Jun 30, 2011

Malam ke 23-29 bulan Rejab.

Malam ke-23.
Rasullah SAW bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Ad-Dhuha lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya darjat di syurga sebanyak jumlah huruf yang dibacanya dan jumlah orang kafir, pahala tujuh puluh kali haji, pahala orang yang menghantar seribu jenazah dan yang menjenguk seribu orang sakit dan pahala orang yang memenuhi seribu hajat orang Muslim.


Jun 26, 2011

Si keli gergasi dalam kolam.


Perbezaannya dengan keli yang lebih kecil.
  Lima tahun sudah berlalu, ntah apalah agaknya perkembangan ikan-ikan aku. Ikan perhiasan tidak manjadi masalah untuk dipantau kerana sisiknya di saluti warna-warna terang dan cantik. Sebaliknya ikan-ikan kampung sukar untuk dilihat kerana sisiknya agak gelap sewaktu di dalam kolam. Sekilas pandang ikan kampung dalam kolam, sukar untuk aku menentukan jantan betinanya (hehe).

family gathering

 Malam ini merupakan malam yang paling meriah dan bermakna untuk kami seisi keluarga di Villa Maria Mariana, setelah berminggu-minggu di ulit sepi. Kebetulan hari sabtu yang lepas, hari jadi Adif jatuh pada hari bapa, jadi kami bercadang untuk menundanya ke minggu ini.

 Persediaan BBQ.

Jun 25, 2011

Like like like ridoma crew !!


Salam semua !!!


Jom like




Sambil like, sambil berkenalan dan berpeluang tambah lebih ramai
 kengkawan penulis (termasuk blogger) !!



Like like like like lah ye..... =)



Dapatkan update terbaru ridoma dan boleh terus berkenalan dengan
 semua penulis (termasuk blogger) di 


 Terima kasih- Fariduddin El Islam.

Islam selepas 11 september

Jun 20, 2011

Minggu Kelima.

 Tamat sudah perjalananku di makmal Mikrobiologi selama lima minggu. Tidak cukup rasanya menimba pengalaman di sana dengan tempoh sesingkat ini. Namun inilah namanya latihan industri. Jika mahu lebih, kenalah bekerja. Mahu tidak mahu,semua orang terpaksa menerima hakikat ini.


 Di minggu terakhir, pelbagai pengalaman yang berguna telah aku perolehi. Di sini kebanyakan kerja dilakukan dengan bantuan mesin. Pendek kata, asal ada kerja mesti kena pakai mesin. Adapun kerja-kerja yang dilakukan secara manual seperti di bahagian Personal lab., tetapi tidak banyak.


>Ujian dijalankan di bahagian Personal lab.<




Jun 19, 2011

Andai Ridoma diberi peluang.

Hasil imaginasiku selepas membaca Surat Najib untuk PBB

 Andai Ridoma diberi peluang memiliki 2 juta USD. Pertama sekali, aku berhajat memiliki syarikat sendiri. Langkah seterusnya, aku berhajat memiliki sekurang-kurangnya 51% share dengan syarikat buku di sekitar Kuala Lumpur.

Jun 18, 2011

Video Harimau Malaya vs Myanmar- 18/06/2011.


            
                     

Malam ke 15-22 bulan Rejab.

Malam ke-13,14 dan 15.
Diriwayatkan daripada Imam Ja'far ash-Shadiq a.s bahawa sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ketiga belas dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Yasin, Al-Mulk dan Al-Ikhlas pada setiap rakaatnya; empat rakaat pada malam keempat belas dengan membaca surah yang sama ( dengan malam ketiga belas ); enam rakaat pada malam ke lima belas denga membaca surah yang sama juga, maka dia akan mendapat kelebihan pada bulan ini serta akan diampunkan segala dosanya selain syirik.

Malam ke-16 dan 17.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat sebanyak tiga puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka baginya pahala tujuh puluh syahid.

Malam ke-18.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An Nas, masing-masing sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka setelah dia menunaikan solat tersebut, Allah berkata kepada malaikat-Nya, "Andai kata dosa orang (yang menunaikan solat) ini lebih banyak daripada dosa puluhan orang, Aku tetap mengampunkannya."

Jun 14, 2011

Malam ke 11-14 bulan Rejab.

Malam ke-11.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Kafirun sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka demi yang mengutuskan dengan hak sebagai nabi, tidak ada yang mengamalkannya kecuali dia seorang mukmin yang sempurna imannya dan Allah akan memberinya taman di syurga sebanyak rakaat yang ditunaikan.

Malam ke-12.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah At-Takasur sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t aka mengampunkan dosanya selama empat puluh tahun, mengangkatnya empat puluh darjat, serta 40 ribu malaikat meminta keampunan untuknya dan baginya pahala orang yang mendapat Lailatul Qadr.

Malam ke-13.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah At-Tin pada setiap rakaatnya, maka dia seperti telah membebaskan dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail, disucikan daripada dosanya seperti ketika baru keluar daripada rahim ibunya dan Allah akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Muhammad s.a.w dan ibrahim a.s.




Jun 12, 2011

Minggu Keempat

                            Immage 800
 Selamat datang ke dunia fantasi tanpa sempadan. Disinilah kita semua suatu hari nanti akan tinggal. Suasana habitat ala-ala Star Wars yang serba moden ! lihatlah bertapa kukuhnya tiang bewarna hitam itu dan lihatlah latar belakang yang dihiasi bangunan-bangunan mega tegap berdiri .

 Kereta pada zaman ini semuanya terapung di udara. Bak kata orang setakat UFO lalu sebelah kereta tu, sudah menjadi kebiasaan bagi kita. Eh siap boleh lambai tangan lagi pada makhluk asing la katakan !

Malam ke 5-10 bulan Rejab.

Malam ke-5.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat enam rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas sebanyak 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala empat puluh siddiq dan empat puluh syahid, serta dia akan berjalan di siratol mustaqim bagaikan kilat yang terang dengan menunggang kuda daripada cahaya.

Malam ke-6.
Rasullah s.a.w bersabda,sesiapa menunaikan solat dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung denga ayat Kursi sebanyak tujuh kali pada setiap rakaatnya, maka dia akan dipanggil dari langit dengan pangilan, " wahai hamba Allah, engkau adalah wali Allah yang sesungguhnya. Untuk setiap huruf yang engkau baca, engkau mendapat syafaat daripada kaum Muslim dan bagimu 70,000 kebaikan, yang itu lebih baik di sisi Allah daripada gunung-ganang yang ada di dunia."


Malam ke-7.
Rasullah s.a.w bersabda, sesiapa menunaikan solat empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah sekali dan disambung dengan surah Al-Ikhlas tiga kali kemudian disambung lagi dengan membaca surah An-Nas dan Al-Falaq masing-masing sekali pada setiap rakaatnya, kemudian selesai solat membaca selawat sebanyak sepuluh kali dan membaca,

Maha suci Allah; segala puji baginya-Nya; tiada Tuhan selain Allah; Maha Besar Allah,

Sebanyak sepuluh kali pula, maka Allah akan menuanginya dengan 'arsy-Nya, memberinya pahala orang yang berpuasa pada bulan ramadhan, para malaikat meminta keampunan untuknya sehingga solatnya selesai, Allah meringankan tekanan dan siksaan dalam kuburnya, dia tidak akan keluar dari dunia ini sebelum melihat tempatnya di syurga dan Allah memberinya keamanan pada hari yang paling menakutkan.

Pulanglah..-Awi Rafael's


Pulanglah sebelum aku runaway!..aku menanti kamu everyday!..


mungkin aku yang tidak sekaya.. mungkin aku yang tidak bergaya.. =(

aku tak hingin !..

Jun 7, 2011

Pembekuan sementara waktu pengambilan pekerja oleh sektor kerajaan

 Benarkah pihak kerajaan bakal membekukan pengambilan pekerja baru untuk sementara waktu ? apakah tindakan ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada kenaikan jawatan atau barangkali tempoh persaraan akan di lanjutkan ? yang pasti, ini hanyalah secebis daripada perbualan di kedai kopi.

 Pelbagai perkara bermain di benak fikiran sesetengah masyarakat saban hari. Semestinya perkhabaran terbaru ini memberi impak kepada semua pihak. Bagi pasca siswazah, sudah ada yang berkira-kira terpaksa mengangur sementara waktu. Tidak ketinggalan, ada juga yang terfikir peluang untuk mendapat tempat menjadi semakin sukar dek kerana persaingan sengit yang perlu ditempuh.

Jun 6, 2011

Malam ke-4 bulan Rejab.

Rasullah s.a.w bersabda; Sesiapa menunaikan solat seratus rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah Al-Falaq pada rakaat pertama, kemudian membaca surah Al-Fatihah disambung dengan surah an-Nas pada rakaat kedua dan begitu seterusnya untuk setiap rakaat selanjutnya, maka turunlah para malaikat dari setiap langit dan mencatat pahalanya sehingga Hari Kiamat; dia akan dibangkitkan dengan wajah bagai bulan purnama; kitabnya akan diberikan ke tangan kananya dan hisabnya dipermudakan.

Jun 5, 2011

Asam Pedas Melaka

 Sekali-sekala pulang ke kampung tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke restoran masakan asam pedas. Kebetulan semalam ada kaum kerabat yang menjemput ke kenduri kahwin di Melaka, kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya untuk merasa masakan yang kaya dengan aroma teristimewa ini.


 Dari jauh lagi kelihatan ramai pengunjung sedang enak menjamu selera. Bak kata orang, musim cuti sekolah ini ke mana pergi sekalipun tetap ramai orang. Rugi jalan-jalan time macam ini ! 

 Aku tidak ambil pusing semua itu kerana ada perkara yang lebih mustahak lagi. Restoran kegemaranku. Sudah semestinya aku punyai restoran pilihanku sendiri setiap kali singgah ke Pasar borong, Melaka.

Minggu Ketiga


Assalamualaikum semua, minggu ini kisah aku berpraktikal di unit respiratory, makmal Mikrobiologi. Banyak kenangan indah dan pengalaman yang bernilai telah aku timba sepanjang seminggu rotate di sini. Staff di unit ini kebanyakannya ramah-ramah belaka.                                                                  
                                                                 


MO bertugas- Dr. Azrul -->



Malam ke-3 bulan Rejab.






Rasullah s.a.w bersabda; Sesiapa menunaikan sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah Al-Fatihah dan disambung dengan surah An-Nashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t akan mendirikan untuknya sebuah istana di syurga. Lalu terdengar pangilan, " berikanlah khabar gembira bagi wali Allah bahawasanya mereka dikurniakan dengan keramat."

Malam ke-2 bulan Rejab.

Jun 4, 2011

Salahkah ku dibogelkan dihadapan mu?

 Hidupku sebatang kara. Mengapa ? memang benar aku tiada tempat untuk bergantung, apatah lagi aku hanyalah sebatang kara, kurus rincing. Ke mana sahaja aku pergi, sudah pasti ada tangan-tangan nakal yang meraba badanku.




 Kadangkala, lebih dari itu, ada yang sanggup meramasku atau melepaskan geram dengan mengigit manja. Hairan. Aku tidak merasakan perwatakan ku menarik (seksi) bak Angelina Jolie atau sekacak Presiden Obama.

Pesanan Atok Ridoma di bulan Rejab