Dec 3, 2012

Asy-Syahid di Palestin


Asy-Syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.

 Beliau syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.


Rasulullah saw bersabda, mafhumnya:

" Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." 

(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)









Nov 30, 2012

Dua kisah yang mengubah dunia


 Anak muda, tercari-cari rentak meredah onak duri kehidupan. Semoga saya tidak alpa dalam perjalanan.

 Takut, was-was. Bukan tidak yakin, kerana semuanya dalam peringkat percubaan di usia ini. Alhamdulillah makhluknya masih dipimpin andai bersyukur.

 Ia adalah cahaya, cahaya tidak datang dalam kegelapan. Sebaliknya cahaya pula yang menerangi kegelapan. Ia tidak datang bergolek.

 Perlahan-lahan ia kembali menyusun skrip hidup ini. Gembira setelah kekosongan selama ini terbayar dengan rahmat-Nya.

 Syukur alhamdulillah. Selaku anak muda, tiada lain selain mencontohi dua kisah ini, lantas merubah paradigma untuk terus mengangkasa peribadi dan matlamat hidup.

 Biarlah hidup dan mati ini, kerana Allah. Dua kisah ini telah memberi saya ilham, agar mendidik diri ini semoga berjaya dalam perniagaan, memberi ilmu tidak terperi, dan jangan sekali hidup meminta-minta.


Kisah seekor burung & Nabi Ibrahim as

 Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu.

 " Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

 Lalu dijawab oleh burung tersebut, " Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."

 Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim.”


Kisah seekor semut & Nabi Sulaiman as

 Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut.

 “ Wahai semut ! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun ? ”

 “ Sebesar biji gandum,” jawabnya.

 Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, di dapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

 “ Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

 “ Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut.

 “ Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

 Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri.

 Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya.

 Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.


 Bagi anak-anak muda yang masih tercari-cari, renungilah kata-kata semut dan burung dalam dialog di bawah. In Shaa Allah inilah kisah yang mampu memberi inspirasi buat-mu, memandu semula halatuju destinasi buat-mu, sekaligus menginjak tinggi lagi prestasi buat-mu.

Burung..
Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.- Sumbanganmu dalam memberikan sesuatu atau berdakwah, walaupun sedikit namun dikira usahanya.

Semut..
Aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah dan dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku.- Kebergantunganmu dalam mencari rezeki hanyalah kepada Allah.




Nov 26, 2012

Terkini buat ketika ini

Muka kecewa, misinya gagal.

 Terkini, Isreal dan Amerika sedang mengunakan kebangkitan rakyat sebagai alasan untuk menjatuhkan Morsi seperti mana yang mereka telah lakukan pada Libya. Sekaligus cuba memburukkan kepimpinannya dan kredebiliti Ikhwanul Muslimin di mata masyarakat dunia.

 Mereka akui kegagalan misi kali ini bukan sekadar kemampuan Al Qassam, bahkan kelancangan Presiden Mesir dan negara serantau juga. Sebolehnya mereka ingin menjatuhkan pengaruh Ikhwanul Muslimin di Mesir, sebelum melantik pemimpin boneka di negara-negara terbabit bagi mempermudahkan urusan mereka meranapkan Palestin.-ridoma.

Suasana meriah, serang balas mereka
 berjaya mengugat serangan Zionis

 Terkini, rakyat Palestin rata-rata berkata, kami menang....!

 " Sebelum serangan, kami hanya boleh menangkap ikan sehingga 3 km daripada pantai. Sekarang kami boleh pergi lebih jauh sehingga 6 km. Bagi para nelayan, kami adalah pemenang !" kata seorang nelayan Gaza.

 Untuk makluman semua, bekalan ikan di Gaza sangat terhad disebabkan kepungan 'Navy' Israel di keseluruh pantai Gaza. Nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 km daripada persisiran pantai.

 Sekilogram ikan sardin sebesar 2 jari harganya RM 20 dan sekilogram ikan merah pula berharga RM 60 (sebelum serangan). Harga udang pula mencecah RM 100/kg. Tentunya ikan adalah makanan di kalangan keluarga Gaza yang 'berduit'.-Dr. Zainur Rasyid Zainuddin.

Terjemahan surah Al Isra: ayat 4-7.

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

 Tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang-pejuang Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya.-rakan facebook.

Nov 24, 2012

We Will Not Go Down


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight-Michael Heart.



Nov 18, 2012

Save Ghaza !


 Double-D mission,
 do not fight for them to destroy Zionis directly.
 But they themselves will destroy the enemy.
 As an analogy, it is just like a immune system in our body.
 We trigger the body healing process,
 and the body will destroy the disease by itself.

Doa & Dana
 (Pray & Fund: Money or Expertise)



Nov 16, 2012

Walau senjata bukan lawan kami

Anak kecil ini gagal diselamatkan,
 akhirnya menemui ajalnya semalam.

Bangkitlah syabab,
 tiupkan semboyan memerangi Zionis dari setiap segi,

Tersepit derita di antara ribuan mata,
Terkulai mati di antara ribuan tubuh tak berdosa,

Terdampar dalam perjuangan dek kekurangan,
Terseksa jiwa dek serangan,

Ayuhlah bersama mengempur celaan,
Mengangkat pena, jihad menakhoda dunia akhir zaman,
Membantu umat, mengikis kekejaman,

Katakan cukup sudah tempoh memerhati, walau senjata bukan lawan kami,
Tiba masanya kami menyerang dari segenap penjuru muka bumi dengan cara kami (belia) sendiri ! 


Nov 14, 2012

Perbezaan saman AES di negara maju dan Malaysia.



 Lain kisahnya di sini, perlaksanaan AES di Malaysia tanpa perbincangan dengan 'Kami' terlebih dahulu adalah tidak wajar sama sekali. Seolah-olah jalan mudah bagi sesetengah pihak mengumpul dana daripada wang 'Kami'. Alasan diberikan, mesin kamera AES tidak tahu menipu dan memang terbukti kenderaan tersebut dipandu melebihi had laju.

 Lebih menyedihkan apabila kaedah mengumpul dana ini dianggap mulia. Hanya dengan cara mengenakan saman pada kenderaan yang dipandu melebihi had laju. Tidak dinafikan keberkesanannya di Lebuh Raya, sehinggakan ada individu yang sudah berbelas tahun memandu dengan rekod bersih tanpa sebarang saman, akhirnya lebur jua.

 Kalau di ikutkan setiap hari pasti ada sahaja kenderaan VIP dipandu melebihi had laju di Lebuh Raya. Namun secara logiknya, adakah pemilik kenderaan-kenderaan ini sanggup membayar jumlah saman tersebut jika dikumpul semua kesalahan yang dilakukan setiap hari ?

 Pasti tidak masuk akal jumlahnya nanti, berbanding pemandu dari kelas pertengahan atau bawahan. Kami yang ' bukan siapa-siapa ' pula ditekan dan terpaksa menangung kos tersebut. No exemption for us !

Credited to: Dkna.

Nov 11, 2012

Nukilan Pipit Bondeng


Pukul anak, sindir bonda mertuaku,
 Walaupun Pipit dan Enggang, tak sama warna bulu,
Namun apakan daya jika sudah terpahat di hati ingin bertemu,
InsyaAllah jodohnya kelak bersama terbang di langit nan biru.


Siapalah Pipit mahu beristerikan Enggang,

Pipit tetap Pipit, Enggang tetap Enggang,

" Shh !!! cukup, jangan kau Pipit nak lagak pandai mengajar aku pula. Keluarga aku semuanya berpendidikan tinggi, keluarga kau ada apa ?"

Siapalah Pipit mahu beristerikan Enggang,

Pipit tetap pipit, Enggang tetap Enggang,

" Jangan dihina keluarga serba kekurangan ini, akan saya buktikan pada bonda mertua yang saya juga mampu memecah tradisi. Bukan niat di hati ingin menunjuk pandai, cuma ada yang perlu diperbetul sebelum terkulai. Dengarilah jawapan istikharah si puteri, terselindung bisu demi menjaga sanubari, alangkah syukurnya andai bonda mertua juga merasai.."


Pohonlah pada bondamu wahai puteri,
 doa dan restu agar kita kekal bersama sehingga ke syurga firdausi.







Oct 24, 2012

Kopi Senyuman Terkurang Gula

Petikan daripada Iklan Hari Raya Aidilfitri, Petronas.

Di Kaunter Pertanyaan

 " Assalamualaikum, boleh saya dapatkan pass pelawat untuk ke tingkat tiga atas urusan dokumen pinjaman."

 " Berikan IC awak dulu." Balas Pegawai Keselamatan wanita itu.

 Saya meminta izin terlebih dahulu sebelum menghulurkan kad pengenalan kepadanya. Kebiasaanya pihak security akan segera menguruskannya sejurus mendapat maklumat lengkap.

 Saya perlu mendapatkan pass masuk, bagi membolehkan saya lepas segala pemeriksaan keselamatan. Lain ceritanya, andai saya seorang Bad Man atau Tony Stark-Iron Man versi anak Melayu. 

 " Awak nak ke bahagian pinjaman mana tadi ?" Soalnya kembali.

 " Saya nak ke Bahagian Pinjaman Pelajaran kak. Pegawai berkenaan pinjaman pelajaran minta saya supaya berjumpa dengannya di tingkat tiga." Jawab saya. Soalan yang sama ditanya berulang kali olehnya, mengimbau kenangan saya sewaktu menonton iklan Hari Raya Aidilfitri Petronas. 

Mana perginya gula dalam senyuman ?

 " Bahagian Pinjaman Pelajaran yang mana satu ?" Soalnya lagi.

 Bahagian Pinjaman Pelajaran juga perlu di described jenis apa ke ? aduh janganlah harapkan saya hafal semua nama penuh Jabatan di situ.

 Saya orang luar yang baru pertama kali bertandang. Maafkan saya. Kalau mahu saya jawab nama penuh Jabatan tersebut, baik saya jadi president di tempatnya bekerja.

 " Pinjaman pelajaran macam mana yang akak maksudkan ya ? sebabnya saya baru sahaja secara tidak sengaja terserempak dengan pegawai berkenaan di Lobi. Beliau sendiri memberitahu saya agar menemuinya semula selepas mendapatkan pass pelawat. Kalau tak silap, di Bahagian Pinjaman tingkat tiga. Maaflah, saya sendiri tidak ingat nama penuhnya."

 Saya tersengih dengan soalan yang sama diajukan kak security. Sedikit hairan dengan pe'elnya. Tidak mengapa dengan sikapnya, asalkan saya dapat pass pelawat.

 Alhamdulillah mujur keadaan masih terkawal dan saya mampu menahan sabar. Jika tidak, apa guna saya ke sekolah selama ini.

 " Iyalah, saya tanya awak nak ke pinjaman pelajaran yang mana satu ?" Suaranya sedikit tinggi sambil memandang sinis ke arah saya.

 Saya bertambah curiga dengan pandangan tidak berlesennya. Sekali-sekala saya mengarahkan hidung yang mancung persis Shah Rukh Khan ini, mendekati ketiak untuk mencium baunya.

 Manalah tahu andai bau badan saya atau hingus yang melekat pada pakaian menjadi punca dia bersikap sedemikian rupa. Ternyata saya tidak bersalah.

 Saya bersih daripada segala masalah. Barangkali dagu yang licin tanpa sebarang janggut ini telah menguatkan stigmanya, 'saya sekadar anak muda yang tidak perlu dihormati.'

 Kisah bertradisi anak muda tidak dihormati, telah terlukir dalam kitab Al-Quran semenjak dari zaman Nabi Ibrahim a.s lagi. Jadi ? no wonder-lah saya juga diperlakukan begini.

 " Bahagian PINJAMAN-lah kak. Nak tanya lebih-lebih berkaitan nama jabatan, saya tak tahu." Saya membalas dengan nada yang memadai menghormati usianya.

 Tolonglah faham keadaan pelawat yang serba serbi naif. Paling tidak hormat dengan urusan pelawat yang sanggup bersusah payah untuk ke situ.

 Dibuli Mak cik security

 " Ok kalau begitu, nah ambil kad pengenalan awak semula ! terus ke bahagian permohonan dan isi borang di tingkat dua, gunakan escalator sahaja tak perlu naik lif." Balasnya sambil mengempan dengan muka masam mencuka. 

 MasyaAllah.. saya terdiam seketika, bagaimana saya boleh dibuli oleh mak cik security, sedangkan saya adalah pelawat ditempatnya bekerja. Saya tidak minta hamparan karpet merah, saya cuma minta pass pelawat untuk membolehkan saya naik lif dan berjumpa dengan pegawai berkenaan.

 Jangan kerana pelawat tidak ingat nama penuh jabatan, mereka dilayan sebegitu bodoh sekali. Ini bukan akaun Pacebook yang perlu di Log-in, mak cik.

 Tiada kaitan langsung dengan permohonan. Tujuan asal saya ke mari sekadar ingin menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dokumen.

 " Kakak.. saya sebenarnya mahu ke tingkat 3, baru sebentar tadi saya berjumpa dengan pegawai berkenaan dan dia yang menyuruh saya berjumpa dengannya di atas. "

 " Awak tak perlu ke tingkat tiga ! dan awak tidak perlukan pass ini."

Ralat & pandangan

 Ewah mak cik security, ini sudah lebey tau. Sesuka-suki sahaja tentukan hala tuju saya. Bukan nak cakap helok-helok dan sopan santun. Mana etika kerja ?!

 Kalaulah yang datang itu orang kampung, atau insan yang berpakaian tidak mengikut protokol sekalipun, tugas awak hanya melayan pelawat dengan baik dan menasihati. Bukan mengarah atau menunjukkan reaksi yang kurang baik. Awak security, bukan raja segala haiwan di rimba.

 Tidak semena-mena, muncullah seorang security lelaki berpangkat sedikit tinggi daripadanya dari arah belakang.

 " Oh kalau begitu, berikanlah pass itu kepada dia. Teruskan destinasi tuan." Katanya sambil tersenyum.

 Terima kasih kerana bersikap baik, setidak-tidaknya saya tidak melepaskan kata-kata 'Sila pergi kursus dan belajar !', sebelum menoleh keluar daripada menara itu.

 Sebaliknya, saya sempat menghadiahkan kepadanya sekeping kad yang tertulis ayat-ayat nasihat. Semoga dengan kad yang sekecil itu, sedikit sebanyak dapat menginsafkan hatinya untuk menghormati orang lain.

 Sentiasalah menyimpan kad kecil di dalam poket, yang tertulis kata-kata motivasi atau nasihat. Semoga Allah SWT mempermudahkan kita menjalani kehidupan harian sambil berdakwah.

Contoh Kad kecil.


Oct 10, 2012

Tips cemerlang menghadapi PMR versi Dr.ridoma

Andai hari ini sukar bagimu,
pasti ada kesenangan sesudah itu.

 Kisah semasa di tingkatan tiga semuanya manis. Hanya sekolah, pusat tusyen dan padang ragbi yang ingin dituju setiap hari. PMR bukanlah sesuatu yang memberatkan kepala. Apa yang terlakar di minda, hanyalah keterujaan tahap ekstrim untuk mempelajari teknik-teknik baru dalam permainan ragbi dan kejohanan yang bakal berlansung.

 Namun rutin sebelum ke padang ragbi pada sebelah petang, saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya empat jam menjawab soalan latih tubi PMR yang telah disediakan oleh Great Teacher Faisal, GTF gila-gila gamaknya. GTF merupakan bekas pelajar MRSM, jadi caranya mencorak saya agak sedikit berbeza berbanding pusat tusyen lain.


 Tekniknya, saya diberi sebuah meja jepun dan kebebasan bersama rakan-rakan untuk lepak di rumah sewa yang diubah menjadi pusat tusyen dan wajib menyiapkan set soalan PMR sampai lebam mengikut masa yang telah ditetapkan. Jikalau tidak, cikgu tidak akan membawa kami pergi berjalan-jalan atau belanja makan roti canai bersama air suam.

 Tidak mengapa, asalkan GTF masih menghormati waktu saya beriadah di padang ragbi bersama rakan-rakan tersayang. Hakikatnya, mak dan ayah pula tidak pernah merestui saya bermain ragbi, katanya permainan ini bahaya.

 " Kalau nak patah-patah tulang, mainlah ragbi ! ". Sebaiknya kita diam, dan jangan menjawab.

Cita-cita disimpan sendiri,
cita-cita buat dikongsi,
cita-cita menawan hati,
cita-cita membantu kami.

 Syukur walaupun begitu kata-kata mereka, jauh di sudut sanubari mereka amat mempercayai saya selaku anak yang tersangat baik ini. Jarang sekali mereka mengintai beg galas saya setiap kali ke pusat tusyen.

 Kepercayaan yang mereka berikan jangan sekali-kali di sia-siakan. Kebiasaannya sebelum ke pusat tusyen, saya akan mengisi kekosongan beg dengan sebatang pen, sebuah kitab latih tubi, sepasang stokin, but dan sebiji bola ragbi. Terasa hidup ini sungguh bermakna setiap hari ke sekolah tanpa sebarang masalah.

 Sampai ke satu tahap, rutin mengayuh basikal sejauh dua puluh kilometer pergi balik dari rumah, pusat tusyen dan sekolah sudah menjadi ala bisa, tegal biasa bagi saya. Syoknya mengayuh basikal menikmati keindahan alam sambil deruan angin menampar-nampar pipi yang comel ini. Tersenyum lebar senang hati.


 PMR ? cukuplah sekadar tanggungjawab di pusat tusyen dilaksanakan. Minta maaf banyak-banyak, usah difikirkan lagi di atas padang.

 Namun kebahagian selaku pelajar tingkatan tiga yang hot merangkap pemain ragbi sejati sekolah tidak berpanjangan. Segalanya bermula sewaktu saya sedang seronok berlatih bersama rakan-rakan tersayang.

 Tiba-tiba bahu yang bersambung dengan dada sasa dan bidang ini tergelincir daripada tempatnya, DISLOCATED! akibat berlaga dalam latihan.

 Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa peritnya kesakitan ditanggung. Apa yang boleh saya katakan 'TOBAT TAK NAK MAIN LAGI'.

Jauhkan alpa,
 moga berjaya di akhirat dan dunia.

 Apakan daya, jangan harap setitis air mata ini akan membasahi pipi. Selaku lelaki sejati, sungguh tidak macho sekiranya kejadian-kejadian menjerit atau menangis berpunca daripada saya.

 Situasi berjaya dikawal dengan baik sekali. Bermuka selamba sambil mengendong sebelah tangan, berjalan ke luar padang. Inilah hari yang paling malang, terpaksa mengayuh basikal ke rumah sambil sebelah tangan lagi tidak bermaya. Sakit.

 Kisah cedera yang kononnya ingin dirahsiakan daripada pengetahuan mak dan ayah, akhirnya terbongkar jua. Kakak yang diharapkan membawa ke klinik tidak berjaya mengawal mulut becoknya lalu membocorkan rahsia kepada mak.


 Saya berjaya di lecture sepuas-puasnya walaupun belum sempat menjejakkan kaki ke kampus, terasa dunia seperti ada mak dan ayah sahaja. Tiada lagi bunyi cengkerik dikala sunyi.

 Bebel tanpa henti mewarnai suasana di sekitar anak telingga saya. Dalam keadaan begini, jiwa perlu kental menghadapi situasi.

 Alhamdulillah, walaubagaimanapun kecederaan yang di alami sempat sembuh sebelum tarikh PMR bermula. Kisah ragbi tidak terhenti di situ sahaja, ragbi dan jiwa ini tersimpul mati. Kesan motivasinya yang tinggi dan sering menerapkan fokus sewaktu di atas padang telah memberikan kelebihan mengatasi gemuruh jiwa dalam dewan peperiksaan.

Kurniakan ku kesenangan
 sesudah ku berusaha.

 Teknik berani ini diaplikasi sepenuhnya, seolah-olah sedang menghadapi pihak lawan sewaktu di atas padang. Peka dengan soalan PMR, samalah seperti peka dengan keadaan dalam kejohanan.

 Jika pihak lawan menyerang, jangan sesekali terlepas pandang. Gerak harus teliti, maranya segera disekat. Pastikan pihak lawan di tackle bersih, sehingga tercampak keluar dari padang. Barulah macho.


 Begitulah pengalaman sewaktu kali pertama beraksi untuk Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Daerah. Penonton di luar padang rata-rata terhibur sambil menepuk tangan melihat aksi tersebut. Itulah pingat pertama yang berjaya diraih dalam Kejohanan Ragbi ketegori tujuh sebelah.

 Berbalik kepada kisah peperiksaan, pengalaman beraksi dalam Kejohanan Ragbi telah mengajar saya cara mengatasi gemuruh. Terutamanya sewaktu pertama kali mendapat set soalan PMR di dalam dewan peperiksaan.

 Apabila gemuruh hilang, bermulalah keyakinan yang tiada tolok bandingnya. Mata pena ditekan erat di atas helaian kertas dengan penuh semangat berkobar-kobar. Mengisi kekosongan di atas hamparan kertas putih yang tidak sedikit pun mengenal erti simpati buat calon PMR yang tidak mampu menjawab.


 Kapasiti teori amatlah penting, terutamanya sebelum memulakan latih tubi dan sebelum mengambil kira masa terpantas bagi setiap soalan yang dijawab. Saya amat berterima kasih kepada GTF kerana berkat kemahiran yang dibekalkan olehnya, saya berjaya menyiapkan setiap soalan dengan cepat sambil bersila panggung.

 Masa selebihnya digunakan untuk menyemak kembali sepuas-puasnya sebelum kertas dikutip pengawas peperiksaan. Keputusannya ? terbaik seperti semangat permainan ragbi yang berkualiti tinggi, HD.
Ping Blog

Oct 7, 2012

Gersang di bulan pertama pengajian




Permulaan hidup yang ceria,
membawa ke akhir yang sejahtera.

 Putera Sg.Chua, hensem dan bijak. Kini sering memikirkan persediaan untuk mempermudahkan urusan sehariannya. Baik hal akedemik mahupun hal kehidupan sebagai seorang mahasiswa ijazah di rantauan.

 Jauh berbeza berbanding semasa bergelar mahasiswa diploma di IPTA dulu. Kini kehidupan sangat mencabar dan memerlukan kekentalan yang luar biasa. Siapa yang pernah merasa, mungkin mereka lebih tahu. Hanya ketenangan abadi mampu mengekalkan kesejahteraan hidup.


Cinta-cinta warna keceriaan,
Cinta-cinta ayat ketenangan,
Cinta-cinta amal perbuatan,
Cinta-cinta Nya sepanjang zaman.

 Mujur Allah menemukannya dengan sahabat serumah yang baik. Gelak tawanya penawar hati yang lara, kuat dan pasrah diuji sepanjang perjalanan usia. Mereka antara mahasisiwa jurusan perubatan tahun tiga. Kental memulakan pengajian terpuji seawal usia 28 tahun.

 Tiada apa yang menjadi halangan, asal minat dan semangat ditiup sepanjang zaman. Katanya, di sini pelajar bukan sekadar memikirkan hal akedemik, bahkan hal urus kehidupan seharian juga.

 Seperti kulit, semakin banyak digunakan, maka permukaannya semakin kasar dan mengeras. Seperti sistem pertahanan badan, semakin banyak bakteria yang dikenalinya, semakin kuat antibody melawan penyakit.

 Begitu juga dengan peribadi manusia yang menghadapi kitaran hidup penuh rintangan. Mereka lebih kuat menghadapi rintangan dan lebih besar peluang untuk berjaya di kehidupan luar kampus. Perancangan untuk berjaya sangat penting. Dalam perniagaan, rugi itu pasti. Selaku lelaki yang bergelar mahasiswa, maka gunakan kelebihan otak bergeliga sebagai persediaan menghadapi kebarangkalian ini.


Intai-intai peluang yang ada,
Tiada yang tahu rezeki dimana,
Andai geraknya teliti,
InsyaAllah jayanya pasti..

 Pengalaman berharga, aset seseorang dalam dunia jual-beli ini. Berhutang jika perlu, dalam berhutang, berhutang lagi. Pastikan ada cara pasti mampu untuk membayar setiap hutang. Bahagikan mengikut peruntukan yang telah diasingkan. Kata seorang mentor perniagaan, ada orang takut membuat sesuatu hanya kerana alasan dia sedang berhutang.

 Nasihatnya, dalam berhutang mesti masih boleh berbuat baik dan kebajikan kepada orang. Jangan jadikan alasan sekiranya ingin berbuat baik. Jika mahu menunggu hutang habis dilangsaikan, maka sampai bila-bila sekalipun belum tentu kita mampu melaksanakannya.

 Berpandukan beberapa pengalaman comel dalam perniagaan cokelat secara kecil-kecilan. Putera Sg.Chua komited dalam misinya menumbangkan tembok-tembok kesangsian. Bergerak dalam seribu ketelitian, jatuh terus bangkit satu kemestian. Usah berputus asa dengan rahmat Allah yang sangat luas. 

Sep 21, 2012

Teman peganti


Patah tumbuh, hilang berganti,
 nah gatal sangat, carilah teman peganti(subjektif)..

Haha layan...ada bran ke cik?























Sep 19, 2012

Inspirasi model kepimpinan

Siapa saya? ... Host anda!


Soalan saya:

 Mencari sesuatu yang seimbang, agar tidak kurang mana-mana dalam konteks agama dan identiti bangsa. Sebolehnya tidak menjadi hal andai perlembagaan hendak diperkasakan, bahkan dialu-alukan. Asal agama dijunjung tuan, merubah destinasi bangsa terus ke hadapan.

 Sedikit sebanyak mengamit kita untuk meneliti semula apa yang pernah dikecapi sekitar abad ke 14. Keseimbangan dalam konteks ini, seolah-olah bakal menterjemah semula model kegemilangan di era pemerintahan seperti Empayar Kesultanan Melayu Melaka. Bezanya kali ini menerusi versi kebangkitan Empayar Putrajaya.

 CIRI-CIRI pemimpin yang memerintah bukan sekadar mengayakan tanjak, bersamping mahupun mengaku Melayu barangkali sudah tidak relavan bagi mengambarkan keseimbangan ini.

 Molek diketahui, batu asas kamasyuran identiti bangsa terletak pada Islam. Ia tidak pernah berdiri dengan sendirinya.

 Sebelum pembukaan Kota Melaka, mereka adalah sebahagian daripada kerabat Diraja yang melarikan diri akibat daripada peperangan saudara. Titik permulaan kemasyuran Kota Melaka pula menyusul, setelah pemimpin tersebut dinasihatkan memeluk agama Islam.

 Hasilnya, kerajaan Melaka mula disenangi oleh pedagang-pedagang Islam dari seluruh dunia. Maka ramailah yang berdagang di situ. Bukti kebergantungan pemimpin ketika itu, berpaksi kepada pedagang Islam yang dominan.


 Seterusnya pemangkin kepada kemasyuran pelabuhan Melaka, selepas beberapa rombongan kapal pedagang Cina mula mengiktiraf dan berdagang di situ. Rombongan tersebut di ketuai oleh seorang Laksamana yang beragama Islam.

 BUKTI kegemilangan Kota Melaka jika ingin dijadikan contoh, iaitu ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488). Sultan ke tujuh di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

 Baginda merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda Kota Melaka pada waktu malam.

 Akibatnya, Melaka menjadi negara yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak. Bahkan tidak pula timbul isu rakyat yang berbilang kaum. -Wikipedia: Sultan Alauddin Riayat Shah.


 Istana pula dijadikan institusi pendidikan. Islam dilihat sebagai sesuatu yang dihormati dan menjadi rujukan utama dalam hidup rakyat negara Melaka. Sesiapa yang tidak menguasainya, maka mereka dianggap sudah ketingalan zaman.

 Akhir sekali, andai benarlah bagai dikata, maka selamat sejahteralah hajat dituju. Melayu sepakat, Islam berdaulat.

~ Disebalik kejatuhan Empayar Kota Melaka, kita bangkit dengan Empayar Putrajaya.-Tun Dr.Mahathir Mohamad.~


Jawapan panel, Ramzul:

Ramzul: Orang politik sana lebih agungkan pahlawan bukan daripada tanah Melayu...ade kah logik pd akal ? pahlawan bukan berasal drp Tanah Melayu nk merdekakan Tanah Melayu?

 Mestilah diorang nk jajah Tanah Melayu-Jd Chin Peng dan org2 Melayu atau org2 drp seberang yg dtg ke Tanah Melayu ni bknlah pejuang tp ingin menyuntik fahaman, ideologi dan agenda politik negara asal mereka Ideologi Komunis China dan Indonesia(ketika itu) dan penggabungan kuasa komunisme China dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia-Borneo...buta sejarah dan buta pemahan ideologikal


En. Agogo (Host anda!): Eh terlebih emosi pula Tn. Ramzul ni.. err barangkali ada sedikit kekeliruan Tuan sewaktu memahami soalan saya =)





























Sudut pandang Daulah Islamiah

Siapa saya? ... Host anda!

Soalan saya:

 Ramai sepakat usah di'gaduh'kan bab khilaf yg tak berkaitan akidah umat. 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat', mampukah ia membawa perubahan kepada kesepakatan umat Islam Malaysia secara amnya dan kesatuan Melayu secara khususnya.

 Ada yg berpendapat, tujahnya nanti sekadar di peringkat kesatuan Melayu dan berlegar di setakat itu sahaja. Tidak mampu menerjah kejayaan di peringkat kebangsaan (jika targetnya sekadar difokus/sandar/disempitkan kepada bangsa melayu semata2).


 Tidak kurang juga yg berhujah, tiada apa yg membezakan kita di hadapan Nya melainkan taqwa. Definasi tersirat yg msh belum di fahami umum pemain2 di pentas religus mahupun bagi kebanyakan penyokong atau pemerhati dari bawah pentas. Menuntut pelbagai intepretasi apatah lagi spekulasi tak berinsuran sesetengah pemukul curi.

Ramai juga sepakat, asal matlamat Daulah Islamiah tercapai, dikira ok la tu.



Jawapan ahli panel, Ramzul, Ahmad Kamsani dan Nadzri:


Ramzul: Selagi bangsa Melayu tidak kira sayap nana perjuangannya,tidak mhapuskan 3perkara ini,maka Melayu xkan mampu bsatu dbawah 1 panji parti yg sama : Hasad Dengki Penting Diri Sendiri Tamak Jika ketiga2 ini mampu dbuang,kta mampu duduk sekali. Jika tidak,parti2 Melayu yg sedia ujud kalo bergabung sekalipon,ianya amat rapuh apabila tba masa utk memilih siapa calon pilihanraya...


En. Agogo (Host anda!): Eh ke politik pula perginya Tn. Ramzul ni.. err ini sekadar pertanyaan umum berkaitan kesepakatan bangsa Melayu dan impak slogan.


Ahmad Kamsani: Kesepakatan orang Melayu penting dalam rangka untuk mendaulatkan Islam di Malaysia kerana ia adalah bangsa tonggak yang paling berpotensi untuk memberi kuasa dokongan kepada Islam.

"Dalam konteks Malaysia, apabila kita hendak menegakkan agama dan daulah Islam, ia mesti disokong oleh satu bangsa yang kuat. Apabila kita mengisytiharkan bahawa kita hendak melaksanakan Islam dan sebagainya, perisytiharan itu tidak boleh dicabar oleh orang lain atau sesiapa sahaja. Ini adalah sesuatu yang diperlukan dan menepati kehendak syarak dan dalil yang wujud dalam nas, transkrip dan khazanah fiqh Islam itu sendiri" (30 Soal Jawab Melayu Sepakat Islam Berdaulat, m/s 17)

Dan Melayu dalam istilah perlembagaan merujuk kepada sekumpulan masyarakat yang memiliki ketiga-tiga ciri berikut:
1) Beragama Islam
2) Bertutur dengan bahasa Melayu
3) Mengamalkan adat istiadat Melayu

Jadinya, semua orang di Malaysia boleh jadi Melayu. Dengan itu, Melayu adalah identiti kebangsaan negara yang wajar dipertahankan. Kesepakatan orang Melayu menjamin kestabilan negara dan keharmonian masyarakat. Dalam konteks Malaysia, Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan, dan ia seharusnya berterusan begitu.

Allahu a'lam..


Nadzri: Kepimpinan terhadap orang yg memiliki perasaan kekitaan tertentu tidak dapat di terapkan kpd mrk yg bukannya drpd satu keturunan. Ibn Khaldun dlm bukunya Muqaddimah.

En.Agogo (Host anda!): Terima kasih di atas perkongsian tuan berdua =)