Apr 7, 2012

Tunggang rusa yeeha~


 Perjalanan semalam memang jauh. Daripada rumah ke Shah Alam. Daripada Shah Alam ke UiTM Puncak Alam dan kemudiannya pulang semula ke rumah. Ke hulu ke hilir, berhujan dan berpanas, mendatar dan berbukit.

 Tiada masalah, biasalah tu. Cuma masalahnya berpunca daripada si rusa, tunggangan comel saya. Tugasnya mengantikan si kodok yang cuti rehat.

 Nasib baik dia tak mogok semalam. Si rusa memang cerewet. Jika cuaca hujan, dia kebiasaanya tidak suka lecak. Jika terkena, mulalah dia terbatuk-batuk. Kadang, langsung tak mahu berjalan semula.

 Jika cuaca panas terik dan di tambah pula perjalanan yang agak jauh sedikit, mulalah dia kehausan. Radiator kering gamaknya. Manja sangat, mentang-mentanglah selalu jenjalan sekitar Bandar Baru Bangi je !

 Demi menjaga kesihatan si rusa yang berpanjangan dalam menghadapi kedua-dua keadaan ini, semalam saya terpaksa menjadi tuan yang baik hati, kaki belai dan memahami lengok bahasa mesin yang diperbuat daripada besi ini. Setiap kali hujan, saya akan pastikan si rusa dapat mengelak daripada sebarang lopak berair.

 Manakala setiap kali tersangkut dalam kesesakan di jalan raya, saya akan pastikan suhu enjinnya tidak melepasi tahap bahaya. Kalau dia demam, alamatnya tersenyum redha-lah saya dengan mata sepet dan pipi yang tembam bersama si rusa di pinggir lebuhraya.

 Tersengih sambil berdiri tegak, memerhati kereta satu-persatu melepasi kami. Blur. Terperasan macam suasana dalam iklan karya pengarah Yasmin Ahmad pula rasanya. Fantasi semata-mata ! haha..


 Justeru itu, demi mengelakkan adegan iklan tidak berbayar daripada kami berdua, saya harus sentiasa peka dan pastikan pengunaan air-cond sentiasa terkawal. Sekejap tutup, sekejap buka. Lama-kelamaan, peluh saya yang satu-persatu menitik secara tak sengaja berbau tungkik.

 Walaubagaimanapun, pengalaman beharga ini hanyalah kerana urusan konvokasyen UiTM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Paling nikmat, sewaktu terpaksa berbuka puasa tanpa minuman atau makanan di dalam kereta.

 Sungguh tidak terjangka. Inilah akibatnya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur selama sejam semalam. Assalamualaikum kawan ! =)

2 comments:

Liya said...

wkwkwkwkw kesian rusa dah tua. tunggang benda lain la plak. oh yeah happy graduation soon(^_^)

Anonymous said...

Bersyukur dgn apa yg ada.. "bertuah empunya rusa itu,aku hanya menunggang keldai yang langsung tak mempunyai bumbung tatkala hujan Dan terpaksa menahan percikan air rusa yang lain" kata empunya keldai..
~fz