May 11, 2013

Tak akan hilang Melayu di dunia


 Tak akan hilang Melayu di dunia. Percayalah. Hang Tuah juga yakin, akan soal tak akan cair identiti bangsanya ratusan tahun lalu. Bukan kerana dia tidak sensitif.

 Bahkan pelbagai usaha Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris telah lakukan untuk meragut Islam daripada Nusantara. Jika usaha ini menjadi, semestinya gelaran Melayu tidak terpakai lagi.

 Jika dilihat dari sudut kefahaman Melayu tanpa merujuk kepada Apa Itu Melayu berdasarkan perlembagaan, saya juga telah cair Melayunya. Saya berdarah keturunan India Penang, Bugis Klang, Cina Melaka dan Melayu. Namun saya turut melaungkan keadilan jika kaum saya diancam, kerana bagi saya kami seakidah. 

 Saya juga tidak mengkategorikan diri saya kepada apa-apa istillah intelektual untuk mengambarkan kecairan indentiti bangsa saya. Bagi saya, hilangnya Melayu di dunia kerana sikap 'akunisme' yang menebal dalam hati.

 Pendirian sebeginilah yang telah memecahkan umat hari ini. Masing-masing dengan pendirian masing-masing sehingga yang dahulu dikemudiankan. Sesuatu yang perlu difahami ramai orang ialah, sentiasa meletakkan nasionalisnya selepas agama yang suci. Saksikanlah kuasa kesepakatannya nanti.














2 comments:

Anonymous said...

amboi farid khan bnyak kacukan kome, anda yakin dgn kwujudan Hang Tuah? Hang Tuah tu pseudohistory. Melayu mmg takkan pernah hilang jd tdk perlu khuatir. - (Cik Lenie, 2013)

ridoma said...

Sudah semestinya, dia bukan lagenda tetapi sekadar mitos. Namun kewujudannya dalam cerita alam melayu sudah cukup untuk menggagalkan sebahagian usaha penjajah ke atas rakyat melaka.

Jika di Sepanyol, umat Islam habis dihalau dan dikristiankannya. Tetapi apa yang menarik di Melaka selama 4 ratus tahun dijajah, keIslaman rakyat Melaka gagal ditukar oleh mereka.

Pengunaaan ayat yang dipetik oleh HT hanyalah sekadar satu cara untuk menarik pembaca. Adalah lebih mudah difahami kita apabila apa yang dibacanya itu, dia benar2 mengetahui.

Misalnya apakah perasaan dan respon kita terhadap sesuatu, seandainya ia sekadar lalu di mata tetapi tidak terdetik di hati. Maka sesuatu yang paling dekat dengan masyarakat perlu digunakan sebagai contoh untuk mudah faham. Wallahualam.