Oct 22, 2010

Pemindahan Organ..

Pemindahan organ daripada orang yang hidup,hukumnya adalah harus. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa syarat:

  1. Sebarang organ boleh dipindahkan kepada orang lain yang sangat berhajat kepadanya. Namun keselamatan nyawa penderma mesti di ambil kira terlebih dahulu. Kaedah yang akan menyebabkan kematian adalah haram.
  2. Atas kerelaan penderma,bukan dipaksa. Maka penderma hendaklah berakal dan baligh supaya mempermudahkan urusan.
  3. Seandainya ada ikhtiar lain, pemindahan organ bukanlah jalan penyelesaian utama.
  4. prosedur pemindahan organ hendaklah  dipastikan selamat semoga dapat memberi manfaat.
Perhatian:
  • Jangan memindahkan organ sekiranya ia membawa kemudaratan kepada si penerima.
  • harus mendermakan mata kepada orang buta dengan niat untuk menolong yang malang.

Derma organ daripada orang yang mati.


Sambil memahami konsep nyawa manusia bukanlah milik kita, sebaliknya adalah milik Allah SWT. Maka ia boleh diambil daripada orang yang mati. Ia amat penting dalam menjaga nyawa orang yang masih hidup. syaratnya:

  1. individu tersebut hendaklah merelakan organnya didermakan kepada orang lain setelah beliau meninggal dunia. Penderma mestilah waras dan tidak berlaku paksaan. Waris terdekat boleh memberi keizinan sekiranya si mati tidak pernah membuat apa2 perjanjian semasa hidup.
  2. Prosedur pemindahan organ mestilah terbukti berhasil mengikut kaedah perubatan.
  3. Prosedur hendaklah dilakukan atas dasar memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Ia tidak boleh dilaksanakan sekiranya atas dasar kajian sains dll.
  4. sebarang organ tidak boleh dijual atau di perniagakan oleh kerana kemuliaan insan.
Penggunaan anggota atau organ binatang untuk tubuh badan manusia.
hukumnya harus, tetapi sekiranya tiada organ gantian manusia( keadaan dharurat). antara yang dikatakan sesuai setelah di ubahsuai struktur genetiknya ialah:
  • monyet
  • cimpanzi
  • babun
  • khinzir( dikatakan jantungnya yg telah diklonkan adalah lebih sesuai untuk manusia. kajian ini telah dijalankan oleh saintis bukan Islam, sekiranya kajian dijalankan oleh saintis Islam pasti keadaan tersebut tidak berlaku.)
Qawa'id fiqhiyah yg berkaitan dgn pemindahan dan derma organ.
 Asal masalah yang wujud disini ialah pemindahan dengan tujuan:
  • Menyelamatkan nyawa
  • Mengembalikan fungsi
  • Menderma organ bukan dengan tujuabn menjual.
Qawa'id Fiqhiyah yg boleh digunakan bg masalah ini ialah:
  • Kemudaratan hendaklah dihilangkan (al- dharar yuzal)
  • Kemudaratan yg lebih berat dihilangkan dgn kemudaratan yg lbh ringan (al-Dharar al-asyadd yuzal bi al-dharar al-akhaf)
Islam mengharuskan beberapa tujuan yg berkaitan dgn pemindahan & derma organ @ darah:
  • Tidak memudaratkan penderma
  • Mendapat kebenaran daripada waris sekiranya sudah meningal dunia.
  • Organ yg tidak menyebabkan kematian.
Fatwa yg berkaitan dgn pemindahan dan derma organ.

Muzakarah jawatankuasa fatwa kali pertama, ke 2 & ke 6 yg bertajuk 'Pemindahan Jantung dan Mata'. Berlangsung pada 23-24 Jun 1970, 1-2 Oktober 1970 dan 22 Feb 1973 sebulat suara mengeluarkan keputusan pemindahan jantung dan mata orang mati kepada orang yg hidup adalah harus. Syaratnya:
  1. Nyawa penerima dalam keadaan terdesak & prosedur pemindahan yg diyakini berjaya.
  2. Kematian penderma mestilah dipastikan terlebih dahulu sebelum prosedur pemindahan  jantung dilakukan.
  3. Penguatkuasaan undang2 yg sewajarnya agar gejala pembunuhan manusia dan perdaganaggan anggota2 manusia dapat dielakkan.
  4. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada si penderma sebelum prosedur pemindahan dijalankan atas sebab: 
  • kematian biasa
  • dari kaum keluarga
  • kematian akibat kemalangan 





Muzakarah jawatankuasa Fatwa kali ke- 4 & ke -6 yg bertajuk 'Derma darah dan Pengunaan darah orang Islam kepada orang bukan Islam dan sebaliknya'. Berlangsung pada 13-14 April 1982 dan 10 oktober 1983, sebulat suara mengeluarkan keputusan:

1) Menderma darah hukumnya harus.
2) Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.
3) Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.

No comments: