Aug 31, 2011

Lets journey to Malacca ! salam Aidilfitri..!

Raya kedua.
 Puas seharian melayan sanak saudara di rumah. Kini masanya kami pula pulang ke kampung abah di Melaka ! yeeeha...! tempoh perjalanan sekitar dua jam, itupun bergantung pada kelajuan kenderaan.

 Merasalah juga balik kampung huhu.. mujur merasa walaupun abah dan mak sudah tua, sejak daripada atok dan nenek sudah tiada rumah kami menjadi tumpuan sanak saudara =)

Aug 30, 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri wajib ada 3 perkara.

Tanpa ketiga-tiga ini,
 maka tidak beraya-lah
 ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Trend yang sudah menjadi budaya. Sebut sahaja Hari Raya Aidilfitri, kebiasaannya difinasi hari raya yang lebih dekat di jiwa kita. Apabila sampai Syawal, rata-rata kita beraya sakan tidak ingat dunia.

 Sebaliknya Aidilfitri, kembali kepada fitrah jauh dilupakan. Beberapa perkara yang menjadi kewajipan sesetengah daripada kita, sehingga ada yang menyandarkan bulat-bulat mood  rayanya pada tiga perkara:

  1. Persiapan makanan
  2. Baju raya
  3. Lagu raya
 Tanpa ketiga-tiga ini, maka tidak beraya-lah ataupun beraya tetapi tidak meriah.

 Jarang sekali yang menyandarkan mood rayanya kepada pencapaian ibadah mahupun bersedih dikala Ramadhan pergi meninggalkannya. Seharusnya kita lebih menjiwai kedatangan Syawal kali ini kerana kedatangannya kali ini bersama hari Merdeka.

 Kedua-duanya mempunyai kejayaan yang hampir sama, iaitu merdeka rohani atau jiwa daripada sebarang kemusykilan dan merdeka dari segi fisikal. Namun ketibaan syawal menandakan kejayaan hakiki sepanjang sebulan di tarbiah Ramadhan.

Aug 29, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 oleh Ridoma.

Ya Allah, aku bermohon agar umat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turut bergembira dan bermaaf-maafan. Semoga di Ramadhan kali ini, bertautlah kembali tali persaudaraan yang terputus akibat perselisihan sejagat.


 Di kesempatan ini, pihak Ridoma menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya ada sebarang perkongsian pendapat yang telah menyingung hati rakan-rakan atau pembaca dikasihi sekalian selama setahun jagung usia bergelar blogger baru. 

Aug 28, 2011

Bahaya Darwinisme

 Kata orang, manusia melalui tiga fasa sebelum memasuki zaman manusia moden seperti hari ini. Berbalik kepada buku teks sejarah, zaman Paleolitik berlaku sekitar 50 k- 100 k tahun dahulu, zaman Mesolitik sekitar 35 k- 10 k tahun dahulu, manakala zaman Neolitik sekitar 7 k tahun dahulu.

 Tiga fasa ini mengambarkan kronologi perkembangan dari segi pencapaian ilmu manusia yang mempengaruhi segala aspek kehidupan. Namun semuanya ini sekadar teori semata-mata. Beberapa ciri Paleolitik yang sudah berjaya membentuk stigma senget sebelah semenjak di bangku sekolah adalah lebih elok tidak diterima bulat-bulat.

Aug 21, 2011

Di mana kita tatkala diperlukan...

Wonderpet, Wonderpet,
 kami datang, membantu mereka yang di dalam kesusahan..

Apa yang penting ? kerjasama..

Bangun seawal pagi mengajarku seribu erti kehidupan. Apatah lagi bangkitku sejak dilahirkan sebagai seorang Muslim dengan izin Nya. Alhamdulillah atas petunjuk kurniaan Mu Ya Allah..

 Sedutan udara segar ke dalam paru-paruku bukan sekadar membawa masuk gas oksigen yang mencerahkan lagi setiap sel darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah, bahkan kehadirannya yang tersemat alunan zikirullah turut membantu menyuburkan lagi sel-sel tubuhku ini dengan izin Nya. Alhamdulillah atas kesihatan kurniaan Mu Ya Allah.

Aug 13, 2011

Malaysia digemparkan semula isu murtad !

Beberapa hari lalu Malaysia digemparkan semula dengan isu murtad ! Pada aku, isu seperti ini sudah lama berakar umbi di negara kita.

Aug 7, 2011

Tautan hati di Jejak Anbia


Salam Ramadhan.. sedar tidak sedar, aku semakin meningkat usia. Dulu di bulan Ramadhan, aku banyak masa. Pagi ke tadika atau sekolah, petang pula menghabiskan masa di depan TV sambil menonton rancangan Jejak Rasul sementara menunggu azan Maghrib berkumandang.

Negeriku VS negaraku

                                                         NEGERIKU vs NEGARAKU
            
                  SELANGOR                                                             MALAYSIA
                                                          (Rudie Ramli) 1-0

Aug 6, 2011

Ceritera exam


Perkara 1 :
Kenapa soalan exam yang aku buat tadi tak pernah jumpa pun sebelum ni ? (Padahal memang jarang buat latihan, mane nak jumpa !)

Aug 2, 2011

Abah first Ramadhan in OT

 Ramadhan kali ini benar-benar menguji iman kami. Dikala kaki ku masih di belengu kesakitan, kini abah pula sedang bertarung nyawa di OT (OPERATION THEATRE) tepat pukul 12 tengah hari tadi. Menurut doktor pakar, pembedahan terpaksa dilakukan kerana bahagan tersebut telah membengkak akibat jangkitan kuman.