Nov 8, 2010

Persediaan sebelum exam

Gemuruh sering datang di saat akhir sebelum hari peperiksaan bermula. Gemuruh harus di atasi, seperti mana akal mengatasi kehendak nafsu. Kegagalan mengatasi kehendak nafsu, pelbagai musibah boleh berlaku. Histeria, migrain, demam, sengugut dan pelbagai lagi jenis penyakit akibat kurangnya pengetahuan cara untuk memandunya ke arah yg benar. Makhluk halus seperti bakteria, virus mahupun jin dan syaitan sentiasa mencari peluang ke atas manusia yg bercelaru mindanya.

fb or study?kahkah kantoi sudah...

Nafsu: cepat faham apa yg kau baca!

Akal: macam mana nak baca kalau tak faham?

Nafsu: ah tak kira! esok exam.




Akal: bersabarlah..baca dengan tenang. Gunakan masa sebaik mungkin.

Nafsu: ah diamlah jahanam! aku tak kira, aku nak juga semua ilmu dalam buku ni!

Akal: macam mana nak dapat ilmu kalau hati tak tenang...

Shhhh! jangan ganggu kosentrasi pengawas.

Nafsu terdiam seketika. Akal mengambil kesempatan menjenguk ke arah kitab Al Quran. Tiba2 dia di datangi sahabat karibnya, Buah fikiran. Tidak semena2 tanpa memikirkan kehendak nafsu, dia mendekati Ketenangan.

Akal: wahai Ketenangan bagaimana engkau boleh membantu aku agar mudah memahami apa yg dibaca?

Ketenangan: Pertama dekati Pencipta mu, kerana di situlah terdapat seribu satu petunjuk. Kemudian berusahalah setakat mana yg mampu, berdoa dan akhir sekali bertawakal lah sebaiknya..

Subhanallah...sejuk mata memandang..

segar...

Minda yg bercelaru ibarat jalan raya yg baru sahaja kerosakan lampu isyaratnya. Jalan raya itu pasti akan sesak manakala kemalangan juga berpotensi berlaku, dalam sekejap keadaan boleh bertukar menjadi haru biru. Itulah natijah hilangnya pertimbangan.

2 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

Urm...mmg kena kuat lawan nafsu kiter
Momoy sendiri memaksa diri ini untuk study
sebab momoy x suka study secara jujur =)
MY RECENT POST: Pelaburan baru dalam AHB ?

ridoma said...

hehe study smart..