

" Tidaklah menjadi hal atau mencapai tahap kempunan akan keinginan terhadap kepentingan duniawi itu sehingga terpaksa melepaskan agama untuk dicicah-cicah lalu dikunyah sampai lumat."

ridoma rindukan bulan.

 Wajah bulan purnama malam ini sudah puas aku tatap. Semakin larut malam, semakin ramai pula yang beransur ke kamar masing-masing. Aku keseorangan di ruang tamu bersama lapy berkerak aku ini. Sambil menaip aku menelinga, kalau-kalaulah ada bunyi ganjil di luar rumah. Bukan sebab aku takut hantu ya? Tak mainlah takut-takut hantu, macam budak-budak !

 Al-kisahnya, tempoh hari kecoh jiran-jiran sekawasan aku dengan isu semasa yang hot, si pencuri kasut. Tidak ada lain, ini mesti kerja si Mat Pit yang suka-suki jual semula kasut orang yang dicurinya ke kedai bundle. Meluat aku fikir.

 Cara mereka cari duit lebih gamaknya. Paling tidak aku sudah bersedia. Kalaulah aku berjaya menangkap mereka, kuali tembaga mak aku-lah bakal menjadi mangsa hempukan dengan gaya sekuat hati ke atas kepala haram jadah pencuri itu ! Haha baru puas hati aku.

Dec 3, 2011

Bandar Kajang Banjir !

"Rasakan wahai manusia yang tidak memikiokan kesan alam sekitar. Kami dan anak cucu kamu sedang merasainya.."

Kajang banjir !? Gerun aku mendengarnya. Kebetulan aku berada di Bandar Shah Alam sewaktu beberapa kawasan janaan utama rezeki di pusat Bandar Kajang sedang ditengelami air teh tarik mamak yang banyak. Gabungan Teh Tarik Mamak Sedunia gamaknya. Suasana riuh menyelubungi penduduk sekitar. Gempar !

Kumpulan gambar disekitar pasar Kajang.

Nov 17, 2011

Dari kepingan Emas ke lautan Darah..

 Ulama Islam menegaskan, penggunaan wang fiat sebagai medium pertukaran sepatutnya digantikan dengan medium lain yang lebih adil dan saksama iaitu dinar emas. Salah satu kelebihan dinar emas ialah kerajaan tidak akan mampu untuk menjalankan kawalan mutlak, seperti mana yang telah dilakukan kepada wang kertas. Selain itu, kerajaan juga tidak akan dapat mengeluarkan emas lebih daripada jumlah yang sedia ada, seperti mana yang berlaku pada mata wang kertas, di mana kerajaan boleh mencetak mata wang seberapa banyak yang diingini.

 Walhal, berapalah sangat kos untuk mencetak sekeping kertas ? Nilai emas hanya akan berubah apabila lombong emas baru ditemui, tetapi itu tidak akan membawa perubahan yang besar. Tambahan lagi, nilai emas akhirnya akan stabil selepas satu tempoh masa.

Nov 10, 2011

When she make a disease look good !

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek"  (Q. S. Al Isra 32)

 Dalam tafsir Kalamul Mannan, Syaikh Abdurrahman Nashir As Sa'di berkata : "Larangan Allah untuk mendekati zina itu lebih tegas dari pada sekedar melarang perbuatannya, karena bererti Allah melarang semua yang menjurus kepada zina dan mengharamkan seluruh faktor-faktor yang mendorong kepadanya,”
Homosexual against Sunnahtullah !

 Maka bisa dikatakan, jika jalan ke arah menuju kemaksiatan sahaja sudah dilarang, apatah lagi perbuatannya !

 Adakah pengalaman sewaktu menganjurkan Perhimpunan Jalanan semata-mata sudah cukup memberi kekuatan kepadanya untuk menagih sokongan rakyat Malaysia sekali lagi ? chit poda !

 Dulu ramai yang menyokong Perhimpunan Jalanan anjuranya kerana masing-masing ada kepentingan bersama, tetapi sekarang tidak lagi. Mereka yang sehaluan suatu ketika dahulu, kini menolak anjuran di luar logik akal mu atas kepentingan bersama umat Islam. 
When she make a disease look good !

 Tolak ke tepi soal agama, sudut kesihatan pula melihat tuntutan mu itu sudah cukup membenarkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan sehingga boleh menyebabkan pelbagai gangguan. Apatah lagi mengundang penyakit merbahaya.

 Benar kata mu, rakyat tidak sebodoh yang di sangka atau tidak boleh diperbodohkan, namun alasan yang sama sewaktu menganjurkan perhimpunan jalanan itu, sudah tidak relevan lagi. Barangkali kegagalan sewaktu membantu kes tuntutan murtad si Lina Joy tidak cukup menyedarkan dirinya.

Oct 18, 2011

Ulul Albab, insyaAllah.

Ulul Albab.

" Kamu orang barat pernah memanggil kami orang Melayu pemalas, orang Melayu tidak cekap, orang Melayu tidak boleh dipercayai, tetapi kami tidak boleh mengatakan apa sesuatu terhadap kamu. Jadi apabila saya berada dalam kedudukan yang membolehkan saya berkata sesuatu terhadap kamu, saya ucapkan sedemikian dan kamu tidak menyukainya. Apabila kamu mengatakan kepada kami, kamu harap kami menyukainya. Kami tidak menyukainya tetapi kami tidak ada jalan bagi membolehkan suara kami didengari."-Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.


Pokok yang diserkup sepenuhnya belum tentu dapat tumbuh meninggi tanpa cahaya. Analogi mudah yang boleh dikaitkan dengan beberapa perkara harian di dunia ini.

 Tidak dapat tidak, rata-rata bersetuju rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca. Kajian  mendapati purata bahan bacaan rakyat Malaysia dalam setahun adalah bersamaan sehelai muka surat akhbar. Sungguh menjengkelkan !

Oct 16, 2011

sejuta umat

 Tolak ke tepi segala pandangan mereka mengenainya, yang pasti kami sedang memperlihatkan kepada semua bahawasanya kami masih bersatu. Berikan kami sedkit masa sahaja lagi, kami akan kembali kuat seperti di zaman Rasullah S.A.W.

 Bagi kami isu politik yang menjadi latar belakang semasa, tidaklah mengambarkan ukhwah yang sebenar. Di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat senjata umat Islam yang terlepas kaji oleh mereka.

 Mereka ingat kami seperti yang dilihat, sayang sekali kami jauh lebih hebat daripada itu dikala terjentik maruahnya.

Video
|
|
V

Oct 9, 2011

Cerita hantu meracuni iman.



[1]Alif, Laam, Miim.

[2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

[3]Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

[4]Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

[5]Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

[6]Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Surah Al Baqarah, ayat 1-7.

  1. Mahu tidak mahu, aku dan korang terpaksa menerima hakikat ini. ' Kita semakin dijahilkan si pembuat filem atau drama hantu yang sediakala jahil'.

2. Kata mereka, 'inilah selera penonton zaman sekarang..saya atau anda semua di rumah tidak dapat menolak trend masa kini. Kita harus menerima kecanggihan teknologi pembuatan filem masa kini. Apa orang nak kata, katalah. Saya akan tetap bekarya.'



3. Bagi aku ya tidak salah kamu bekarya, tetapi jangan sesekali menjahilkan orang yang sediakala kurang ilmu pengetahuan. Kita sedang menuju ke arah masyarakat yang bertamadun mengikut acuan keislaman. Janganlah dek kerana perbuatan sesetengah individu yang tidak bertangungjawab ini, orang muda kita rosak melayan khayalan. Maka benarlah kata Dr.M yang telah ditulis semula oleh Blog Riffzam.

4. Bagi yang menolak atas dasar ideologi moden, 'mana ada hantu lagi sekarang ni..'. Peliknya, bila terserempak dengan syaitan, barulah dia mahu solat. Solat sekadar bertujuan menghalau hantu gamaknya.

5. Bagi yang percaya tetapi malu nak mengaku, 'ala aku tengok je..bukan aku takut pun dengan hantu. Aku takut tuhan la, buat apa takut hantu'. Padahal bila dalam kegelapan, dia-lah orang yang paling takut. Tiap-tiap bulan melanggan majalah misteri.


6. Sebilangan kanak-kanak pula diracuni minda mereka dengan bayangan hantu di mana-mana. Dari bilik tidur, sehingga ke ruang laman rumah. Semuanya berhantu. Mengapa? Kerana terlalu banyak larangan yang diterima kanak-kanak ini mesti bersulam dengan ayat seperti "Jangan bermain di luar rumah pada waktu malam, ada momok". Sebenarnya ibu bapa yang malas menemani anak-anaknya ketika itu.


7. Para penggiat dalam bidang seni sewajarnya lebih peka dalam penghasilan sesuatu karya. Rata-rata mengatakan filem mereka membawa pengajaran, tetapi alangkah lebih baik jika pengajaran itu diolah dalam suasana yang lebih harmoni. Kita bukan mahu penonton untuk takut pada hantu, tetapi takut pada Allah. Filem seperti Syukur 21 sewajarnya dijadikan contoh dalam mendidik jiwa mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.


8. Bagi yang benar-benar memahami, 'maaflah, saya tak gemar tengok cerita hantu, bukan kerana saya tak percaya akan kewujudannya tetapi saya tidak mahu memperbodohkan diri ini. Bagi saya hantu itu tidak wujud, ianya sekadar istillah di kalangan masyarakat kita dan tidak dijumpai perkataan HANTU di dalam kitab suci Al Quran. Sebaliknya, perkara ghaib itu memang wujud. Saya beriman dengannya tetapi tidak sesekali taksub dengan syaitan '