Dec 28, 2010

Melaka Bandar Raya Bersejarah ( jom balik kampung ! Cheng, Melaka )

 Sesekali pulang ke kampung, tidak tergambar bagaimana hati aku melonjak gembira. Cuti umum bersempena hari Natal, peluang yang tidak bisa dilepaskan. Bak kata orang, sementara kuat ini-lah masanya kita menziarahi sanak-saudara.

Sarapan pagi di Tengkera, Melaka. Mak lang dan Pak lang tumpang sekaki.

Dec 27, 2010

pancing ikan (reunion gebang silang)

 Berbekalkan bakat yang di miliki Azwan ( Sifu mancing ), Geng Gebang Silang (GGS) maju setapak lagi semalam. Hanya dengan beberapa peralatan asas memancing, kami memberanikan diri meneroka dunia yang tidak pernah terlintas dalam hati untuk di cuba. 

Nasi lemak selaku mukhadimah agenda GGS sebaik sahaja tiba di destinasi ( Sg. Buah ).

Dec 26, 2010

Khutbah Jumaat: pergaulan bebas

 Khutbah Jumaat membincangkan mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan anak-anak muda. Dari tahun ke tahun, statistik anak luar nikah dibongkar. Rekod saban tahun menunjukkan peningkatan jumlah mengikut usia.

Mimbar Masjid Sultan Mizan Putrajaya.

Dec 24, 2010

Sandiwara Z (4)

17/12/2010


 Satu lagi usaha Penguatkuasa Jabatan Agama Islam bersama-sama X ( keluarga mangsa dan mangsa sendiri ) untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya bagi menjawab kembali tuduhan Z terhadap mahkamah yang seolah-olah berkonspirasi untuk mengenakannya, serta rasa tidak puas hati Z terhadap tindakan Ustaz Hussin ( selaku individu yang telah berjaya membongkar tembelangnya ).

UiTM Puncak Alam


 3 Januari 2011, satu tarikh yang pasti memberi perspektif berbeza kepada semua lapisan masyarakat. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyekolah-kan anak-anak dalam darjah satu, ia adalah satu cabaran. Mana-lah tahu sekiranya si anak tidak biasa dengan suasana persekolahan, dan merengek hendak pulang ke rumah. Terpaksa-lah si ayah menunggu di tepi kelas sehingga tamat waktu persekolahan.