May 28, 2011

Angkara darah memancut.

 Semalam kami angkatan pelajar-pelajar LI, telah di bawa ke pusat penyembelihan binatang ternakan seawal 8:30 pagi. Langit seolah-seolah menunjukkan wajah muram-nya. Adakah keberangkatan kami ke sana mempengaruhi wajah mendung cuaca hari ini ? kami tetap meneruskan perjalanan. 
Bertolak.

 Kebanyakan pelajar diam di dalam bas. Seperti ada yang tidak kena. Hujan pula turun renyai-renyai mengiringi perjalanan kami sepanjang ke sana. Bas yang membawa kami juga terpaksa dipandu sederhana perlahan dek kerana permukaan jalan raya yang licin. Setibanya kami ke Kompleks Abatoir, kami disambut dengan suasana yang suram. Pintu pagar kelihatan seperti sudah lama dibiarkan berkarat. Seram !.. 

Minggu Kedua

 Minggu kedua, aku ditempatkan di seksyen Bacteriology (PUS)/ Nanah. Segalanya berjalan lancar seperti yang telah tertulis dalam jadual aku. Rutin harian aku setiap pagi adalah membaca plate spesimen yang telah diproses kelmarin.

Spesimen PUS.

 Tengah harinya pula, aku bersama staff sedia ada memproses berpuluh spesimen baru tiba, kebanyakannya spesimen PUS dan HVS.  

May 23, 2011

Pengikut Ridoma telah mencecah 500 orang ?!

 Setelah sekian lama berkelana di hospital dek kerana gara-gara sibuk menjalani sesi praktikal, aku terpaksa merelakan seluruh tubuh ku berehat di atas tilam yang empuk lebih awal sejurus sampai ke rumah.

 Huh lega.. hilang sebentar tekanan kesesakan jalan raya yang terpaksa aku tempuh setiap hari. Eh sekejap, pengikut Ridoma telah mencecah 500 orang-lah ?!

 Oleh yang demikian, pihak Ridoma dengan berbesar hati melantik syazberry menjadi ahli Group Blogger Malaya sebagai tanda penghargaan ! tahniah diucapkan. Bersempana dengan tanda penghargaan yang tidak seberapa ini , apa kata cik Syazana Nazri menjawab soalan Ridoma:

Nama penuh anda:

Apakah perasaan anda selaku follower Ridoma yang ke 500 ? :

Apa pendapat anda mengenai aktiviti berblog dan apakah kesannya terhadap diri ? 

Hobi masa lapang selain berblog ? :

Tujuan anda sepanjang berblog:

Apakah kenangan manis anda sepanjang berblog:

Siapakah blogger yang anda kagumi ? :

3 rakan rapat blogger anda:

May 22, 2011

Minggu Pertama.


 Siapa kata sesi praktikal menakutkan ? sesi praktikal sebenarnya lebih senang daripada belajar di kampus, cuma disini sedikit membosankan. Setiap hari aku datang awal demi mengelak kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur. Seawal 7 suku pagi aku sudah sampai.

Kaedah memasukkan TSI ke dalam tube.

 Setiap hari aku masuk kerja pukul 8 pagi. Kebiasaannya aku masuk lebih awal, tetapi sengaja aku tulis pukul 8 pagi dalam buku kehadiran pelajar Latihan Industri (LI) sebab senang. Tengah hari pula waktu aku berehat. 

 Aku tidak pernah makan di kafe sepanjang semiggu aku menjalani praktikal disana kerana kebetulan aku berpuasa. Kecuali pada hari Jumaat, tetapi aku tetap tidak singgah ke kafe kerana tidak berasa lapar.

Mesin TOUHCLAVE.

 Minggu pertama, aku ditugaskan membuat agar media dan menjaga kaunter spesimen. Aku diajar mengunakan mesin yang mereka gunakan. Seperti biasalah, tidak semua masa yang ada dihabiskan untuk mengajar, sesekali staff di situ menguji kapasiti teori yang telah kita timba di kampus dahulu.

 Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Cuma ketika di kaunter, kerja aku sedikit berbahaya kerana spesimen yang aku terima berisiko tinggi untuk berjangkit.

Menuang BA agar ke dalam plate dengan mesin POURMATIC.

 Sample diterima kemudiannya diasing-kan mengikut jenis ujian yang bakal dijalan-kan. Misal-nya, ujian untuk TB, fungi, sterile, parasit, virus, dan kawalan infeksi.

Mega bakal terbit.


 Perjalanan ku bersama si dia menelan masa lebih dari setengah jam. Kesesakan di Lebuh raya Ampang sesekali tidak meluntuhkan semangat kami, walaupun si dia kini menjangkau usia 46 tahun.


Aku sampai ngam-ngam pukul enam petang. Mahu tidak mahu aku terpaksa terima hakikat waktu kerja sudah tamat. Nasib aku untung, kerana puan editor masih sudi menunggu. Namun segalanya berlaku dengan tergesa-gesa.


 Perbincangan kami lebih tertumpu mengenai soal perjanjian kontrak dan reka bentuk muka hadapan novel. Katanya, pihak syarikat sedia membayar seratus ringgit sekiranya aku mampu design sendiri. Pertemuan kami tamat setelah 10 minit masa berlalu.

 Walaupun singkat, tetapi aku rasa seronok sangat. Kakak editor tidak lokek berkongsi idea yag ada. Dia mencadangkan aku menulis lebih lagi untuk pada masa akan datang di syarikatnya.

May 14, 2011

Pullman Putrajaya !


 Yehaa!! cuti aku dah nak abis !!!! bukan bosan duduk di rumah, tapi tidak puas bercuti lagi...! menjelang sesi praktikal yang bakal bermula beberapa hari lagi, ini-lah masanya aku bermonolog dan mengenang saat indah yang pernah aku lalui.

1st day in practical sesion !

a. Bersiap-siap di pagi hari sebelum bertolak keluar. Hensem hehe..

b. Proses penyerahan dan pengenalan diri di HR department huhu. Tampak menyakinkan ( harapnya begitulah hari Isnin ini )

c. Hari pertama. Seperti biasa, tidak banyak kerja. sekadar duduk-duduk dahulu ( proses penyesuaian diri )

d. Cukup masa sehari suntuk, apa lagi ? pulang -lah...

May 8, 2011

Mencintamu tanpa jemu !



Dari Abu Hurairah R.A. ' Datang seseorang menemui dengan Rasulullah S.A.W. dan dia bertanya', " Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk aku bergaul dengan baik dengannya?". Baginda S.A.W. menjawab " Ibumu." " Kemudian siapa?" " Ibumu". "Kemudian setelahnya siapa?" " Ibumu". Untuk kali berikutnya orang itu bertanya, "Lalu siapa?" " Bapamu". Jawab Baginda S.A.W.


Hadis ini jelas menunjukkan betapa tinginya darjat seorang ibu. Wanita yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga kita sehingga dewasa. Wanita yang sanggup berkorban demi anak-anaknya yang tercinta. Wanita yang tidak pernah meminta segala keringatnya dibalas dengan harta berjuta meskipun pengorbanannya terlalu tinggi nilainya.


Khutbah Jumaat: Adab anak terhadap kedua ibu bapa



a. Semakin baik mutu adab kita kepada kedua ibu bapa, maka semakin bertaqwa kita kepada Allah SWT.


b. Tidak seperti di barat, budaya menghormati ibu bapa sudah luntur. Anak-anak sudah menjadi kebiasaan menengking ibu bapa. Sehingga-lah pada suatu hari, seorang wanita yang juga bergelar ibu meminta agar satu hari dalam setahun diadakan sambutan hari ibu. 

 Tujuannya agar anak-anak disana memberikan hadiah kepada ibu masing sebagai tanda kasih  sayang dan penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu. Disinilah bermulanya peristiwa hari ibu yang jatuh pada 8 mei ini.


c. Berikut merupakan tafsiran Surah Luqman, ayat 12-191 sebagai pedoman kita bersama:

12. " Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada
Luqman, iaitu: " Bersyukurlah ( kepada Allah ), maka ssungguhnya dia bersyukur untuk
dirinya sendiri, dan barangsiapa yang tidak bersyukur ( kufur ), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Lagi Maha Terpuji ."

13. " Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi
pelajaran kepadanya; " Wahai anakku ! Janganlah engkau mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan ( Allah ) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada kedua orang
tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-
tambah dan tempoh menceraikan susun-ya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu
yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati
keduanya; dan bergaullah dengan keduanya didunia dengan baik dan ikutilah jalan
orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka
akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. ( Luqman berkata ): " Wahai anakku ! Sesungguhnya, jika ada ( sesuatu perbuatan )
sekalipun seberat biji sawi serta ia a tersembunyi didalam batu besar atau dilangit ataupun di bumi, nescaya Allah akan memberinya ( balasan ). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Lagi Maha Teliti.

17. Wahai anakku ! Lakukanlah solat dan suruhlah ( manusia ) berbuat yang makruf
dan cegahlah ( mereka ) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhada apa
yangmenimpamu., sesungguhnya yang demikian itu termasuklah perkara yang penting.

18. Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia ( kerana sombong )
dan berjalan dibumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
sombong dan membanggakan diri.

19. Dan sederhanakanlah dan berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai.





* Tafsir Al-Quran, 2009. Dr. Maheram binti Ahmad, 412, Cetakan Petama 2009, Selangor.


May 6, 2011

Fitnah Dajjal



 Tidak kiralah berapa ramai jumlah tokoh Islam yang terkorban, fokus seharusnya tertumpu kepada permainan fitnah si Dajjal. Disebalik hasil konspirasi si Dajjal bersama pakatan-nya ( Israil- Amerika ) diangkat oleh masyarakat sesetengah tempat, kononnya telah dianggap berjasa dengan beberapa keganasan yang telah dilakukan.


 Mahu atau tidak mahu, secara tidak sedar mereka ( Pakatan yang telah melakukan penindasan, dan pembunuhan ) telah memaksa keadaan untuk melahirkan lebih ramai lagi pahlawan Islam seperti Saidina Omar Al-Khatab, Zulkarnain, Salahhuddin Ayubi atau Al-Fateh di atas muka bumi ini.



May 5, 2011

5 perkara wajib dikala cuti menjelang tiba.


Sebelum ber-FB, berbloging dan berjongging, inilah rutin harian aku. 

1. Cek minyak hitam kereta. Selepas ditambah engine treatment, bunyi enjin kereta aku semakin perlahan tetapi lebih berkuasa. I like !

Suatu hari nanti, semua part akan jadi chrome...

2. Cuci atau lap habuk yang melekat pada enjin kereta

Dilengkapi RPM meter dan Carbon dashboard..



Lamb madaghout !

 Pada 30 April 2011, aku dan rakan-rakan sekali lagi makan malam di Restoran Zam-Zam. Restoran bercitarasa masakan Arab. Pelbagai makanan Timur tengah terdapat disini. Namun seperti biasa, kami sebulat suara memesan Lamb madaghout. Tetapi kali ini situasi agak berbeza sedikit kerana kami memesan empat kilo Lamb madaghout. MasyaAllah.. Sedddap !

Sebelum..

 Bagi yang berkunjung ke restoran ini dalam bilangan yang ramai, aku syorkan korang pesan madaghout ayam atau kambing. Bukan bermakna korang tidak boleh memesan selain dari menu ini. Masakan Arab tidak terlalu mahal, sebaliknya air minuman yang dijual agak sedikit tinggi berbanding di restoran lain.

May 4, 2011

4 sebab mengapa aku malas ke Chow Kit Road !

1. Susur keluar masuk yang sesak. Walaupun kini sudah sehala, namun kita tetap perlu berhati-hati sewaktu memandu di lorong tersebut. Barangkali kesesakan disebabkan laluan itu sudah lama dan memerlukan perubahan dari segi lebar jalan.

Warga asing kini menjadi penjual yang kurang mesra di sini.

May 1, 2011

Salah nyangkung ?

Haha mula-mula, aku rase kelakar gila ! korang pernah alami ? konpem korang semua pernah mengalami dilema duduk @ nyangkung masa mula-mula belajar hendak membuang air dengan mangkuk tandas jenis ni !


 Terima kasih Syazwan Jaafar, aku tertarik menarik kau memang debom dengan diskusi di FB. Cis ! tak patut betul korang yang masih meneruskan cara membuang sebegini, silap-silap hari bulan rabit punggung korang ! haha..

Korang rasa kan, bagaimana boleh terjadinya dilema seperti ini ? haha..