Feb 28, 2011

kontest hujung minggu Blogger Malaya !!


Blogger Malaya buat kontest sekali lagi! Contest Blogger Malaya sebelum ini iaitu Cari Mrdaha di Times Square tu nampaknya kurang mendapat sambutan kerana ramai ahli Blogger Malaya tak dapat join kerana faktor tempat dan masa. Oleh itu, kontest kali ni dibuat dengan tujuan semua orang boleh join. Syarat-syaratnya pun simple dan mudah. Harap ramai yang join. Hadiah? Misteri laa.. =D


3. Buat satu entry dengan tajuk "Blogger Malaya Giveaway Kontest"

4. Letak logo Blogger Malaya dalam entry anda

5.Ceritakan serba sedikit mengenai Blogger Malaya,
(Apa itu Blogger Malaya, kenapa anda suka Blogger Malaya dan sebagainya, ikut kreativiti masing-masing)







Pemenang akan dipilih berdasarkan Entry Paling Menarik. Oleh itu, entry anda adalah sangat penting. Entry yang mendapat tempat di hati judges (Admin Blogger Malaya) akan dipilih sebagai pemenang.

Tarikh tutup kontest ini adalah pada 13 March 2011 (Ahad).


Pemenang akan mendapat HADIAH MISTERI daripada pihak Blogger Malaya.

Sandiwara Z (6)

 22/02/2011. Tarikh wajib bagi Z menghadiri prosedur perbicaraan di Mahkamah Syariah. Setelah melepaskan diri berkali-kali, sekali lagi Z dengan bodoh sombongnya membiarkan sahaja dirinya dihujani pelbagai tuduhan tanpa balas.

Ibu bapa mangsa seboleh-bolehnya hadir ke mahkamah walaupun jauh. Rasa risau bertukar menjadi rasa sedih apabila diberitahu oleh wakil daripada pihak mahkamah syariah dan wakil daripada pihak Jabatan agama Islam, bahawasanya si anak dan Z tidak datang.

Feb 26, 2011

Perhatian bloggers ! Jom sertai..

Jom sertai   Blogger Malaya


Semarakkan lagi Blogger Malaya kita. Kalau bukan kita siapa lagi. Bina jalinan di antara blogger seMalaysia, perkukuhkan silaturahim, bertemu dalam satu ukhwah, gedung ilmu dunia tanpa sempadan.

Feb 19, 2011

Yala ! nashii 1 kilo lamb madaghout kami da sampai

 Melepaskan geram selepas seharian berhempas pulas study test cyto.. jadi apa lagikan? malam tu kami ke restoran Zam-zam, syeksyen 9 Shah Alam. Makan nashii arab da...

Besar punyee! haha

Feb 14, 2011

Kekasih setia dunia akhirat

 Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi menyambut kedatangan maulidur rasul. Jom banyak-banyak kita selawat kepada Baginda Rasulullah .

 Sumber teks selawat : Ensiklopedia Muslim

Feb 13, 2011

blogger malaya contest. Aummm !!!

PERHATIAN : UNDIAN Bina Logo Group Dan MOTO

Ehsan daripada Blog Blogger Malaya.


Wassup bro/sis/ pakcik makcik di Blogger Malaya. Terbinanya blog ni bagi memudahkan kita sebagai blogger menjalankan kegiatan halal dalam pengundian. Huhu... apa barang kan mengundi di wall FaceBook (MukaBuku) aje sedangkan dah namanya kita ni blogger so kita buat cara kita? amacam ada bagus ka? pihak admin salute kat korang yang aktif gegila tapi bukan gila.


Sini pihak admin @ Blogger Malaya telah memutuskan satu usul yang agak releven untuk diketengahkan, iaitu daya kreatif korang dalam membuat sesuatu yang baru. Haaa sinilah korang uji kehebatan korang dalam memberikan impak yang baik. Pada diri korang jugak.. Pihak admin tidak akan formal dalam mengirimkan post sebab nak enjoy. Apa barang nak EMO-EMO kan? gitu... pihak Admin mengalu-alukan kepakaran korang dalam membina logo. Korang UPLOAD logo korang tu kat wall Group BLOGGER MALAYA.

Feb 11, 2011

Disebalik sejuk mata memandang

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Dalam kebimbangan kita menanti perkembangan saudara-saudara kita yang menuntut dan bekerja di Mesir, ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Perkara yang saya maksudkan adalah aurat sebahagian besar ukhti-ukhti kita di sana. Sejuknya pandangan mata melihat mereka yang walaupun terperangkap dalam situasi rusuhan di Mesir, dengan segala macam ancaman menanti, tetapi mereka masih tegar menjaga aurat mereka.


Tudung yang dipakai labuh menutupi dada dan segala perhiasan mereka. Pakaian mereka juga longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh mereka. Mungkin ada yang mengatakan, mereka ini pelajar jurusan agama seperti syariah, usuluddin atau sebagainya namun ada juga yang mengambil bidang perubatan dan pergigian tetapi aurat mereka masih juga dijaga rapi. Ya Allah...lindungilah tiap langkah mereka.

Feb 5, 2011

Aku sahut semangat bloggers woot-woot, kulaan dan k-own.

 Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan aku banyak menghabiskan masa membaca tentang perkembangan semasa di Mesir. Ntah betul atau tidak, ntah aku pun tidak tahu. Tetapi apa yang pasti, aku yakin ada sesuatu yang tidak kena di sana.

 Mujur ada blogger yang berjaya menyajikan entri yang ringkas tetapi berkesan tentang perkembangan di Mesir. Sesuai bagi orang yang tidak suka membaca macam aku ini. Terima kasih woot ! woot !, kulaan dan K-own. Korang ni memang terbaik-lah !.

Aik macam mana boleh ada cik kumbang aku nih ?! (hehe maaf tak ada kaitan dengan entri )

Feb 1, 2011

Asta lavista bebey ! haha...

 Pertama kali dalam hidup aku menunggu makanan di restoran lebih dari sejam. Lapar bertukar mejadi sebu. Sedih, mak dan abah turut terlibat dalam konspirasi restoran ini ( aku tak apa lagi, sebab aku muda hehe..). Mak dan abah sudah tua. Kesian mereka, mesti lapar dibuatnya. 

Kita nak bantu bangsa sendiri, tapi bangsa sendiri ambil kesempatan pula..