Dec 11, 2010

Cucu nek Yan..(2)

 Cuti semester. Cuti dari segala-galanya ! segalanya indah tanpa gangguan sakit kepala. Bebas dari segala ancaman ujian mahupun peperiksaan akhir. Kegembiraan ini semacam dapat dihidu Adif (anak buah aku MySpace), atau dia memang selalu begitu perangainya.


 Agaknya dia bosan, kerana nenek dan atok lebih banyak bercakap daripada bertindak (tidak macam abah dan mamanya. Biasalah, orang muda MySpace). Selaku Pak Busu, kegembiraan bukan disorok jauh-jauh dalam sanubari, tetapi adalah tidak manis sekiranya orang dewasa semacam aku yang juga sudah berjanggut terlompat-terlompat macam Adif.

 Semalam aku dan abah ( atok Adif MySpace) sedang minum di laman rumah. Sambil mencicah cekodok dengan sos, lensa kami mengahayati air terjun jatuh berderai-berderai. Tenang. Bagi abah ya tenang. Aku pula terbayang setiap pecahan molekul-molekul air itu. Wah sejuk !


 Gas yang terkandung dalam air ' tepercik ' tadi, bukan sahaja diperlukan hidupan aquatik dalam kolam, bahkan semua kehidupan yang bernyawa. Ketika sedang kudap-kudap sambil berehat di laman, manakala mak pula masak didapur tiba-tiba.. bedebuk !! ( bukan bunyi kena tumbuk ya ? )

 " Ya Allah...." ( korang tengok-lah sendiri ya gambar dibawah ? MySpace)



 Adif mendajal neneknya. Dari siapa agaknya dia belajar semua ini ( selaku Pak Busu yang paling baik di dunia, aku dah lama tak usik mak aku macam ni. Kali terakhir kalau tidak silap masa aku sekolah rendah dulu. Masa itu Adif pon tidak ada lagi hehe..MySpace).

 Pengalaman aku mula-mula didajal Adif, semasa umurnya setahun lebih. Dia dan aku sedang menonton TV. Dia duduk depan aku. Tiba-tiba jari kontotnya mencuit ke telinga aku, lepas itu cepat-cepat dia pandang depan ( seolah-olah sedang fokus menonton TV dan bukan dia yang mencuit ke telinga aku tadi MySpace).

 Berulang kali juga dia mencuit. Sebelum kembali berpura-pura tidak tahu ( walaupun kerja mendajal-nya tidak kemas dan dengan mudah dapat dihidu oleh Pak Busunya yang handal ini. Tetapi aku berasa pelik. Mana mungkin budak kemetot, berjari gemuk sontot ini boleh usik aku ? argkh gerammmm ! MySpace).

 Sejak dari itu, aku seorang sahaja percaya yang anak buah  aku ini abnormal. Sekarang apabila usianya sudah mencapai tiga tahun, barulah tembelang kenakalan dia terbongkar ( hehe..Tak boleh blah si Adif ni ).

 Bagusnya budak kecik ini apabila dia  panggil aku 'abah' ? ( eh tua-nya aku ! oh tidak ! huhu jatuh saham Pak Busu Adif =) ) bila hendak mintak tolong aku main-kan CD cerita Upin Ipin ( ni pon satu hal, dah berjuta kali dia tengok Upin Ipin, sampai dah naik hafal dialog. Tak muak ke ? MySpace).

3 comments:

ridoma said...

Amin, moga2 dia jadi permata yang soleh..

♥yana♥daniel♥ said...

Farid: Biasalaa budak2 panggil 'abah' okey per laen kali takder rasa tua bila dipanggil abah lagi... Budak2 zaman sekarang banyak projek gitu ler jadinya... To Adif congrats banyak2 blajar smoga jadi anak yang pintar n mendengar kata nasihat dari 'abah' a.k.a pak busu...

ridoma said...

yana: hei nice entry. ive already comment on ur blog. Haha adif uncle not ready 2 b abah...