Aug 31, 2011

Lets journey to Malacca ! salam Aidilfitri..!

Raya kedua.
 Puas seharian melayan sanak saudara di rumah. Kini masanya kami pula pulang ke kampung abah di Melaka ! yeeeha...! tempoh perjalanan sekitar dua jam, itupun bergantung pada kelajuan kenderaan.

 Merasalah juga balik kampung huhu.. mujur merasa walaupun abah dan mak sudah tua, sejak daripada atok dan nenek sudah tiada rumah kami menjadi tumpuan sanak saudara =)

Aug 30, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri wajib ada 3 perkara.

Tanpa ketiga-tiga ini,
 maka tidak beraya-lah
 ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Trend yang sudah menjadi budaya. Sebut sahaja Hari Raya Aidilfitri, kebiasaannya difinasi hari raya yang lebih dekat di jiwa kita. Apabila sampai Syawal, rata-rata kita beraya sakan tidak ingat dunia.

 Sebaliknya Aidilfitri, kembali kepada fitrah jauh dilupakan. Beberapa perkara yang menjadi kewajipan sesetengah daripada kita, sehingga ada yang menyandarkan bulat-bulat mood  rayanya pada tiga perkara:

  1. Persiapan makanan
  2. Baju raya
  3. Lagu raya
 Tanpa ketiga-tiga ini, maka tidak beraya-lah ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Jarang sekali yang menyandarkan mood rayanya kepada pencapaian ibadah mahupun bersedih dikala Ramadhan pergi meninggalkannya. Seharusnya kita lebih menjiwai kedatangan Syawal kali ini kerana kedatangannya kali ini bersama hari Merdeka.

 Kedua-duanya mempunyai kejayaan yang hampir sama, iaitu merdeka rohani atau jiwa daripada sebarang kemusykilan dan merdeka dari segi fisikal. Namun ketibaan syawal menandakan kejayaan hakiki sepanjang sebulan di tarbiah Ramadhan.

Aug 29, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 oleh Ridoma.

Ya Allah, aku bermohon agar umat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turut bergembira dan bermaaf-maafan. Semoga di Ramadhan kali ini, bertautlah kembali tali persaudaraan yang terputus akibat perselisihan sejagat.


 Di kesempatan ini, pihak Ridoma menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada sebarang perkongsian pendapat yang telah menyingung hati rakan-rakan atau pembaca dikasihi sekalian selama setahun jagung usia bergelar blogger baru. 

Aug 28, 2011

Bahaya Darwinisme

 Kata orang, manusia melalui tiga fasa sebelum memasuki zaman manusia moden seperti hari ini. Berbalik kepada buku teks sejarah, zaman Paleolitik berlaku sekitar 50 k- 100 k tahun dahulu, zaman Mesolitik sekitar 35 k- 10 k tahun dahulu, manakala zaman Neolitik sekitar 7 k tahun dahulu.

 Tiga fasa ini mengambarkan kronologi perkembangan dari segi pencapaian ilmu manusia yang mempengaruhi segala aspek kehidupan. Namun semuanya ini sekadar teori semata-mata. Beberapa ciri Paleolitik yang sudah berjaya membentuk stigma senget sebelah semenjak di bangku sekolah adalah lebih elok tidak diterima bulat-bulat.