May 7, 2013

Dua jawapan: Dari syabab yang tak habis sekolah lagi



1. Adakah isu sentimen perkauman merupakan salah satu cara meraih undi mejoriti orang Melayu ?

 Setelah meneliti Video Amanat Tunku Abdul Rahman, tidak salah jika saya beranggapan isu perkauman adalah startegi lama 'politik kotor'. Sentimen perkauman ditiupkan kembali bagi mencalar reputasi seseorang atau meraih undi mejoriti. Apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman pada tahun 1969, orang Melayu yang berkongsi perasaan kecewa terhadap bangsa Cina, beramai-ramai keluar untuk menuntut keadilan.

 Natijahnya, pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya berjaya mendapatkan undi mejoriti orang Melayu. Bagi saya, mana mungkin sesuatu yang cantik atau lebih sempurna, berasal daripada sesuatu yang hodoh.

 Memetik kata-kata seorang tokoh revolusioner Turki, Harun Yahya, yang telah ditiruvasi oleh saya. Monyet tetap monyet, tak mungkin menjadi nenek moyang manusia. Begitu juga, bumi yang cantik ini tidak terbentuk daripada kejadian yang kebiasaannya memberi impak yang hodoh, iaitu letupan.

 Hakikat sebenar disebalik khabar angin yang berbaur perkauman. Kaum Melayu sudah jauh ketinggalan daripada pemikiran politik yang matang. Jika ada orang Melayu yang mengatakan orang Cina salah, maka orang Melayu pun salah juga.





2. Adakah kaum Cina telah berpaling tadah ?

 Kaum Cina telah melakukan perubahan dalam hidup mereka. Daripada parti rasuah kepada yang lebih bersih. Kita bila lagi ?

 Maka Melayu juga perlu menyedari hakikat ini. Beralih kepada parti yang tidak mengamalkan rasuah. 

 Kalau tak mahu undi DAP kerana 'DAP Cina', undilah parti lain selain parti sedia ada (yang telah terlalu lama kotor). Mudah, lagi mudah kalau ramai yang memahami hasrat 'Melayu Bersatu Islam Berdaulat'-Isma.

 Selagi mana orang Islam masih jahil, parti-parti Islamik ini tidak akan menang. Rata-rata orang Melayu masih mudah dibeli dengan wang. Misalnya, sepanjang lima tahun pemerintahan berjalan, empat tahun mereka dimanipulasi, setahun kemudian setelah dibeli dengan bantuan yang tidak setimpal. Mereka dengan mudah boleh melupakan penipuan tersebut.

 Situasi ini jauh berbeza dengan kaum Cina, mereka lebih menjangkakan hasrat seseorang dan berdikari. Kemampuan mereka mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain, telah mengajar mereka erti kekuatan. Sekaligus membebaskan mereka daripada belenggu momokan berita masa depan yang tidak tentu kesahihannya.



Ihsan Youtube:








Apr 26, 2013

Renungan Tok Abah


Tok Abah hebat kisah perjuangan mu membesarkan kami. November ini, genaplah tujuh tahun tempoh persaraan mu. Sekali-sekala dalam renungannya yang terhenti, Tok Abah berkongsi peristiwa musim panas yang berlaku di tahun akhir perkhidmatannya, November 2006.

Ketika itu tarikh memilih sudah hampir, berbaki lebih kurang setahun lebih. Ramai yang membuat persiapan. Pastinya lebih wang diperlukan untuk menyiapkan jentera parti masing-masing mahupun sebagai persediaan awal belanjawan khas 'Taburan Janji'.

 Kisahnya bermula apabila tidak semena-mena, bonus dan gaji untuk bulan Oktober Tok Abah ditahan oleh majikannya yang berstatus GLCTok Abah dituduh tidak membayar cukai pendapatan untuk beberapa bulan semasa berkhidmat, yang dikatakan bernilai sepuluh ribu ringgit.

 Timbul persoalan, adakah selama ini wang gaji yang dipotong secara berkala sepanjang tempoh perkhidmatannya untuk tujuan pembayaran cukai pendapatan ghaib ? nasib Tok Abah bagai diinjak-injak dalam tempoh tersebut.

 Orang lain bersara dengan senang hati, namun sebaliknya nasib Tok Abah dalam berhadapan isu berbangkit yang tidak masuk akal. Kejam !

 Tok Abah redha dan terpaksa berdiam diri. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kini jika diteliti semula, adakah berbaloi bantuan ringgit yang pertama kali diberikan setelah tujuh tahun memendam rasa, berbanding sekatan gaji dan bonus terakhir Tok Abah ? 

Kami akui, kami tersilap pilih. Cukuplah peristiwa 'Pontianak Moden Menjelang Musim Memilih' ini menjadi tauladan untuk anak-anak kecil kami, agar dijauhi sifat pemimpin yang tidak mengenal halal haram. 

Apalah erti hidupku andai terpaksa bertuhankan mereka yang beraja di mata, bersultan di hati.

Jan 20, 2013

Listen listen listen. Let me speak.


'Dia': Listen listen listen!
 let me speak, let me speak, let me speak..
 animal also got problem.

Garfield: hey CUBA TEKA when last time i got problem ? =)

 Mungkin 'dia' terlalu 'cinta'. Bak kata orang semasa sedang bercinta, kentut pun bau wangi !

 Keadaan ini tidaklah mengambarkan orang lain termasuk saya turut tidak se-cinta itu kepada corak pemerintahan sedia ada melainkan dia seorang. Cumanya cinta kita untuk selain daripada Allah, berbatas.

 Mana salah kita katalah salah. Mana betul kita katalah betul, mudah-kan ?

 Sehinggakan Cik B yang pada mulanya cuba ajak berdiskusi, tak pasal-pasal dianggap sengaja cuba memburukkan reputasi pemerintah. Sekaligus mencabar dirinya selaku orang penting SW1M.

 Bagi saya, 'dia' sebenarnya buta di siang hari. Bercakap soal profesional, bagi saya 'dia langsung tidak profesional. Adakah patut pertanyaan Cik B itu dengan tujuan diskusi, dibalas dengan kutukan secara peribadi.

 Cik B yang dikatakan 'least of pendidikan' oleh 'dia', barangkali lebih banyak membaca. Kalau pun beliau tersalah, beliau bukanlah orang yang 'kurang bijak' seperti digambarkan 'dia' di hadapan ratusan orang, dengan tanpa meminta Cik B duduk terlebih dahulu.

 Adakah perbuatan ini tidak biadap ?

 Paling tidak sedikit sebanyak beliau telah membuat kajian dan membaca sebelum mencuba. Tidak seperti sesetengah orang yang mengangap dirinya dalam 'zon selesa' hanya kerana 'dia' dapat apa yang diingininya.

 Placebo semata-mata !

 Sehingga di saat 'dia' ditipu pun 'dia' kata dia ok. Pengajaran kepada semua remaja, jadilah remaja yang bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah. Hidup biar bersyariat. Kunci kekuatan syabab yang luar biasa.

Jan 6, 2013

the Red line of my Life




And when people step out this redline
I will never let them to go 
Never laugh cos this is the dead end 
It is my end for its start to go 

And when people step out this redline 
Means no other place need to go 
Let the future past in the mean time 
And the great night kill all alone 

It was u .. call me and told me 
Help me up and shine up my life 
It was u .. call me again till lonely aaaa 
It was u .. call me and told me 
Blur my eyes and tell me to do 
Is was u told me the lies i always spoke 

It was u .. call me and told me 
Help me up and shine up my life 
It was u .. call me again till lonely aaaaa 
It was u .. call me and told me 
Blur my eyes and tell me to do 
It was u .. told me the lies i always do- Shizuka.