Mar 29, 2012

Run boy, run (3.0)


Ridoma: Assalamualaikum.. 
Black 1: Wass.. Eh siapa di luar ?!
Ridoma: Aku. Siapa lagi pula malam-malam ini beginikan..
Black 1: Kurang ajar ! Nah hamik Sepakan Mentadak Mentadok aku nih !
Ridoma: Silakan.. haha tak kena. Rasakan pula Sepakan Lidi aku nih !
Black 1: Adoi..

Ridoma: Hai, korang sedang buat apa ? Khusyuk bebenor..
Black 2: Buat apa la.. Ceh berdebah !
Ridoma: Hamik kau Lambungan Hana Cik Timah aku nih !
Black 2: Adoi tollllong..!

Black 3: Ceh ada hati mahu buat onar di sini ! Makan kau kerusi aku nih !
Ridoma: Silaplah bang oi.. Kau ingat muka aku skema, kau senang-senang boleh bagi aku makan kerusi kau itu ?
 Hamik Penerajang Senandung Malam aku nih. Hah bermalamlah kau sepuas-puasnya !
Black 3: Adoi..

Ridoma: Amboi bersunguh-sungguhnya berlatih !
 Pusinglah belakang, pandang aku yang hensem ini. Rasakan Sepakan Lidi aku nih !
Black 4 & 5: Hah !? Siapa pul.. Adoi.. !
Black 5: Hey Black, apahal kau hempap perut aku ?
 Bentan urat tulang belakang aku, kau tahu tak !?
Black 4: Aku tak sengajalah.. lepas kena penerajang dia, aku terus tercampak. Terpaksalah buat-buat koma kalau tak mahu berlawan lagi.

Black 6: Hey berani kau pukul budak-budak aku !?
Ridoma: Eh apa tak berani pulak !?
 Kau daripada tadi aku tengok sibuk tendang punching beg tu. Sudah-sudah le..
Black 6: Ceh jangan banyak bunyi lagi. Terimalah Terkam Harimau aku ni, yeeeha~
Ridoma: Ha ! aku elak~ Haha..
Black 6: Alamak ter-over jump ! Adoi..

Black 7: Jadi kaulah yang buat kecoh di bawah tadi ?
Ridoma: Yelah, siapa lagi. Hamik ni Tendangan Tiada Tandingan aku nih !
Black 7: Silaplah.. Hang tak cukup kenal aku lagi.
 Bruce Lee tu pak aku tau tak ! Rasakan Belitan Separuh Maut nih.
Ridoma: Hukhuk.. Tercekik aku !
 Kurang asam jawa punya anak Bruce Lee ! Siaplah kau !
Black 7: Silakan..
Ridoma: Hamik kau Tumbukan Bertalu nih.
Black 7: Hmm tak heran pon.. Aku tak goyang.
Ridoma: Oh yeah ? Nah rasakan Sepakan Jurus Pak Hang Pon Tak Sempat Belajaq !
Black 7: Adoi..!
Ridoma: Akhirnya.. Mana bos kau ?!

Mar 28, 2012

Run boy, run- (2.0)

Are you ready..? haha


Yeeha~ ridoma with his art of displacement ! haha.. Dongeng.

Keyword BaBoon

Antara perkataan yang tersangkut dalam sarang labah-labah ridoma.

 Ntah Baboon mana ntah yang cariannya tersangkut dalam ridoma. Ternyata internet sekali telah disalah gunakan oleh sesetengah individu haha.. Mujur jumlah keyword seperti KETAGI SEKS & REMAJA KETAGIH SEKS ini sangat sedikit.

 Kebanyakannya berkaitan Blood transfusion, rumah kampung dan banyak lagi yang baik-baik. Rahsianya? jadilah blogger yang banyak menghabiskan masa menulis tentang entri yang bermanfaat haha..

Mar 22, 2012

Bunga api


 Yeeha~ Cantiknya percikan bunga api yang bersilih ganti ! Boleh dibayangkan bertapa meriahnya suasana malam di tapak Hot Air Ballon D'Putrajaya tempoh hari. Inilah hasil kreatif Riyas Photoshoot. Klik untuk kualiti gambar yang lebih memuaskan.

Cara-caranya:

1. Ambil dua keping gambar mempunyai objek yang berubah-ubah (CTH: bunga api. Manipulasi).

 Pastikan latar belakang objek (Suasana di belakang dan sekitar bunga api. Malar) tidak banyak berubah.

2. Gunakan AniGif pada PhotoScape.


3. Muat turun gambar anda seberapa banyak gambar yang anda inginkan dan save mengunakan format GIF.


4. Seterusnya:

  •  Right click,
  •  Open with,
  •  Internet explorer.

5. Sedia untuk dilihat perubahannya di mana sahaja =)

Mar 21, 2012

10 Blogger pilihan ridoma

Yeeeha ~ Terima kasih kepada 10 blogger di atas kesudian anda mengfollow blog saya yang tidak seberapa ini. Pemilihan adalah sepuluh teratas dan aktif menulis.





















Mar 20, 2012

Jangan bersedih dengan keputusan SPM.



 Anda calon SPM yang gagal mencapai target bukan kerana tidak pandai ?

 Takut dengan masa depan anda ?

 Jangan risau, Dr.ridoma sudi berkongsi cerita. Err cerita apa ya ? Ha cerita dogeng Mat Jenin hehe..

 Dr.ridoma ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon lepasan SPM yang bakal mendapat keputusan SPM. Bersyukurlah andai kita mendapat keputusan seperti yang dihajatkan. Manakala redhalah andai kita mendapat keputusan yang kurang baik.

 Keputusan hari esok bukanlah penentu masa depan kita sepenuhnya. Bagi yang berjaya, belum tentu mereka akan berjaya sepenuhnya dalam hidup. Namun beruntunglah dari kalangan mereka yang beringat di atas kejayaannya.

 Bagi yang kurang bernasib baik, esok adalah permulaan kepada hari yang lebih bermakna. Jika kita lemah, kita akan terus berputus asa. Sedih, sayu, mengseposenkan muka sambil memerhati senyuman kejayaan orang lain dari jauh.

 Sebaliknya, yakinlah dengan rahmat Allah SWT dengan sebenar-benar yakin. Berjanjilah kepada diri kita sendiri, bahawasanya selepas ini kita akan berusaha dengan sepenuh jiwa. Insya Allah kita akan berjaya kelak.

 Jadi mengapa bersusah payah belajar selama ini, apa gunanya mendapatkan keputusan yang cemerlang jika tiada bezanya ? 

 Jawapannya, bagi yang gagal mencapai target keputusan SPM, mereka tidak gagal selamanya. Ketahuilah kita telah diberi peringatan kejayaan yang sebenar, tidak lagi diulit mimpi yang panjang.

"Failure is the opportunity to begin again more intelligently." Henry Ford 


 Walaupun ada yang berpendapat, orang yang gagal boleh berjaya tetapi lambat berbanding rakan-rakan yang berjaya sewaktu SPM. Bagi Dr.ridoma, apalah sangat tempoh tamat belajar jika difikirkan.


 Apa yang mustahak adalah kejayaan kita pada masa akan datang. Ia belum tentu bisa dikecapi oleh rakan-rakan yang berjaya sewaktu SPM. Berdasarkan pengalaman Dr.ridoma, kejayaan seolah-olah telah membuai mereka agar berasa hebat.


 Akhirnya tidak ramai diantara mereka yang bersyukur dengan nikmat pemberian Allah selepas tamat tingkatan 5. Tiada berguna sedikit pun. Saya doakan agar terbuka hatinya.


 Lupakan keputusan SPM kita, carilah peluang untuk menyambung ke IPT dalam jurusan yang sesuai dengan jiwa. Setidak-tidaknya sijil seperti Pra-ijazah, Pra-diploma atau sijil yang berkesesuaian. Setelah itu sila pastikan kita mampu menyambung ke peringkat Diploma atau Ijazah.

 Di sinilah tempatnya untuk kita menunjukkan yang kita boleh belajar. Buktikan gagal sekali, tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Firman Allah SWT, "...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf : 87)

 Tidak semua orang gagal kerana dia dilahirkan sebagai seorang yang gagal. Kegagalan seseorang itu boleh disandarkan kepada pelbagai faktor.


 Namun di mata masyarakat, faktor-faktor itu hanyalah alasan yang tidak bisa mempengaruhi tanggapan mereka. Rata-rata lebih cenderung menghukum berdasarkan keputusan SPM yang tertulis di atas sekeping kertas.


 Jarang yang menilai kegagalan seseorang dengan sangkaan yang baik. Maka buktikan kebolehan kita dengan peluang yang tersedia di IPT atau di mana sahaja.


 Sekurang-kurangnya kita mampu menjadi insan yang bertaqwa. Apa gunanya kejayaan yang dikecapi, andai sanubarinya gagal melahirkan rasa hina di sisi Allah SWT. Ubahlah mentaliti mereka yang selama ini telah bersangka buruk terhadap orang yang gagal.

Napoleon has said," Maybe in first time we cannot do, but if twice and so on
 we can conquer the mankind. "

__________________________________________________________________________


Jom semak keputusan SPM melalui SMS:


 Taip: SPM [NO KAD PENGENALAN] [ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888


Contoh: SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar ke 15888



  Perkhidmatan ini diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Mar 18, 2012

Mat Komando

Sebahagian daripada resepi saya yang dalam pembikinan.

 Mat Komando ? Masak apa saja, asalkan kenyang.

 Semasa saya di asrama dulu, saya di antara budak-budak yang makan maggi dalam selimut. Normal bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama.

 Motif ? Semestinya demi privacy semasa makan. Selamatkan maggi daripada budak-budak yang suka mengambil kesempatan atas makanan orang lain.

 Melampaulah kalau saya cakap hari-hari begini gayanya. Jarang juga saya makan dalam selimut, kecuali kelaparan saya di tahap gaban. Apa kejadahnya makan sorok-sorokkan ?

Lakonan semula.

 Kadang-kala, saya makan juga di khalayak ramai. Saya beri sesiapa sahaja yang minta sedikit  daripada saya.

 Namun ianya bergantung pada mood saya sepenuhnya. Apabila kenakalan saya sudah mencapai tahap cipan, saya dengan tersengajanya buat-buat terbatuk pada maggi tersebut.


 Cara ini pasti dapat menyelamatkan maggi saya. Tiada seorang pun berani minta selepas itu. Normal.

 Resepi paling special saya pada masa itu, masak maggi dalam bekas Tipuware yang direndam dalam air panas. Suhunya mestilah mencecah 100 celcius, jika kurang daripada itu maka tidak menjadi. Sebabnya tidak sama dengan resepi ala komando saya.

 Seulas bawang putih yang ditumbuk dengan penumbuk saya sendiri, kemudian dicampakkan juga ke dalam maggi yang sedang menggelegak. Inilah secret ingredient saya. Masha Allah sedddap tidak terkata !

 Kemudian, semasa saya bergelar pelajar universiti di perantauan, saya sudah tidak makan maggi lagi. Mesti kena masak makanan yang berkhasiat. Mustahil hari-hari saya mampu makan di luar kan ?

 Saya tidak menafikan lebih senang membeli lauk siap masak di warung Pak Mat daripada masak sendiri di dapur. Masalahnya, poket saya tidak selalu tebal.

 Lebih-lebih lagi saya yang terpaksa tinggal di luar kampus. Sewa rumah lagi, dan minyak kereta VW semput saya lagi.

 Pengalaman pertama saya masak, ialah sup ayam dan tomyam. Kedua-duanya saya masak pakai rice cooker. Nasib baik ada talipon yang dibimbit, senang saya masak dengan arahan chef, iaitu mak saya sendiri. 

 Kini saya sudah tidak sekomando dulu, sebab mak saya selalu masak sedap-sedap untuk saya di rumah. Bila sudah tidak sekomando dulu.. cubalah anda bayangkan apa jadi pada kalori yang bertandang dalam badan saya saban hari ? Haha.. salam =)

Belajar memasak dengan saya.

Mar 17, 2012

Tahniah tenggiling bergulung


  Yeeha.. pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. Saya pula sudah beruban duduk di rumah semenjak berakhirnya sesi praktikal di HUKM. Tidak sabar rasanya membuka buku semula.

 Setelah sekian lama, akhirnya ridoma kids love giveaway 29 oktober 2011 lalu menemui pemenangnya. Tahniah tenggiling bergulung.

Mar 15, 2012

Cayalah malaysia !



DUBLIN, Ireland - Tiga perlawanan awal mudah diharungi namun cabaran lebih sengit menanti skuad kebangsaan yang berdepan Korea Selatan pada Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) hari ini.

 Setelah menang bergaya dengan mengatasi Chile 5-1 pada perlawanan pertama, menewaskan Rusia 6-2 dan mengalahkan Ukraine 5-1, skuad kebangsaan perlu bekerja lebih keras ketika berdepan Korea Selatan untuk mencerahkan peluang meraih dua kedudukan teratas dalam kumpulan yang terdiri daripada enam negara.

 Namun jauh berbeza dengan nasib skuad Harimau Muda, bolasepak negara yang kecundang kepada Syria. Malaysia 0, Syria 3.

Doa Dhuha


Perkongsian: Doa Dhuha.

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
 kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
 kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,
 dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
 jika haram, sucikanlah
 dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Lagu Doa Dhuha:


Mar 13, 2012

ayah caring


 Alhamdulilah indah nian sepetang lelangit asar. Peliknya ketika di surau, aku terasa begitu asing di bumi sendiri. Kebiasaanya ala apalah sangat, Sungai Chua tempat tumpahnya darah ku !

 Kali ini, aku seperti berada di dunia yang sudah tua. Aku pandang saf pertama, kiri dan kanan, rata-rata orang yang sudah berumur. Jarang sekali aku lihat anak-anak muda, miskipun musim cuti sekolah sudah tiba.

 Hanya beberapa kerat anak-anak muda, termasuklah aku. Sayang jika anak-anak muda yang bertenaga ramai. Namun yang hadir ke masjid tidak seramai orang-orang tua. Malu.

 Ada juga yang berilmu, tahu serba sedikit ilmu agama. Rupa-rupanya, makin pandai makin sombong menjejakkan kaki ke masjid. Aku mendoakan agar mereka dibukakan hatinya untuk melawat rumah Allah ini.

 Hari ini aku berpuasa, kebetulan kepalaku sedikit pening dan lemah. Mungkin lack of sugar due to excessive of exercise di Gym semalam.

 Kelihatan beberapa orang kanak-kanak di hadapan aku sedang seronok bersembang sambil mengayuh basikal. Masing-masing melintas di hadapan aku yang sedang menuju ke arah kereta untuk pulang. 

 Salah seorang rakanya bertanya, " Wei kejap lagi kita jumpa di Cyber Cafe ya ?"

 " Ala tengoklah dulu.. lau ayah aku baik tak apa, boleh la aku pergi. Ini tidak, dia terlalu caring pasal aku." 

 " Haha.." aku terus tergelak mendengar jawapannya.

 Lucu sungguh jawapannya sehingga membuat aku tersenyum panjang sampai ke rumah. Hilang rasa pening di kepala aku. Kreatif budak-budak ini.


 Percayalah, dalam kerisauan mereka akan ibu bapanya yang 'Caring terlebih', mereka tetap akan ke Cyber Cafe dengan apa cara sekalipun. Mengalahkan orang dewasa berbicara.

Mar 9, 2012

Muka berseri-seri

Gua dengan video kamera gua yang sedang berangan nak jadi cam Saiful Nang.

 Eh semakin berseri-seri muka gua. Gebu semacam pengantin, hehe..

 Hah begini ceritanya. Minggu lepas, gua ditugaskan oleh abang gua sebagai videographer untuk sebuah majlis perkahwinan. 

 Usai solat Jumaat berjemaah di Masjid Cheng. Gua dan abang gua terus ke rumah pengantin.

 Majlis bermula dengan nikah, malam berinai kemudian bersanding pada keesokan harinya. Kerja gua senang. Mana ada mempelai, di situ gua pacakkan kamera video gua, merakam saat bahagia mereka.

 Berpeluh satu badan gua, lencun. Mana tidaknya, berpusu-pusu orang ke dalam rumah sehingga sendat. Macam sardin dalam tin. Ditambah pula, gua terpaksa mengayakan kamera video yang sebesar buah nangka itu. 


 Ketika gua sedang merakam detik-detik seorang mak cik merenjis air mawar kepada mempelai. Tiba-tiba, dengan sesuka hatinya dia merenjis air mawarnya ke sekeliling. 

 Tak pasal-pasal, bertepek air mawar singgah ke muka gua yang tak bersalah ini. Termasuklah lensa kamera video gua yang sedang merakam !

 Tidak mengapa, selaku videographer yang tidak berapa profesional. Gua buat-buat control macho.

" Ala perkara kecil je ni.." 

 Gua terus merakam sambil meleset-leset muka gua pada lengan baju. Kesannya, muka berseri-seri walaupun seminggu telah berlalu, hehe.. 



Mar 6, 2012

3 rahsia menambat hati pembaca.


Rahsia # 1 - Ringkaskan perenggan untuk pembaca.




 " Menarik tajuk artikel ini, tetapi semakin dibaca, semakin aku tidak faham dan membosankan." Kata-kata sebaik sahaja membaca sesuatu yang serabutkan kepala kita.

 Ayat yang panjang berjela sehingga berbelit-belit. Akhirnya menyukarkan pembaca untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis.

 Kelihatan serabut apabila terlalu banyak ayat dalam satu perenggan. Kesannya, pembaca akan tertanya-tanya bilakah penghujungnya dan membebankan.

 Rahsianya ?

 Pembaca gemar sesuatu yang cepat, ringkas dan padat. Pastikan satu perenggan kita tidak melebihi daripada 3 ayat.


Rahsia # 2 - Istilah yang di fahami umum pembaca.




 " Aduh, sakitnya patella* aku..! " Jerit Razak sebaik sahaja jatuh ketika dalam permainan bola sepak.

* Tempurung lutut.

 Tidak semua pembaca memahami istilah bahasa yang digunakan dalam sesetengah jurusan atau profesion. Sebaik-baiknya elakkan pengunaan istilah tersebut dalam penulisan kita. Ayat yang kurang di fahami, membantutkan minat pembaca.

Rahsianya ? 

 Gunakan ayat yang mudah difahami umum lapisan masyarakat. Sesiapa yang berjaya memberi kefahaman kepada orang lain, sedangkan perkara itu sukar untuk dijelaskan. Maka dia adalah bijak bagi saya.


Rahsia # 3 - Jaga hati pembaca.




 Berlebih-lebihan dalam menerangkan sesuatu situasi. Misalnya aksi romantis atau penggunaan bahasa kesat.


 Tujuannya bagi menimbulkan rasa tersentuh dalam hati pembaca. Tidak semua pembaca mempunyai tahap emosi yang sama dengan penulis pada ketika dia membaca penulisan kita.

 Rahsianya ?

 Jauhi daripada mengunakan ayat berunsur lucah atau mencarut. Tidak timbul isu karya yang kurang berkesan jika tidak mengunakannya. Sedih, seram atau humor, pastikan ada batas dalam penceritaannya.

Mar 2, 2012

CEA level in shisha smokers.

shisha, cea level, asap roko, rokok,

  Yeeha ! eh gua silap landing ke, kenapa wangi sangat bau sekitar gua ni? Eh meromang segala bulu gua, siap berasap-asap lagi hah. Jangan buat pasal. Oh bau asap shisha rupanya. Patutlah ramai kengkawan jin di sini. Lu pernah cuba? Bagi si penghisap tegar katanya, Masha Allah.. sedddap !

 Menurut seorang saintis..

 "What is hazardous with tobacco use is the smoke, not the tobacco itself. In other words, smoked tobacco is much more dangerous than tobacco used."
-1965, Wynder and Hoffmann.

Number of daily preparations
Number of daily sessions
Total daily smoking duration
CEA mean levels (ng/ml)
p-values Smokers vs non-smokers
Light Smokers (n = 5)
1
1
≤ 20 minutes
1.06 ± 0.492
≤ 0.002157
Medium
Smokers
1 to 3
1 to 3
≤ 2 hours
2.52 ± 1.15
≤ 0.9138
(n=28)
Heavy
Smokers
2 to 4
3 to 8
≤ 6 hours
5.11 ± 3.08
≤ 0.0001567
(n=26)
Overall hookah
exclusive smokers
1 to 4
1–8
≤ 20 min-6 hrs
3.58 ± 2.61
≤ 0.0937
(n=59)
Non-smokers (n = 36)
-
-
-
2.35 ± 0.71
-
*Cigarette (n = 122)
smokers
-
-
-
9.19 ± 14.9
≤ 5.0 × 10-7
*Mixed hookah/cigarette smokers (n = 14)
-
-
-
7.16 ± 10.38
≤ 0.006069
                         
Jadual: Tahap CEA dalam penghisap shisha.

"Patients with more advanced tumors or tumors that have spread throughout the body are more likely to have high CEA values."

 Namun jika tahap Carcinoembryonic Antigen, CEA dijadikan sebagai ukuran. Semestinya perokok biasa menunjukkan tahap CEA yang lebih tinggi berbanding pengshisap shisha. Adakah ini bermakna Shisha tidak membahayakan kesihatan ?

 Secara purata satu sesi menghisap shisha kurang daripada 40 minit atau lebih. Dalam erti kata lain, tempoh satu sesi menghisap shisha lebih panjang berbanding tempoh menghisap sebatang rokok.

 Ini bermakna, lebih daripada sebatang rokok boleh dihisap dalam tempoh tersebut. Di sinilah tahap CEA dalam tubuh yang pada mulanya rendah, berubah menjadi satu angka yang menyamai atau mengatasi tahap CEA perokok biasa.

"Hookah smokers had higher levels of CEA than non-smokers although mean levels were low compared to cigarette smokers. Overall CEA levels in exclusive hookah smokers were low compared to cigarette smokers. However, heavy hookah smoking substantially raises CEA levels."
-Dr. Richard D. Hurt, a medical professional at the Mayo Clinic.

 Bayangkan jika sehari individu tersebut menghisap lebih daripada satu sesi, dan setiap sesi lebih daripada tempoh yang dijangkakan tadi ? 



 Segala di atas sekadar perbandingan di antara orang yang tidak merokok, perokok biasa dengan penghisap shisha.

"The best way to avoid the risk of those types of cancer associated with tobacco use, and particularly with cigarettes smoking, is to stop smoking entirely."
-1965, Wynder and Hoffmann.

 Keluarkanlah apa seklipun fakta kesihatan atau hukum syarak. Mereka tetap mereka. Kata si penghisap shisha tegar, orang yang merokok sekalipun lebih panjang umurnya. Berbanding orang yang tidak merokok langsung, ada juga yang mati akibat kanser terlebih dahulu.

 Bagi gua, orang yang hidup bergantung pada stimulan tanpa sebab yang kuat, mereka hanyalah hamba kepada bahan yang merosakkannya. Tidak gentleman.






Rujukan: