Jul 26, 2012

Terawih ramadhan


 Alhamdulillah.. bertuah nyawa masih dikandung badan. Sempat jua bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia, miskipun beribu rintangan berjaya dilalui sepanjang perjalanan mengenali haikiki.



 Kehadirannya membuat jiwa ini tersenyum lebar. Puas rasanya menjalani kehidupan sehari-hari tanpa jemu.

 " Panas betul solat dekat dalam tadi." keluh seorang pak cik sebaik sahaja keluar daripada ruang utama surau. Tok Esah seorang pesara TNB. Kerjanya dulu sebagai pemandu.



 " Mana tidaknya, air-cond. tak berfungsi. Ada ke patut tingkap pula tidak di buka sepanjang terawih tadi." sambungnya lagi.

 Saya terdiam sambil menyusun senyuman. Tiada apa yang boleh dikatakan. Mungkin saya tidak berkongsi pengalaman yang sama sepertinya.

 " AJK tak repair ke ?"



 " Katanya sudah. Tapi kerosakan semalam berulang lagi tadi. Overload agaknya, tak mampu. Tengok sahajalah berapa banyak kipas yang digunakan untuk menampung keperluan para jemaah."

 Kami beralih ke kaki lima surau. Menyedut udara segar di malam hari. Kalau dulu acap kali terhidu bau mercun, kini sudah jarang.

 Suasana berubah. Keadaan di pekan seolah-olah sunyi. Lena setelah seharian memenuhi tuntutan di siang hari.

 " Agak-agak, ada tak jurutera di kalangan jemaah kita ni ek ?" saya bertanya untuk mendapatkan kepastian.



 " Ntah la, yang aku tahu adalah sorang tu kerja TNB. Tapi dia meter reader je. Kurang arif bab repair kerosakan ni." jawab Tok Esah lagi.

 " Jurutera berkemahiran untuk repair tak ada ke ?"

 " Ada, tapi semua melekat dekat rumah. Penat bekerja di bulan ramadhan gamaknya. Macamlah tak pernah berpuasa dari kecil. Aku tengok yang biasa-biasa rajinlah ke masjid. yang hebat-hebat, makin menjauh."

 " Basah kupiah aku dibuatnya, eh kau tak rasa panas ke tadi ?"



 " Adalah juga, tapi sekejap je.. kepala saya-kan dah botak. Original air-conditioner.."

  Hahaha...

4 comments:

Unknown said...

yg biasa2 bnyaklah, yang hebat2 makin menjauh.. mndalam mksudnya tu..

ridoma said...

keh keh...

Anonymous said...

Lyn-USJ.

Tp skg ni trend kat bandar2 besar, ramai juga org2 hebat yg ke msjd. Msg2 da sedar bertapa pntgnya agama dlm menjalani kehidupan selaku org yg berjaya di dunia. Keadaan kt kampung2 plak yg merisaukan skg ni.

Akupenghibur.com said...

aku suka entry nie