Dec 13, 2010

The Miracle of Lemba ( Molineria latifolia ) !

Botanic name: Molineria latifolia.
Malay name: Buah lemba.



1) Pohon renek yang tumbuh dikaki pohon-pohon besar didalam hutan ( redup ).

2) Pertama kali saya menjumpainya di Ladang Getah. Ketika berumur tujuh tahun, abah telah membawa menaiki motor ronda-ronda dalam ladang milik pak cik saya. Sampai disuatu kawasan abah telah menunjukkan buah ini kepada saya.

3) Saiz buahnya kecil. Berbentuk seperti bawang. Berwarna putih.

4) Menurut abah isinya manis. Minum air kosong selepas memakan buah ini, air tersebut akan turut berasa manis.


5) Buah ini mampu meransang rasa manis untuk tempoh masa tertentu.

6) Buah dan akarnya dikatakan mengandungi pelbagai khasiat. Antaranya mengubati demam malaria, mengubati sakit kepala dan mengubati sakit ginjal.

7) Walaunagaimanapun bagi saya, buah ini perlu menjalani ujian klinikal untuk menentukan kandungan kimia serta potensinya menyembuhkan sesuatu penyakit. 

8) Jika tidak mendatang bahaya, buah ini boleh membantu pesakit kencing manis ( alternatif kepada gula sedia ada ).


Kisah auta yang kelakar ! jum baca..

Rusli yusop
 Pokok ni dari spesis orkid. banyak terdapat dikebun getah dan hutan kecil. aku ada tangkap gambar siap dengan buah dan bunganya. aku suka mengepat (dialek orang pahang) lepas tu minum air masak kosong. 

 Arwah bapa mertua aku ada satu cerita pasal buah lemba ni. Dia auta orang putih masa kecik2 dulu. Nak jadi cerita masa tengah meronda dikawasan temerloh dulu, mat saleh ni (tuan kebun) dahaga teramat sangat.

 Jadi bapa mertuaku ofer buah lemba sebagai alternatif. Bapa mertuaku kata kat sini ada air sungai yang manis..apalagi minumle mat salih tu air sungai pahang yang manis sepuas-puasnya.




Rujukan:










PENGALAMAN YANG MENGASYIKKAN BERSAMA RIDOMA

2 comments:

misSbLurRy said...

ahahahah btol2.....renjer slalu kene kan tourism...
siot je

ridoma said...

special buah ni tau..better buat R&D utk diabtic ptients..tp xtau untung ke x hehe..