Apr 30, 2011

Puncak Alam banjir !

Puncak alam banjir ! banjir ? yeeha.. aku meluncur laju dengan surfboard ( papan pengosok baju rumah sewa aku je..) di permukaan halus air yang berwarna seakan-akan teh tarik ! limpahan teh tarik yang banyak ini telah memutuskan jalan penghubung di antara UiTM Puncak Perdana ke UiTM Puncak Alam serta rumah sewa aku ke UiTM Puncak Alam.


Mangsa dengan yakinnya meredah banjir, sebelum keretanya tersadai.

Apr 29, 2011

Menjana PENDAPATAN melalui Buku !!!


Apa yang best selain daripada soal jawab dengan penerbit buku ?

Ya sudah tentu sekali..
......
.....
....
...
..
.

 Semangat betul pengacara rancangan ni, kelakar gile..
Hidup industri perbukuan Selangor ! hehe..


Korang yang da ada produk sendirikan ? da tu tadi cakap da tulis buku. Produk korang la tu. Tak mengaku pulak..

Apr 26, 2011

Apa pendapat anda tentang sinopsis ini ?

1.Genre: Dewasa.

 Benarkah genetik faktor utama sindrom Melayu tipikal ? Jika kenyataan ini benar, mengapa bangsa kita di zaman Kesultanan Melayu Melaka sudah berjaya membelah samudera sehingga ke Afrika Timur ? Pelbagai kejayaan telah kita kecapi, antaranya ialah ilmu perkapalan, astronomi, perubatan, kestabilan pemerintahan serta bermacam teknologi moden.

 Namun mengapa kita sentiasa dimomok-momokkan dengan keburukan bangsa kita sendiri ? Mampukah kita membina tamadun serapi itu jika bangsa kita tidak berdisplin ? Dan jika kenyataan di atas tidak benar, adakah ia sekadar cerita dongeng yang sengaja direka-reka oleh penjajah ? Apakah motif mereka ?


 Di sinilah bermulanya kisah seorang penulis blog. Mohamad merupakan seorang remaja yang cerdik, dia telah menjadikan pengalamannya tinggal di kampung dan di bandar sebagai satu memori yang tidak ternilai.

 Pelbagai pengembaraan menarik sewaktu Mohamad di sekolah rendah sehingga-lah ke menara gading, dikumpul dan dicoret satu persatu disamping menggabungkan hasil catatan sejarah, kata-kata tokoh terdahulu dan pemikiran logiknya sendiri dalam membongkar kesulitan ini.




2.Genre: Fantasi kanak-kanak


 Mega seorang kanak-kanak yang gemar mengumpul haiwan peliharaan.

Apr 15, 2011

Sejak daripada entri, Yala nashii arab !

 Yes ! lega. Sabtu 16 April, hari terakhir test aku untuk semester ni ! setelah sekian lama aku dan geng terpaksa mengadapnya hampir dua bulan ( test bermula dan belarutan setiap minggu semenjak daripada entri aku pasal Yala nashii arab !  di Restoran Zam-Zam, Shah Alam pada 19 Febuari lalu. Itu pun kalau korang perasan aku tulis pasal entri tulah-kan..).




 Mana tidaknya, ntah kenapa tiba-tiba sahaja semester kali ini ada 24 test ( best tau ambil course ni, untuk pasca SPM cepat apply haha.. pomot2 ! ).

Apr 6, 2011

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami dan dosa-dosa kami,

Berikan kami kekuatan, agar dapat kami lalui kehidupan selaku insan yang sentiasa dahagakan ilmu Mu ini dengan mudah...

Izinkan ku pohon kepada Mu ya Allah, berkatilah ilmu yang kami pelajari, masukkanlah kami dijalan yang engkau redhai.

Masukkan-lah jua kami dikalangan hamba-hamba Mu yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Semoga dengan berkat syafaat Mu ya Allah, kami pelajar FSK UiTM Puncak Alam lulus semuanya.

Andai kata ada yang tercicir, jadikanlah dia insan yang berguna kelak.

(bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..).

Ameen..

Setelah satu bulan dua puluh lapan hari menghadapi ujian setiap minggu tanpa henti dari 19 Febuari 2011 hingga 15 April 2011, kini doakan-lah pula untuk kejayaan kami yang bakal menghadapi peperiksaan akhir pada 20-29 April ini..Salam

Apr 3, 2011

Cucu nek Yan..(4)

30 Mac, genaplah dua tahun usia cucu nenek Yan yang bongsu ni.. kebetulan mak cik di Puchong membuat kenduri di rumahnya. Beliau telah menjemput abang aku agar turut serta menyambut hari jadi anaknya di sana. Meriah, ramai kaum kerabat yang hadir meraikannya..