Nov 30, 2010

My mom suspected having TB in her lung ! (2)

30 November 2010

08:00- Baru sebentar tadi doktor mengesahkan mak menghidap TB. Berdasarkan hasil ujikaji darah yang telah diambil semalam. Namun doktor memberitahu penyakit mak masih diperingkat awal, jangkitan berlaku dalam lingkungan sebulan.

 Alhamdulillah mak semakin tenang mengahadapinya.

Nov 28, 2010

Hablu minnallah, hablu minna nas..

16:15-  Hujan petang turun mencurah-curah. Kini aku dan angah berada lima ratus meter daripada susur keluar sebelum lebuhraya Sg. Besi. Kereta di hadapan memperlahankan pergerakan masing-masing. Kami seolah-olah sudah terhidu kesesakan di lebuhraya.

  Pasti lebuh raya di hadapan angkasapuri sedang sarat dengan kesesakan. Hypotesis yang sempat menyinggah difikiran aku. Walaubagaimanapun, kami mesti ke kampung Melayu Sg. Buluh juga. Along dah bising. hendak tahu kenapa dia bising?
MySpace

Nov 26, 2010

Khutbah Jumaat: PANGGILAN KUBUR...


  Apakah persiapan kita sebelum mati? setiap yang hidup pasti merasainya suatu hari nanti. Sebaik sahaja dikebumikan, maka akan munculah dua malaikat yang bernama Mungkar dan Nangkir. Satu bertugas selaku penanya soalan dan satu lagi bertugas selaku pemukul. Antara soalan yang bakal ditanya kepada kita didalam kubur kelak (ini bukan soalan bocor macam soalan-soalan SPM ya)




Nov 24, 2010

sementara bujang, udah kahwin masak la kome!

  Sudah bertahun tidak berbual bersama, hari ini kami nekad untuk bertemu kembali. Rindu gamaknya. Biasalah sudah lama tidak bersemuka, asal jumpa sahaja " hey lu apa bikin sikalang? " atau... " alo cha! sudah laamma juga takda jumpa..ayoyo banyak tembamlah lu sekarang..". 



Nov 20, 2010

Eid Al Adha..


20/11/2010..

 Seawal 8.00 pagi, saya dan abah ke masjid bagi menunaikan solat aidil adha. Dirumah, mak dan kakak melakukan sentuhan terakhir. Mak tidak sihat, dalam keadaan begitu dia gagahi jua dirinya masuk ke dapur. Semenjak keluar daripada unit rawatan rapi (ICU) bulan febuari lalu, kudratnya sudah tidak seperti dulu lagi, sudah banyak yang kurang.


 Jantungnya lemah, mujur organ-organ lain tidak sempat rosak akibat penyakit kencing manis yang dialami sejak dua puluh tahun lalu. Susuk tubuh badan juga mengecil sedikit berbanding tahun sebelum ini.

Nov 16, 2010

Gara-gara penghawa dingin, roti canai saya seperti ada emas!

  Menuju susur keluar Subang. Langit tiba-tiba berubah suram. Perlahan-lahan titisan air matanya bercucuran ke bumi. Dari Rawang ke Kajang tidaklah sejauh mana. Cuma bilangan kereta sedikit sesak menghala keluar daripada ibu kota. Kebanyakannya mahu pulang ke rumah masing-masing, setelah seharian beriadah bersama keluarga di hari ahad. Kami bertiga, baru sahaja selesai menyiapkan projek pendawaian di Rawang. Hujan renyai-renyai mula turun lebat. Abah memberi cadangan singgah sebentar ke kedai mamak sementara menunggu hujan reda. Mujur abang saya tahu serba sedikit mengenai kedai di Bangsar. "Bangsar mainanku gamaknya", hari-hari minum di kawasan itu selepas waktu kerja bersama teman sepejabat. Tetapi kali ini restoran persingahannya sudah lama tidak dikunjungi.


 Hyundai Elantra 1.8 meluncur menuju parkir sebaik sahaja sebuah kereta waja meninggalkannya untuk kami (ketawa). Kedengaran riuh rendah suara mamak mengambil pesanan makanan. Penuh manusia seperti ada temasya. Kami bertiga melangkah keluar sambil melindungi kepala daripada terkena titisan hujan dan menapak masuk ke gerbang pintu retoran itu. Ramai pelanggan memenuhi meja-meja makan di bahagian hadapan kedainya. 

Nov 14, 2010

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.


Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


Nov 13, 2010

Akulah orang paling gumbira dalam dunia buat masa ini kihkih~

  Subuh2 syafie lagi aku dah bagun. Tepat jam 5 pagi aku dan si dia meluncur laju menghala ke kampus. Pagi ni sunyi. Cuma sebutir dua kereta sahaja di jalan raya, sama seperti hari yang lain.


 Bak kata abang aku, "mulai jam 6 setengah pagi ko janganlah masuk area2 K.L, gerenti sesakk!". Bukan dia nak tunjuk2 pandai, tapi memang benar time tu la semua orang berpusu2 pergi kerja.


 Ramai orang bawa kereta macam orang gila ( tu sikap drebar tengah waras tu, kalau tengah betul2 gila, ntah macam mananalah gamaknya, nauzubillah !). Alhamdulillah pagi ini keadaan tenang je.. aku suka.. eh suka? suka apanya kalau tiap kali exam n kuliah mesti ada sampai ke hari hujung minggu! hujung minggu sepatotnya masa untuk aku berehat puas2 haha.

Nov 9, 2010

tatkala banjir melanda...

Kehangatan mentari yang membahang sejak beberapa hari akhirnya berganti dengan hujan lebat yang turun mencurah ke bumi. Siapa sangka, titisan-tisan jernih yang datang bersama-sama udara nyaman lagi sejuk akhirnya berubah menjadikan kawasan sekitar terendam dan tenggelam...banjir kali ini di jitra, kedah disifatkan lebih teruk berbanding pada tahun 2005.Kegiatan seharian masyarakat terjejas, jalan-jalan utama di kawasan pekan, rumah-rumah penduduk, ditenggelami banjir...

Hari pertama, 2 November 2010 

Keadaan sungai dan kawasan sawah padi di jalan sg. korok, jitra. sungai adalah berhampiran dengan rumput yang panjang dan kawasan sawah padi pula di belakang rumput yang lebih pendek. paras air yang tinggi menyebabkan pokok-pokok padi tenggelam...







air sungai mula bertakung di tepi jalan raya...(jalan raya, sudut paling kiri bawah )










                                       

Nov 8, 2010

Persediaan sebelum exam

Gemuruh sering datang di saat akhir sebelum hari peperiksaan bermula. Gemuruh harus di atasi, seperti mana akal mengatasi kehendak nafsu. Kegagalan mengatasi kehendak nafsu, pelbagai musibah boleh berlaku. Histeria, migrain, demam, sengugut dan pelbagai lagi jenis penyakit akibat kurangnya pengetahuan cara untuk memandunya ke arah yg benar. Makhluk halus seperti bakteria, virus mahupun jin dan syaitan sentiasa mencari peluang ke atas manusia yg bercelaru mindanya.

fb or study?kahkah kantoi sudah...

Nafsu: cepat faham apa yg kau baca!

Akal: macam mana nak baca kalau tak faham?

Nafsu: ah tak kira! esok exam.