Feb 28, 2012

BalQis the series

" Balqis, awak dah siapkan cerita bersiri kanak-kanak tu ?"

" Sudah hantar pun Cik Loli.."

" Oh ya ? mereka tahu ke awak boleh bercakap dengan.."

" Eh Qis cepat ! tengok ni."

" Masha Allah, kenapa terjerit-jerit ni ? tak boleh tengok saya senang sikit di dapur ni.."


" Subahanallah.. tak sangka, cantik juga ya bila berada dalam TV"

" Ceh mula la tu.. masuk bakul, angkat sendiri nampak ?"

" Eh tak lah. Memuji ciptaan Nya hehe.."


" Jangan lupa bacakan untuk saya sebelum tidur ya ?"

" Baiklah Cik Loli..err "

Feb 25, 2012

Travelog Menuju Impian


 Kehidupan ibarat perjalanan diantara dua titik. Kata orang, bermodalkan air liur sahaja memang mudah. Lurus. No belok-belok.

 Namun, ini hanyalah dari sudut pandang keseluruhan semata-mata. Overview, bak kata orang kampung Sg. Chua. Segalanya nampak halus, dan licin dari jauh.

 Ibarat muka yang berjerawat tetapi berjaya ditempelkan segala macam make up yang tebal. Apabila di zoom in, tersingkap sudah segala macam yang tersembunyi disebalik pandangan mikro. 

 Hujahnya, mudah merancang itu berbanding merasai sendiri hakikat sesuatu perjalanan hidup. Ada orang berjaya, dan ada juga orang yang gagal.

 Ada orang diuji susah, ada orang diuji senang. Ulang semula, bukanlah mudah menuju masa depan.

 Bermula dengan azam, Putera Sg. Chua tekad meneruskan demi mengejar cita-cita. Bersalaman, lalu merantau membawa harapan orang tuanya.

 Memikul tanggungjawab sebagai seorang putera bongsu. Kelak dia-lah yang bakal memayungi ayah dan ibu.



 Kini Putera Sg. Chua telah keluar. Keluar menuju impian yang tidak pasti. Sasaran yang selama ini hanya menggamit nun jauh mata yang memandang.

 Di pertengahan kembaranya, Putera Sg. Chua telah jatuh hati pada seorang puteri. Peristiwa itu, langsung mengingatkan Putera Sg. Chua kepada beberapa rangkap lirik nasyid.

Isteri cerdik yang solehah..,
penyejuk mata, penenang hati, penajam fikiran.
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan.
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..

 Waduh-waduh, manis.. mendalam maksudnya. Membina masjid mengusul agenda, daulah Islamiah.

 Namun sebelum itu katanya, " Saya cinta kamu, ayuh bersama dalam perjalanan ini. Jauh lagi untuk kembali semula dan membalas jasa ibu dan ayah.

 InshaAllah jika apa yang dilihat dari jauh selama ini, benar-benar menjadi realiti. Dapatlah merasakan rezeki tak seberapa ini kepada mereka.

 Andai ada kesenangan dalam proses itu nanti, awak akan saya nikahi, InshaAllah."

Feb 23, 2012

Wak pesan

Wak ajar ngaji: Gini, wak nak beritahu sama kamu.

Anak murid: Waduh-waduh, malu-malu pula wak, beritahu sajalah.

Wak ajar ngaji: Gini, wak sudah mahu pulang ke negara asal. Wak harap kamu  teruskan membaca, walau apa pun terjadi.

Anak murid: Wak, saya baca Al-Quran sangkut-sangkut lagi.

Wak ajar ngaji: Waduh-waduh, mudah saja..

Gandakan duit anda.






Misalnya orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah,
 seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai,
 pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji,
 dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikhendaki Nya,
 dan Allah luas (kurnia Nya), lagi Maha mengetahui.
 Surah Al-Baqarah, ayat 261.