Mar 28, 2011

Malaysia Volkswagen Old Beetle specialist ( VW )


Pak Abu
  •  012-235 8801
  • Seorang mekanik yang berpengalaman luas dalam bidang enjin. Lokasi benkel di Kampung Kuang.
Vincent
  •  016-360 0636
  • Seorang pembekal alat ganti vw. Lokasi kedai di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. 
Stevent
  •  019-664 2718
  • Seorang pakar dalam pemasangan alat penghawa dingin. Lokasi bengkel di SS2 Kelana Jaya. 
Andy Young
  •  012-337 7689
  • Seorang pakar berkaitan tayar. Lokasi bengkel terletak berdekatan dengan Balai Polis Damansara Utama.


Sekiranya anda berurusan dengan mereka, katakanlah anda telah mendapat maklumat ini melalui Farid Omar Kajang. Sekian terima kasih.









Mar 27, 2011

semakin lama, semakin aku jatuh cinta padanya

Pagi ni, aku bangkit awal. Seawal waktu bersiap ke kuliah setiap hari. Lalu aku mencapai sehelai kain dan sebotol shampoo kereta. Hatiku tenang sekali. Gembira pun ada. Burung-burung pun berkicauan. Air terjun kolam turut serta bermelodi. Seolah-olah berpakat mengalun irama alam. Aku tersenyum sendirian. Sesekali kotak penghawa dingin dalam kereta VW menarik perhatian. Aku terpersona. Aku tidak selesa memandangnya terlalu lama. bukan apa, sekali pandang, membuatkan pemikiran ku jauh melayang melakar angan-angan mat jenin. Padahal baru dapat ekon je pon.. Terima kasih kepada mak dan abah.


Mar 18, 2011

Karya sulung (novel)

 25 Febuari 2011, tarikh yang paling mendebarkan aku. Dari jauh lagi jantung aku sudah berdegup laju. Sesudah menunaikan solat Jumaat, aku dan rakan-rakan segera menuju ke tempat yang dirancang. Aku tidak terdaya untuk berkata apa-apa, melainkan dapat tiba ke sana secepat munkin.

 Cuaca seolah-olah mencemburui kami sejak awal lagi, dari lebuh raya Persekutuan menghala ke Sungai Besi, hujan turun dengan lebatnya. Banyak kereta terperangkap dalam kesasakan lalu lintas. Rombongan kami juga tidak terkecuali. Mahu tidak mahu, aku  terpaksa ikut jalan pintas. Sambil memandu, talipon bimbit aku berbunyi.


Mar 14, 2011

Nuclear reactor effect on earth ?

Sambil duduk-duduk aku terfikir...

 Inspirasiku versi crayon, zaman kanak-kanak sememangnya kaya dengan ilham kreatif ! dalam kesibukan jari-jemari aku berbloging, tiba-tiba aku bertemu dengan beberapa isu semasa dunia. Sudah pastinya isu tsunami di Jepun yang paling banyak menghiasai dada-dada akhbar tempatan dan antarabangsa.

Mar 12, 2011

Sandiwara Z (7)

 Dulu semasa kecil..

 Siapa yang sudi mendengar rintihan si tua yang tidak berguna apa-apa lagi ? anak derhaka, anak tidak sedar di untung, di sinilah punca berlakunya kes buangan mak bapak. Terima kasih nwishingstar kerana berjaya membuat hati saya selaku anak tersentuh sewaktu membaca entri anda.