May 31, 2013

Persamaan Yahudi dan Syiah dalam berbohong.



Yahudi Dunamah, bermaksud Yahudi yang murtad. Mereka merupakan Yahudi yang lari daripada Sepanyol dan menetap di bawah pemerintahan Islam Turki Othmaniah, iaitu Salonika-Greece sekitar abad ke 16.

Yahudi Dunamah hidup dengan berpura-pura sebagai seorang penganut Agama Islam, namun hakikatnya di rumah mereka masih mengamalkan tradisi Yahudi secara senyap-senyap. Satu prinsip kepura-puraan yang juga diamalkan oleh penganut Islam Syiah, iaitu Taqiyah. Mereka boleh berpura-pura di hadapan masyarakat Islam Suni, dan ganjarannya adalah pahala. Di atas tiket Taqiyah, mereka bebas menipu apa sahaja tanpa syarat.









Persamaan Yahudi dan Syiah.



Malam Pesta Kambing yang disambut oleh masyarakat Yahudi Dunamah dan Malam Sambutan 9 Muharam yang disambut oleh masyarakat Islam Syiah. Dua pesta yang berbeza dari agama yang berbeza. Namun kedua-duanya berkongsi tujuan yang sama.

" Anak yang lahir hasil daripada pesta malam kambing tersebut, dianggap bertuah dan suci."- Buku Mustafa Kamal Atartuk, Abdul Latip Talib-PTS.

" Anak yang lahir daripada hubungan seks malam 9 Muharam, dianggap suci dan dididik dengan baik sehingga boleh menjadi imam kepada penganut Syiah"- Imam Sharizan, Negeri Sembilan.

Ibu Mustafa Kamal Atartuk, Zubaidah Hanim kecewa dengan pendirian suaminya, sedangkan beliau seorang yang berpegang kepada agama Islam. " Saya yakin anak yang baik diperoleh dengan cara yang baik dan sebaliknya."- Buku Mustafa Kamal Atartuk, Abdul Latip Talib- PTS. 

Inilah kaedah yang digunakan kedua-dua agama ini, dalam mengekalkan tradisi kesesatan mereka. Membenarkan anak luar nikah yang dididik dengan cara yang salah untuk menjadi Pendeta/ Imam/ Pemimpin, agar kezaliman dapat diteruskan.







May 29, 2013

Cat walk punca perlawanan bolasepak tertangguh

Apakah reaksi kucing selepas menjadi buruan wartawan

Kuantan, 28 Mei 2013- Kucing yang cukup comel dan tidak bersalah ini, dikatakan menjadi punca perlawanan bolasepak di antara pasukan JDT dan pasukan Pahang terpaksa ditangguhkan. Kehadirannya, menjadi buruan lensa kamera.

 Apatah lagi kehadirannya bukan sekadar cat walk biasa. Bahkan sempat melepaskan bom tahi di tepi padang bolasepak berkenaan sebelum perlawanan bermula.

 Lega katanya, sambil melambai-lambai ekornya ke arah penonton di sana. Tanpa rasa bersalah setelah meninggalkan bau bacin !

Gambar setelah selesai projek









Segmen Pilihan Bijak Siswa: Burger bakar terbaik


Macam biasa bila sampai bab makanan, saya akan makan dengan gaya legend. Sopan seperti makan menu kegemaran, iaitu Lamb Kabsah.

 Kebiasaanya saya akan menikmati bau daging kambing terlebih dahulu sebelum menyuapnya ke dalam tekak haha.. Kesannya, tersangatlah nikmat !

 Aroma dan rasa bergabung dalam satu hidangan. Sungguh romantis. Apa sekalipun, syabas inspektor sab..

Tabik kat bro seksyen 7 Bandar Baru Bangi, burger bakar korang memang terbaik. Dagingnya yang dimasak moisture di dalam dan ranggup di luar.

 Pilihan bijak bagi siswa IPT di kawasan sekitar untuk berbelanja. Tadaaa~ itu sahajalah perkongsian Pilihan Bijak Siswa kali ini.




Kredit gambar: 3.bp.blogspot.com






May 28, 2013

Minuman Kesihatan: Terapi Barah

Monavie drink

 Tahukah anda penyakit seperti barah berpunca daripada faktor keturunan, kehidupan yang tertekan dan pemakanan yang tidak teratur. Gangguan ini menyebabkan sistem pertahanan
 badan anda menjadi lemah. Disamping itu, sel-sel pada badan anda juga mudah rosak.

Eat an Apple everyday, keeps the doctor away...

 Tahukah anda Monavie merupakan minuman tambahan berasaskan buah-buahan yang kaya dengan bahan anti-oksidan ? ia berfungsi membaiki sistem pertahanan badan dan menyegarkan kembali sel-sel pada badan anda. Cubalah sendiri produk kesihatan terkini, disamping mendapatkan nasihat pakar kesihatan.

 Hubungi segera, anda bakal menikmati
 Makanan Tambahan ini dengan harga yang rendah atau mungkin percuma. T&R


019 3044 241
En.Azrol












May 25, 2013

Misi membeli buku hari ini



Selesai sudah misi membeli buku hari ini. Cuaca di Festival Belia Putrajaya tidaklah terlalu panas. Sesuai untuk pejalan kaki. Apa yang menarik bagi saya adalah suasana sekelilingnya yang riuh rendah, bertenaga dan segar. Meeemang belia. Tak terasa sakit kaki walaupun berjam-jam di sana. Mungkin terlebih menjiwai semangat belia di sekeliling saya.

 Satu pengalaman yang menarik dapat memerhati gelagat pengunjung, sambil mengira jumlah pentas-pentas hiburan yang disediakan oleh pihak penganjur. Meeemang belia. Tak cukup dengan persembahan Kelab Penari Kebudayaan, Battle of the Band sehinggalah apa sahaja yang boleh meraikan majlis yang berlangsung. Binggit telinga. 

 Rata-rata khemah yang didirikan sepanjang 300 meter itu, akan dimulai dengan sebuah pentas dan juga berakhir dengan sebuah lagi pentas. Manakala, diantaranya pula ada tapak-tapak pameran. Kata mudahnya, 2 buah pentas untuk setiap khemah/pasar. Bayangkan jumlah pentas hiburannya, jika lebih daripada 5 buah khemah telah didirikan, tidak termasuk tapak pasar yang juga telah didirikan. Azan Masjid Besi dan Masjid Putra pun tengelam bunyinya. Itulah yang berlaku sewaktu Azan Asar semasa saya di sana.
 Meeemang belia. 

Sesuatu yang saya dapat sebelum pulang hari ini:
1. 2 buah buku terbitan PTS, Mustapha Kamal Atartuk & Hassan Al-Banna (RM49.95).
2. Belia = Hiburan (Secebis coretan pengalaman untuk dikongsi bersama).










May 11, 2013

Tak akan hilang Melayu di dunia


 Tak akan hilang Melayu di dunia. Percayalah. Hang Tuah juga yakin, akan soal tak akan cair identiti bangsanya ratusan tahun lalu. Bukan kerana dia tidak sensitif.

 Bahkan pelbagai usaha Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris telah lakukan untuk meragut Islam daripada Nusantara. Jika usaha ini menjadi, semestinya gelaran Melayu tidak terpakai lagi.

 Jika dilihat dari sudut kefahaman Melayu tanpa merujuk kepada Apa Itu Melayu berdasarkan perlembagaan, saya juga telah cair Melayunya. Saya berdarah keturunan India Penang, Bugis Klang, Cina Melaka dan Melayu. Namun saya turut melaungkan keadilan jika kaum saya diancam, kerana bagi saya kami seakidah. 

 Saya juga tidak mengkategorikan diri saya kepada apa-apa istillah intelektual untuk mengambarkan kecairan indentiti bangsa saya. Bagi saya, hilangnya Melayu di dunia kerana sikap 'akunisme' yang menebal dalam hati.

 Pendirian sebeginilah yang telah memecahkan umat hari ini. Masing-masing dengan pendirian masing-masing sehingga yang dahulu dikemudiankan. Sesuatu yang perlu difahami ramai orang ialah, sentiasa meletakkan nasionalisnya selepas agama yang suci. Saksikanlah kuasa kesepakatannya nanti.














May 9, 2013

Tips & example of gif


Sebahagian contoh kartun yang dihasilkan melalui format gif. Mudah dan ringkas.

May 7, 2013

Dua jawapan: Dari syabab yang tak habis sekolah lagi



1. Adakah isu sentimen perkauman merupakan salah satu cara meraih undi mejoriti orang Melayu ?

 Setelah meneliti Video Amanat Tunku Abdul Rahman, tidak salah jika saya beranggapan isu perkauman adalah startegi lama 'politik kotor'. Sentimen perkauman ditiupkan kembali bagi mencalar reputasi seseorang atau meraih undi mejoriti. Apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencetuskan isu perkauman pada tahun 1969, orang Melayu yang berkongsi perasaan kecewa terhadap bangsa Cina, beramai-ramai keluar untuk menuntut keadilan.

 Natijahnya, pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya berjaya mendapatkan undi mejoriti orang Melayu. Bagi saya, mana mungkin sesuatu yang cantik atau lebih sempurna, berasal daripada sesuatu yang hodoh.

 Memetik kata-kata seorang tokoh revolusioner Turki, Harun Yahya, yang telah ditiruvasi oleh saya. Monyet tetap monyet, tak mungkin menjadi nenek moyang manusia. Begitu juga, bumi yang cantik ini tidak terbentuk daripada kejadian yang kebiasaannya memberi impak yang hodoh, iaitu letupan.

 Hakikat sebenar disebalik khabar angin yang berbaur perkauman. Kaum Melayu sudah jauh ketinggalan daripada pemikiran politik yang matang. Jika ada orang Melayu yang mengatakan orang Cina salah, maka orang Melayu pun salah juga.





2. Adakah kaum Cina telah berpaling tadah ?

 Kaum Cina telah melakukan perubahan dalam hidup mereka. Daripada parti rasuah kepada yang lebih bersih. Kita bila lagi ?

 Maka Melayu juga perlu menyedari hakikat ini. Beralih kepada parti yang tidak mengamalkan rasuah. 

 Kalau tak mahu undi DAP kerana 'DAP Cina', undilah parti lain selain parti sedia ada (yang telah terlalu lama kotor). Mudah, lagi mudah kalau ramai yang memahami hasrat 'Melayu Bersatu Islam Berdaulat'-Isma.

 Selagi mana orang Islam masih jahil, parti-parti Islamik ini tidak akan menang. Rata-rata orang Melayu masih mudah dibeli dengan wang. Misalnya, sepanjang lima tahun pemerintahan berjalan, empat tahun mereka dimanipulasi, setahun kemudian setelah dibeli dengan bantuan yang tidak setimpal. Mereka dengan mudah boleh melupakan penipuan tersebut.

 Situasi ini jauh berbeza dengan kaum Cina, mereka lebih menjangkakan hasrat seseorang dan berdikari. Kemampuan mereka mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang lain, telah mengajar mereka erti kekuatan. Sekaligus membebaskan mereka daripada belenggu momokan berita masa depan yang tidak tentu kesahihannya.



Ihsan Youtube: