Jul 31, 2011

Ramadhan Al Mubarak







JANGAN PUASA YANG YUK,
BANGUN PAGI BUKA PERIUK TAW!


Tulang kakiku retak

 Dua hari aku menahan sakit akibat tulang pada buku lali ku retak. Hari esok ntah bagaimana aku hendak memandu kereta. Apatah lagi, menjalani praktikal seperti sediakala. Aku berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk mengharungi semua ini di dalam bulan Ramadhan.

 Tidak ku minta jalan terhencot-hencot. Sudah nasib ku begini. Aku redha dengan ujian yang telah kau berikan ya Allah..

Jul 30, 2011

Minggu Kesebelas


Dari mana korang datang ? daripada zarah sehinggalah ke sel dan akhirnya ditiupkan roh oleh Nya. Satu kronologi kejadian manusia yang rumit jika dikupas dengan terperinci. Mempelajari asas kehidupan seringkali membawa aku memikirkan kebesaran Allah SWT. 

Jul 29, 2011

Minggu Kesepuluh

 Penwarnaan khas dan Immunohistokimia.. masih tidak berganjak ke makmal baru. Ntah mengapa aku dijadualkan semula ke Histologi semula selepas dua minggu di Parasitologi. Bukan kerana prestasi ya ? sememangnya semua pelajar LI kampus kami terpaksa mengikuti jadual yang telah ditetapkan ketua Juruteknologi Perubatan.

Jul 28, 2011

Malaysia tewas bertemu Singapura.

Suasana perlawanan bolasepak Malaysia VS Singapura 28/07/2011

                          Tiger 0- Lion 0         Tiger 1- Lion 0             Tiger 1- Lion 1

Agregate:
Lion 6- Tiger 4

Jul 23, 2011

Malaysia VS Singapura 2011

Video perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Singapura 23/07/2011


                 
                               Singapura (5) VS  Malaysia (3)

handsfree kena curi ?

Kecemasan tahap cipan.

 Yeeha.. puas berjalan sambil berGoogle, akhirnya aku terjumpa dengan... ntah orang sengal mana. Tu dia, kaedah serbaguna yang tidak terjangkau akal korang. Sungguh kreatif !! dia membuktikan tidak semua kemudahan perlu mengorbankan duit atau dengan pembelian. Tetapi ini kecemasan tahap cipan ni.





PERINGATAN DARI RIDOMA: Sendiri punya tak apalah, tapi jangan sesekali mengunakan orang lain punya =)

Rancangan kegemaran Adik & al-Quran direhatkan?

"Apabila kehendak mereka tidak di fahami, sebaliknya hukuman pula yang diberi maka banyaklah perkara bermanfaat terhenti"

Rancangan adik & Al-Quran ustaz Zamri di studio.

 Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Gara-gara terlalu marahkan individu yang menyertai himpunan jalanan baru-baru ini, tidak semena-mena sebuah rancangan kanak-kanak Islami yang lebih dekat di hati penonton seluruh Kepulauan Nusantara kini direhatkan.

Jul 22, 2011

Pasukan pilihan Malaysia VS Chelsea

Video perlawanan di antara pasukan pilihan Malaysia dan Chelsea..
(21/07/2011)
                           

           Chelsea (1)                       VS                     Malaysia (0)

Jul 19, 2011

facebookvirus (FBV) !!!

 Awas  dengan sebarang mesej yang korang terima melalui FB, tidak kiralah daripada individu yang korang kenal atau tidak. Mesej akan bermula dengan "hi how are you?" dan seterusnya berlarutan sehingga empat pertanyaan (sekiranya korang reply).

 Selepas daripada itu, korang sudah tidak memerlukan pembantu FB lagi kerana FB korang akan menghantar mesej kepada sesiapa sahaja yang dikhendakinya secara automatik. FBV, parapap awas..!!!

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG


 Yeeha..!!! salam semua.. tq bro Ben, erm bila saya mula buka blog? aish baru je lagi..tak sampai 12 bulan...(masih banyak yang perlu dipelajari)

Mengapa saya buat (menulis) blog ? bagi saya menyampaikan pendapat atau cerita melalui penulisan lebih selesa berbanding kaedah lisan.

 Siapa idola blog ? dah tentulah bro Ben Ashaari (kerana idea kreatifnya)

Mengapa korang kena singgah blog saya hari2 ? dah tentulah sebab ridoma banyak cerita2 yang ingin dikongsikan.. =)

Minggu Kesembilan

Schistosome spp. Male (with gyneacophoric canal) & female (dark worm) is held in it.

 Minggu kedua merupakan minggu terakhir, berat rasanya mahu meninggalkan jabatan ini. Apa jua sekalipun, kami harus akur kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 

Jul 17, 2011

Minggu Kelapan

Ascaris lumbricoides egg.

 Minggu ini kami di jabatan Parasitologi, Kampus Kuala Lumpur UKM. Sebut sahaja Parasitologi, pasti korang akan teringat Protozoa, Helminth dan Anthropod. Di permulaan hari lagi kami telah dihidangkan dengan teknik Direct smear, iaitu sejenis teknik yang melibatkan tinja (najis) sebagai objek yang bakal diteliti kandungannya dibawah mikroskop.

Jul 16, 2011

Malaysia (3) VS Liverpool (6)

Video Perlawanan Bolasepak 16 Julai 2011.

 VS  
                   Malaysia (3)                             Liverpool (6)


Jul 11, 2011

Terima kasih Bro. Ben Ashaari..!

Alhamdulillah. Selaku blogger baru, tiada apa yang lebih penting melainkan bimbingan daripada blogger2 berpengalaman seperti Bro Ben Ashaari. Jutaan terima kasih ridoma ucapkan kepada bro Ben Ashaari kerana sudi memilih ridoma dalam segmen blog pilihan ... 

Tidak dapat di nafikan, memang segmen bro Ben Ashaari banyak membantu menemukan ridoma dengan lebih ramai lagi rakan2 baru dan lama dalam dunia blog. =)

singgah blog aku sat, bleh ?- segmen BEN ASHAARI .


 Yeeha... ! blog abang ben ? siapa tak kenal sah klentong. Selaku blogger baru, aku nak sangat berjumpa dan bertukar-tukar pendapat dengan bro Ben. Da berapa kali nak join gathering yang melibatkan beliau, namun apakan daya kesibukan dan jarak perjalanan mnyebabkan aku msh blm brpeluang brjmpa dgnya. Tapi takpe nasib baik bro Ben buat segment ni, so bole jgk la kenal2 di sini. Semoga segmennya ini dapat merapatkan silaturahim antara kami yang masih tidak berkesempatan bertemu. Insyaallah suatu hari nanti =)

Jul 9, 2011

bersih

 Hmmm perjuangan bersih telah dapatku hidu.. =)  apa yang pasti, di akhir perjuangan mereka akan aku ketemui hasil kerjasama yang tidak ubah seperti Sentinel Prime dan Megatron, watak dalam cerita Transformer: Dark of the moon. Kedua-duanya bergabung menawan bumi demi matlamat yang berbeza.

 Bersih tak relevant ! Bukan kerana tindakan tunjuk perasaan mereka agar kerajaan sedia ada di ubah atau kesan perhimpunan mereka yang menyusahkan rakyat yang tidak terlibat. Tetapi kerana cara mereka menghalakan semangat sewaktu berkumpul, tuntutan lapan perkara berkaitan pilihan raya dan definasi jihadnya yang nampaknya kurang di fahami umum terlibat. Mereka seolah-olah bebas melakukan apa sahaja hanya kerana mereka beraksi atas nama IslamRata-rata yang tuntut bersih adalah orang yang meletakkan nafsu amarah sebagai panduan hidup. ilmu jatuh nombor dua. 

Jul 3, 2011

ridoma.blogspot : Muslimah Fashion Contest.


 Yeeha..!!! aku baru sahaja selesai dua minggu berpraktikal di makmal Histopathology. Kebetulan semalam salah seorang daripada staff di sana mengadakan kenduri kesyukuran sempena anugerah yang diterimanya. Ups chopp chopp, aku bukan mahu berkongsi cerita pasal makan, tetapi aku mahu berkongsi cerita mengenai idea baru di blog ridoma.

 Muslimah Fashion Contest. Amacam stylo tak idea aku ? kontes ini di taja oleh Awati's Collection.

 Hadiah terbaik dari ladang sedang menunggu korang. Percaya atau tidak, aksesori pakaian wanita daripada Awati's Collection adalah sangat bermutu tinggi, di kedai ternama konpem beratus ringgit nilainya. Namun kualitinya tetap sama.

 Aku harap korang berminat dengan hadiah yang telah aku sediakan untuk ridoma.blogspot: muslimah fashion contest. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti korang bergambar dan yang photo-nya di-like paling ramai. Tak kiralah korang ni jenis pakai tudung biasa atau shawl, yang penting join.

Cara-cara.

Step 1:

 Tulis satu entri apa sahaja mengenai ridoma.blogspot: Muslimah Fashion Contest beserta gambar korang dengan ciri-ciri muslimah.

Step 2:

 Sesudah itu upload gambar yang sama ke facebook ridoma-fan page beserta caption url entri blog korang yang ditinggalkan sekali. Jangan lupa dapatkan like terbanyak.












Tarikh tutup 5 Ogos 2011.
Kontes tertahluk kepada terma dan syarat- Fariduddin El Islam.

Makan-makan bersama staff Histopathologi.

 Mahu Nasi Arab ke Nasi Tomato ? permulaan sebelum perjanjian menu dimeterai dengan En. Abdul Ghafar (Pengusaha catering) beberapa hari sebelum harinya. Alhamdulillah genap dua minggu aku di Histo.

Suasana riuh makan di bilik rehat Staff.

Minggu Ketujuh

 Rutin harian seperti minggu lalu, cuma minggu ini lebih menarik lagi. Kali ini aku dan rakan-rakan diberi peluang melihat seketul daging besar, kanser testis milik seorang remaja 21 tahun diproses.

Yehaa..! amacam besar tidak saiz testis kanser ? kalau dihiris halus-halus, boleh di buat ganti daging burger-kan ? haha..

Sejenak bersama Pegawai Sains.

Biomed. MSU (da blogger girl), kak Ita dan MLT UiTM.

 Hei ingat senang-senang macam itu sahaja kami meninggalkan makmal Mikrobiologi ? tidak semudah itu.. sebagai bukti terjalinnya hubungan yang baik di kalangan staff dan pelajar LI, salah seorang Pegawai Sains di makmal Mikrobiologi telah membawa kami semua makan tengahari bersamanya  di Restoran Black Canyon, Jusco. Sedappp sangat, terima kasih kak !

Jul 2, 2011

Minggu Keenam.

 Salam.. yeah minggu ini aku di makmal Histopathologi. Bertemankan lampu kalimantang yang cahayanya tidak berapa hendak terang, aku tidak pasti sama ada ia tidak cukup power atau sengaja dipasang malap supaya mood romantik bersebelahan bilik mayat dapat dirasai. 


Grossing section. Potong spesimen.

Malam ke-30 bulan Rejab.

 Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah SWT akan memberinya tujuh kota di syurga Firdaus; dia dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama, dia berjalan di atas sirath bagaikan petir yang menyambar dan dia bebas daripada api neraka. Berkenaan dengan solat hari terakhir, diriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w berkata kepada Salman,

 Solatlah engkau pada hari itu sepuluh rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas dan surah Al-kafirun masing-masing sebanyak tiga kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam, angkatlah kedua tanganmu dan bacalah,

 Tiada tuhan selain Allah satu-satunya. Tiada sekutu bagi Nya. Miliknya kerajaan dan bagi Nya pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, sedang Dia hidup dan tidak akan mati. Segalanya kebaikan di tangan Nya dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci, dan tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

 Kemudian usapkanlah kedua tanganmu pada wajahmu dan mintalah hajatmu kerana doamu akan dikabulkan. Dan Allah akan menjadikan antara engkau dan jahanam tujuh parit, setiap parit seperti langit dan bumi, mencatat untukmu sejuta rakaat untuk setiap rakaat yang engkau dirikan, menetapkan untukmu kebebasan daripada api neraka dan melalui di atas sirath dengan lancar.

Diminta para pembaca, supaya berdoa bagi seluruh manusia dan bagi penulis ( penulis buku).