Dec 13, 2016

OPTOM & Syarikat Air Melaka Berhad, SAMB bantu adik Norsahira


Usaha murni membantu adik Norsahira, 17 tahun yang hilang upaya untuk melihat selama bertahun-tahun. Tidak terhenti di sini sahaja. Dihimpit kemiskinan, hidup dalam keluarga serba kekurangan, menjadikan semangatnya meneruskan hidup mesti dicontohi.


Kembali kepada kisah awal bagaimana adik Norsahira terpaksa bergelut dalam keadaan begitu sukar membuatkan jirannya rasa terpanggil untuk membantu, Hjh. Rokiyah Binti Ismail tampil menjemput pakar penglihatan, Optom. Boutique untuk menyelesaikan masalah.

Malangnya penglihatan adik Norsahira sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kembali kepada prosedur asas Optometri, kami hadiahkan sebatang tongkat lipat kerana percaya alat bantu orang buta seperti ini sahaja yang mampu meringankan beban hidupnya buat sementara waktu.

"Selama ini Norsahira tidak mempunyai sebarang tongkat untuk membantunya meneruskan aktiviti di rumah walaupun dia pernah mempelajari asas menggunakannya sewaktu di sekolah khas dahulu.", ujar neneknya.

Pada 23 November baru-baru ini, terpapar di dada akhbar 'Buta Mata, Celik Hati'. Sekali lagi usaha murni membantu beliau diteruskan, kali ini oleh Syarikat Air Melaka Berhad, SAMB.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Agar usaha murni membantu insan yang cacat atau masalah penglihatan ini terus terbela.




No comments: