Beberapa hari lalu Malaysia digemparkan semula dengan isu murtad ! Pada aku, isu seperti ini sudah lama berakar umbi di negara kita.
Ancaman seumpama ini bukan sekadar seperti yang kita ketahui di dada-dada akhbar hari ini, bahkan daripada segenap sudut yang kita sendiri tidak pernah terfikir. Baik dari agama yang sama seperti Ajaran Sesat mahupun daripada mazhab lain seperti Puak Malaysia Syiah dan agama lain seperti Puak Freemason, isu hari ini hanyalah 1/10 realiti di luar sana.
Persoalannya bagaimana semudah itu kita tertipu ? Janjinya hanyalah kesenangan di dunia semata-mata, bukannya kesenangan hakiki. Namun, masih juga ada yang mahu mengikutnya. Sedangkan Islam menjanjikan berganda-ganda perkara lebih baik daripada itu.
Di sinilah TAQWA perlu difahami sebaiknya. Tanpa taqwa, nescaya kita gagal memahami keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Sedih jika masih ada pihak yang mampu dibeli dengan wang ringgit dalam isu-isu tiada kompromi seperti ini.
Dalam usia kemerdekaan yang bakal menemui angka 54 tahun, seharusnya semua pihak telah sedia maklum tentang sensitiviti sesuatu agama. Perkara-perkara agama tidak boleh sewenang-wenangnya dicampur-aduk dengan perkara lain. Dalam menjalani kehidupan di bumi bertuah pelbagai bangsa ini, kita seharusnya bijak dalam menjaga hubungan sesama kita dan tidak pula mengganggu ketenteraman antara satu sama lain.

Apa sekalipun ancaman yang mendatang, perkuatkan diri kita dengan iman yang mantap terlebih dahulu sebelum masuk campur dalam isu-isu yang melibatkan perhatian seluruh dunia (tanpa kita sedari).
No comments:
Post a Comment