Sep 21, 2014

Today’s youth is tomorrow’s future

10th Mac 2014-26th September 2014

Air merupakan sebahagian daripada ekosistem manusia. Pencemaran sumber air boleh merencat sistem dalam tubuh badan kita. Jum wariskan sumber air bersih kepada anak-anak kita. Tunjukkan sokongan anda menerusi klik 'LIKE' program 'Transformasi Air Tercemar kepada Kawasan Tadahan Mini Taman Rekreasi', anjuran Toyota Eco Youth

Cara-cara:
1. Klik “Vote My School” dan klik sekali lagi pada butang ‘LIKE’ pada header laman web.
2. Log masuk ke akaun Facebook anda untuk tujuan di atas.





Sep 17, 2014

Segmen Pilihan Bijak Siswa | Pizza Manara Bandar Baru Bangi


Ingin menikmati tekstur pizza dan roti selazat roti dari negara Arab? tak perlu pergi jauh. Kali ni saya nak review sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan beberapa Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Bandar baru Bangi! Rotinya sangat lembut dan segar.

 Menikmati roti dengan kehangatannya membuatkan saya sehingga terpejam mata. Mengenggam permukaan sebuku roti yang bersih lagi gebu bertepung, rasa seolah-olah saya sedang menikmatinya negara Timur Tengah. Haruman roti segar keperangan-perangan dari oven memenuhi setiap pelusuk ruang kedai menjadi pelengkap keenakkan roti Arab ini.




 Sebut tentang keaslian kualiti Arabic pastry, jum ke sini. Lokasi berhampiran Surau Al Islah, seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sebaik sahaja tiba di sini, tanyalah sesiapa di mana Taman Sepakat Indah, anda pasti tak akan dikecewakan.

 Harganya jauh lebih berpatutan. Landmark roti terbaru penduduk sekitar Bandar Baru Bangi bagi yang mencari roti asli dari negara Arab. Hanya di terdapat di sini!

  Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Roti cheese leleh RM2.00
Roti ayam cheese RM2.00
Roti daging RM2.00

Mai mai must try !

Hubungi

  1. Delivery | 0162667266.
  2. NIkmatinya di kedai | Pizza Manara di Taman Sepakat Indah 2 Kajang & Food Court Bangi Gateway.
  3. Fb | page pizza manara.




Mar 19, 2014

Usahlah Tuan Alpa Dalam Peringatan

 
Bangkit syabab, usah dikaburi lagi..

Yang moden itu zaman,
Yang di bandar dilanda kemiskinan,
Yang senang lagi senang,
 Yang susah lagi susah.

Yang dihimpit kos sara hidup kian tertekan,
Yang graduan menanggung kos pinjaman,
Yang senang lagi senang,
Yang susah lagi susah.

Yang kami terperangkap dalam jurang kehidupan,
Yang tuan usahlah alpa dalam perjuangan...



Mar 12, 2014

Giveaway-Salun mata di Eye Center

Voucher ini sah sehingga 30 April 2014

Yeeehehehaaaaaa... bukan tora datang lagi, tapi entry kali ini nak habaq kat korang semua pengalaman membelai dan memanjakan mata di Eye Center MSU, Shah Alam. Ia merupakan sebuah pusat Optometri yang lengkap dengan segala peralatan, sesuai sangat untuk periksa tahap kesihatan mata korang dan yang paling penting, eye test ni PERCUMA!!!. Korang mesti terpegun tahap 'tak nak balik' mencuba satu persatu kemudahan serba canggih yang disediakan.

 Ok sebaik sahaja kaki dan jari jemari korang melangkah masuk ke sini, korang akan mendapat layanan istimewa daripada Optometris yang berkhidmat. Terasa seperti masuk ke sebuah salun, layanan yang diberikan sugguh luar biasa. Korang boleh membeli pelbagai jenis cermin mata dan kanta lekap yang berbagai jenama dengan voucher RM50.00 secara PERCUMA!!!. Milikinya sekarang dengan harga murah.

 Pemeriksaan mata boleh dilakukan seawal usia 5 tahun sehingga warga emas. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan, sering kali disalah anggap sebagai 'lambat tangkap apa cikgu sekolah ajar' oleh sesetengah masyarakat yang kurang kesedaran kesihatan mata. 

 Maka, apa tunggu lagi, bawalah seisi keluarga anda ke Eye Center MSU, Shah Alam untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma. Pengunjung juga berpeluang mendapat voucher RM 50 untuk pembelian di sini. Kunjungi Eye Center MSU, Shah Alam segera untuk membelai mata anda.


Syarat-syarat:
- Tulis sebuah entry ringkas tentang pengalaman pertama anda berkaca mata.
- Letakkan link entri "Giveaway-Salun mata di Eye Center" di blog seorang rakan anda. 
  Link blog anda akan disenaraikan di sini.
- Serta Printscreen sebagai bukti (Hubungi Optometris berkenaan, 
  En.Firdaus 016 668 5879)