Apr 12, 2012

Alat pengesan banjir abah !


 Amaran tsunami ? Semalam, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang berukuran 8.5 skala richter tanpa tsunami. Apa sekalipun, bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan.

 Teringat ketika zaman banjir di Tanjung Karang. Gara-rara empangan pecah, habis semua rumah di sekitar pekan dan kampung terdekat ditenggelami air.

 Budak-budak kampung seronok bermain air. Saya tumpang sekaki melihat keseronokan mereka. Cuma bezanya saya ibarat burung dalam sangkar, bermain seorang diri dalam kawasan banglo kediaman TNB. Saya tidak dibenarkan keluar kerana masih baru di situ.


 Seronok bermain air paras lutut. Pengalaman pertama kalilah katakan. Kalau bernasib baik, dapatlah melihat ikan sebesar lima kali ganda saiz pelempang saya yang tersangkut pada pagar rumah.

Jarang saya terjumpa haiwan lain. Bagi yang bertuah, mereka mungkin boleh mengintai buaya katak yang comel di bawah rumahnya (jenis rumah kampung yang tinggi). Buaya katak  sesat, boleh bergerak laju dan melompat dengan kakinya. Ganas.

 Paling eksotik, saya pernah terlihat anak ular yang sedang berusaha melarikan diri daripada banjir. Saya menghalaunya dengan sepenuh hati mengunakan penyapu.

 Haha ! Terasa hebat, menghalau ular sambil bersila panggung dengan senyuman sinis. Semuanya sebelum mak menjerit dan mengarahkan saya berhenti menyakat anak ular itu.

 Banjir berlarutan selang beberapa bulan. Boleh dikatakan kerap oleh penduduk asal kampung di sana. Walau bagaimanapun, ia sekadar menanti empangan baru yang lebih kukuh siap dibina.

 Dalam tempoh itu, abah telah mengambil keputusan untuk membina tembok di hadapan pintu. Bukan kami sahaja, bahkan boleh dilihat di kebanyakan rumah di sekitar kawasan tersebut.


 Binaanya tidak begitu efisyen. Ketinggiannya cukup untuk menahan air yang setinggi lutut. Pernah beberapa kali air melimpah masuk ke dalam tembok tersebut.

 Kadangkala air naik tidak terjangka. Adakalanya ketika orang ramai sedang nyenyak tidur, air naik sekitar jam 4 pagi. Keadaan tidak terjangka ini menyebabkan abah saya muncul dengan idea hebatnya !

Boya Malaysia (alat pengesan tsunami).

 Dia telah merekacipta sebuah mesin yang mampu memberi amaran awal ketika air sedang naik. Lebih kurang macam boya jugalah.


 Abah memang terkenal dengan ciptaan berinovasi semenjak di usia kanak-kanak lagi. Maka tidak hairanlah jika anak-anaknya juga berkongsi bakat terpendam =)

 Gambarjah B: Air naik menyebabkan berlakunya tindakbalas pada connector dan hasilnya berjaya mengejutkan kami untuk persiapan banjir !

4 comments:

Unknown said...

buaya katak tu apa? sejenis buaya atau sejenis katak? confius..

Ridoma said...

Sejenis buaya..Leh google.

Shah said...

tumpang tanya..boleh terangkan cara2 nk buat pengesan banjir ni?

ridoma said...

Untuk maklumat lanjut, Tuan Shah boleh hubungi saya melalui WhatsApp | 013 3402790.