Imej Sebelum diedit: Seorang perempuan berambut panjang berjubah putih.
Hantu Dirakam Kamera Murah | Imej seorang perempuan berjubah putih secara tidak sengaja dirakam oleh seorang security sewaktu bertugas malam. Jin & Syaitan bangsa yang nakal. Tugas mereka adalah sengaja menakut-nakutkan manusia sehingga kiamat. Mereka berjanji di hadapan Allah, akan menyesatkan keturunan Adam. Menjadi masalah kepada kaum Muslimin hari ini apabila Al Quran tidak diselami.
Imej Selepas diedit: Seorang perempuan berambut panjang berjubah putih.
Muncul atau tidak, mereka sentiasa ada. Penampakan mereka hanya dengan izin Nya. Asal usulnya memaksa mereka menyerupai sesuatu, lalu menjelma di hadapan kita. Kebiasaanya tidak sempurna. Perjuangan ingin manakutkan manusia oleh bangsa mereka bertambah mudah. Apabila dibantu sesetengah masyarakat hari ini menerusi cerita hantu. Tidak mendidik dan sekadar satu hiburan semata-mata. Bagi saya mudah, iman yang utuh sudah cukup untuk menjauhkan mereka. Selaku Muslim kita hanya perlu takut kepada Allah sahaja.
Jadikan video ini sebagai pengajaran selaku manusia yang memikirkan.