Mar 12, 2014

Giveaway-Salun mata di Eye Center

Voucher ini sah sehingga 30 April 2014

Yeeehehehaaaaaa... bukan tora datang lagi, tapi entry kali ini nak habaq kat korang semua pengalaman membelai dan memanjakan mata di Eye Center MSU, Shah Alam. Ia merupakan sebuah pusat Optometri yang lengkap dengan segala peralatan, sesuai sangat untuk periksa tahap kesihatan mata korang dan yang paling penting, eye test ni PERCUMA!!!. Korang mesti terpegun tahap 'tak nak balik' mencuba satu persatu kemudahan serba canggih yang disediakan.

 Ok sebaik sahaja kaki dan jari jemari korang melangkah masuk ke sini, korang akan mendapat layanan istimewa daripada Optometris yang berkhidmat. Terasa seperti masuk ke sebuah salun, layanan yang diberikan sugguh luar biasa. Korang boleh membeli pelbagai jenis cermin mata dan kanta lekap yang berbagai jenama dengan voucher RM50.00 secara PERCUMA!!!. Milikinya sekarang dengan harga murah.

 Pemeriksaan mata boleh dilakukan seawal usia 5 tahun sehingga warga emas. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, sering kali disalah anggap sebagai 'lambat tangkap apa cikgu sekolah ajar' oleh sesetengah masyarakat yang kurang kesedaran kesihatan mata. 

 Maka, apa tunggu lagi, bawalah seisi keluarga anda ke Eye Center MSU, Shah Alam untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma. Pengunjung juga berpeluang mendapat voucher RM 50 untuk pembelian di sini. Kunjungi Eye Center MSU, Shah Alam segera untuk membelai mata anda.


Syarat-syarat:
- Tulis sebuah entry ringkas tentang pengalaman pertama anda berkaca mata.
- Letakkan link entri "Giveaway-Salun mata di Eye Center" di blog seorang rakan anda. 
  Link blog anda akan disenaraikan di sini.
- Serta Printscreen sebagai bukti (Hubungi Optometris berkenaan, 
  En.Firdaus 016 668 5879)




Feb 8, 2014

travelog putera sg.chua

Seperti yang diminta pembaca semalam, iaitu komik yang dianimasikan. Semoga hasil kerja yang tak seberapa ku ini dapat menghiburkan korang semua... =)


Jan 8, 2014

Blogger in 'Program Turun Berat Badan'

 Blogger in Weight Loss Challenge: 10kg dalam sebulan

 Serius ingin turun berat badan dalam tempoh sebulan ? saya buka kepada semua untuk membeli keputusan ini. Bukan auta, kalau saya boleh mengapa korang tak boleh?
email: mohamadfarid11@yahoo.com, fon: 013 340 2790, wassap: 018 2333 782.


Nov 1, 2013

Pilihan Bijak Siswa: Nasi Lemak Sg.Chua DapurMakYan


Yeeeha~ jum jenjalan cari nasi lemak! 
destinasi aku pagi ini adalah ke Sg.Chua,Kajang. Perjalanan mengambil masa sekitar 10 minit dari tempat aku. Mencari nasi lemak yang dikatakan sedap.

 Sambalnya lemak-lemak manis dan tak pedas. Tekstur sotonngnya pula lembut (bagi yang suka menu nasi lemak sotong la). Harum mewangi daun pisang sebaik sahaja membuka bungkusannya.

  Terbukti kedatangan aku ke sini tak sia-sia. Mak cik Yan ni katanya berniaga untuk suka-suka. Bosan tak ke mana-mana, dia mahu mengisi masa lapangnya dengan suami yang juga sudah bersara.

 Katanya lagi, jual nasi lemak membantunya mengenali masyarakat di sekitar taman perumahan ini lebih dekat lagi. Bagi yang nak mencuba pagi esok 6.00am-9.30am atau tempahan ke tempat kerja, sila hubungi Pak Cik Omar 012-286 0044.

  Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Die die must try !