Feb 28, 2011

Sandiwara Z (6)

 22/02/2011. Tarikh wajib bagi Z menghadiri prosedur perbicaraan di Mahkamah Syariah. Setelah melepaskan diri berkali-kali, sekali lagi Z dengan bodoh sombongnya membiarkan sahaja dirinya dihujani pelbagai tuduhan tanpa balas.

Ibu bapa mangsa seboleh-bolehnya hadir ke mahkamah walaupun jauh. Rasa risau bertukar menjadi rasa sedih apabila diberitahu oleh wakil daripada pihak mahkamah syariah dan wakil daripada pihak Jabatan agama Islam, bahawasanya si anak dan Z tidak datang.


 Hari ini, Z gagal menampilkan dirinya. Benar kata ustaz Husin, " jangan biarkan dia berbuat begini, menyusahkan kami sahaja. Bukan apa, kami kesian kalau tindakan dia itu suatu hari nanti memakan diri sendiri. Saya percaya, tidak cukup tanah nanti si Z tu nak lari dalam Malaysia ini." Kata Ustaz Husin kepada mangsa tipu daya Z, di pertemuan formal beberapa bulan yang lalu.

 Z kini sedang berdepan dengan waran tangkap kerana gagal menghadiri sesi di Mahkamah Syariah hari ini. Beban yang bakal di terimanya akan bertambah, sebaik sahaja semua pihak berganding bahu mengemukakan bukti masing-masing.


 Semua pihak termasuk keluarga mentua Z, pihak daripada Jabatan Agama Islam, pihak Mahkamah Syariah, pihak SPRM dan keluarga kepada mangsa tipu daya Z tidak sabar menanti saat itu. Barangkali kes ini juga akan beralih tangan ke Mahkamah Civil.

 Beberapa minggu sebelum Z gagal menghadiri perbicaraan, Z terlebih dahulu telah berjaya menghasut mangsa lari daripada rumah. Sehingga ke hari ini, mangsa yang mempercayai Z 100% tidak pulang ke rumah apatah lagi menghubungi ibu bapanya.

 Inilah tambahan dua kesalahan baru yang bakal menjerat kaki dan tangan-nya ke lembah penjara yang ditempahnya sendiri. Tidak sedikit pun dia cuba mengurangi kesalahan lampaunya, dari menzalimi isteri dan anak-anak, menipu pelbagai pihak, menghina mahkamah, mencabar dan menuduh ustaz daripada Jabatan Agama Islam kerana tidak betul menjalankan tugas sehingga-lah membawa lari anak gadis tanpa izin.

 Z semakin sempit. Sempit nafas, sempit kawasan. Tiada tempat yang boleh membiarkan dirinya keluar bebas tanpa memakai sebarang alat penyamaran. Sepandai-pandai tupai melomnpat, akhirnya jatuh ke tanah jua suatu hari nanti. Tidak ada sebab mengapa sistem kehakiman di negara ini boleh membiarkan Z bebas berbuat dosa selama-lamanya.

2 comments:

زركشي خليلي said...

Andainya aku seorang peguam .....

ridoma said...

moga2 d percepatkan..selami masalah d hdapi msyarakat. skg rmi pguam dn hakim,tp kbnyakn nye skdr bkerja. xbnr2 ikhlas..