Jan 8, 2014

Blogger in 'Program Turun Berat Badan'

 Blogger in Weight Loss Challenge: 10kg dalam sebulan

 Serius ingin turun berat badan dalam tempoh sebulan ? saya buka kepada semua untuk membeli keputusan ini. Bukan auta, kalau saya boleh mengapa korang tak boleh?
email: mohamadfarid11@yahoo.com, fon: 013 340 2790, wassap: 018 2333 782.


Nov 1, 2013

Pilihan Bijak Siswa: Nasi Lemak Sg.Chua DapurMakYan


Yeeeha~ jum jenjalan cari nasi lemak! 
destinasi aku pagi ini adalah ke Sg.Chua,Kajang. Perjalanan mengambil masa sekitar 10 minit dari tempat aku. Mencari nasi lemak yang dikatakan sedap.

 Sambalnya lemak-lemak manis dan tak pedas. Tekstur sotonngnya pula lembut (bagi yang suka menu nasi lemak sotong la). Harum mewangi daun pisang sebaik sahaja membuka bungkusannya.

  Terbukti kedatangan aku ke sini tak sia-sia. Mak cik Yan ni katanya berniaga untuk suka-suka. Bosan tak ke mana-mana, dia mahu mengisi masa lapangnya dengan suami yang juga sudah bersara.

 Katanya lagi, jual nasi lemak membantunya mengenali masyarakat di sekitar taman perumahan ini lebih dekat lagi. Bagi yang nak mencuba pagi esok 6.00am-9.30am atau tempahan ke tempat kerja, sila hubungi Pak Cik Omar 012-286 0044.

  Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar Bangi untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.

Die die must try !




Sep 15, 2013

Jawa Totok dan Sarsi Suam


Segala memori manis ramadan dan syawal tersimpan rapi di hati. Tidak sah rasanya hari raya diraikan tanpa melawat ke rumah sanak saudara. Perut pun tidak henti-henti diisi dari satu rumah ke rumah yang lain. Simbiosis, tuan rumah menyediakan hidangan lazat, tetamu makan dengan penuh selera.

Syawal kali ini juga terasa kelainannya. Ada sesuatu yang istimewa. Kesudian ibu dan ayah tercinta serta adik beradik tersayang menemani aku ke rumah kampung si teman sangat aku hargai. Dari Bukit Gambir menuju ke Parit Nombor 10, bermulalah perjalanku sekeluarga dengan riangnya. Sedikit sukar mencari jalan ke situ, almaklumlah pertama kali. Lebih rumit, lokasi yang dituju tiada di dalam GPS si abang! Kecoh jadinya.

Namun, berbekalkan arah yang diberi oleh si teman, aku sekeluarga redah juga. Tatkala melihat papan tanda Parit Yusuf, Muar, aku semakin yakin lokasi dituju sudah semakin hampir. Akhirnya, setelah tersesat dan bertanya kepada orang, sampai juga kami di rumah kampung itu. Waktu menunjukkan pukul 2 petang, cuaca baik namun panas membahang.

Si teman dan keluarga serta sanak saudara sudah menunggu kami. Walaupun permulaannya agak kekok kerana pertemuan antara dua keluarga ini adalah yang pertama kalinya, tetapi keadaan semakin baik selepas perbualan dimulakan. Aku bersyukur kerana setelah sekian lama, pertemuan antara keluargaku dengan keluarganya seperti yang aku idamkan berlaku juga.

Aku melihat sahaja si teman menuangkan air ke dalam gelas kami. " Sedapnya kalau dapat minum air sejuk," aku mengomel perlahan. Sedikit hidangan kuih-muih disajikan. Sebaik sahaja tangan mencapai gelas, hati kecil berbisik, " Kenapa gelas ni panas?". Aku teguk sedikit, " Oh, sarsi suam! Jawa totok rupanya keluarga teman aku ni,". Kami mula berpandang-pandangan sesama sendiri, rasa lucu cuba ditahan agar tidak mengecilkan hati tuan rumah.

Kami bersalaman dengan tuan rumah dan meminta diri untuk berkunjung ke rumah seterusnya. Masuk sahaja ke dalam kereta, kami sekeluarga ketawa besar. Tidak sangka, peristiwa tahun 70-an ketika bapa saudaraku berkunjung ke rumah seorang kenalan jawa, berlaku pula kepada aku sekeluarga. Bezanya, dia dihidangkan dengan air sirap suam sementara aku dengan sarsi suam. Sedikit inovasi di situ, hehe.

Aku tersipu-sipu malu diusik oleh keluarga. Hilang kemachoan yang aku pertahankan selama ini. Namun, jauh disudut hati, kenangan ini sangat bermakna kepada aku dan keluarga. Semoga ikatan kekeluargaan yang dibina ini berpanjangan hendaknya. InsyaAllah...





Aug 8, 2013

Qiamulail Perdana

Suasana ibadah 3.00 am, 4.00 am berjemaah, bersahur 5.00 am & 6.00 am bersama teman sejati muslim, Al Quran.

Ramadhan. Saya sedih akan kepergiannya. Dalam sebulan, saya hanya menikmatinya dalam bibit-bibit kehidupan yang serba sibuk. Saya pastikan hati yang menangis ini sentiasa terubat dengan berbekalkan pengalaman menyambut ramadhan tahun lalu dan senaskah Al Quran mini.

 Saya tidak berasa iri hati dengan manusia yang dapat menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid. Namun saya lebih memikirkan bagaimana saya ingin menghabiskan Ramadhan kali ini dalam aplikasi kehidupan yang lebih menyeluruh erti ibadahnya. Dari kata-kata sehinggalah ke perbuatan.

 Ibadah tidaklah dilihat menerusi ibadah sunat yang diterjemahkan menjadi budaya semata-mata, bahkan ia lebih dari itu. Bagi saya ia bagus untuk memupuk sifat suka akan ibadah, kerana di Masjidlah kebiasaanya akan terbit rasa atau kefahaman akan ibadah-ibadah yang lain dalam kehidupan seharian. Disamping memperingatkan kita akan ramadhan menerusi suasana di sekitar masjid.

 Bagi yang sibuk seperti saya, tiada lain melainkan menterjemah sepenuhnya ibadah kepada kehidupan bagi merasai erti kedatangan Ramadhan kali ini. Alhamdulillah di penghujung Ramadhan kali ini saya masih berkesempatan untuk beriktikaf di Masjid Besi, Putrajaya.

 Inilah masanya saya mengumpul pahala sebanyak mungkin di samping berkongsi kemeriahan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.. Ramadhan tahun yang mendatang belum tentu milik kita.




Aug 7, 2013

Kenangan meraikan sahabat Muslim & Non Muslim D'Iftar Ramadhan 2013

1 Kg Lamb Kabsah & Chicken Kabsah

Kira-kira seminggu dari tarikh hari ini umat Islam seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Syawal. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan mid sem di kampus. Sekaligus merupakan hari terakhir saya dan rakan-rakan berbuka bersama sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

 Dengan keberkatan di bulan Ramadhan, saya mencadangkan agar rakan-rakan ke kampung halaman saya untuk mneikmati hidangan Nasi Arab yang sedap. Bagi saya Nasi Arab di Syeksen 7 Bandar Baru Bangi sedap kerana ia boleh dikatakan sama seperti juadah yang saya pernah nikmati di tanah Arab beberapa tahun lalu.

 Berbanding restoranya di tempat-tempat lain sekitar Kuala Lumpur. Setelah memepersetujui dan sesat selama dua jam perjalanan dari Shah Alam ke Bangi, akhirnya sahabat saya Eqal dan dua lagi Non-Muslim selamat tiba dan berbuka bersama-sama.

 Tiada apa yang lebih bermakna daripada erti sebuah persahabatan. Kebetulan rakan Non-Muslim saya lebih terbuka dan suka lepak sambil melayan suasana sekitar di Masjid Besi, Putrajaya. Selepas berbuka, kami ke sana seperti yang dihajati mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang mencari.