Andai hari ini sukar bagimu,
pasti ada kesenangan sesudah itu.
pasti ada kesenangan sesudah itu.
Kisah semasa di tingkatan tiga semuanya manis. Hanya sekolah, pusat tusyen dan padang ragbi yang ingin dituju setiap hari. PMR bukanlah sesuatu yang memberatkan kepala. Apa yang terlakar di minda, hanyalah keterujaan tahap ekstrim untuk mempelajari teknik-teknik baru dalam permainan ragbi dan kejohanan yang bakal berlansung.
Namun rutin sebelum ke padang ragbi pada sebelah petang, saya akan meluangkan masa sekurang-kurangnya empat jam menjawab soalan latih tubi PMR yang telah disediakan oleh Great Teacher Faisal, GTF gila-gila gamaknya. GTF merupakan bekas pelajar MRSM, jadi caranya mencorak saya agak sedikit berbeza berbanding pusat tusyen lain.
Tekniknya, saya diberi sebuah meja jepun dan kebebasan bersama rakan-rakan untuk lepak di rumah sewa yang diubah menjadi pusat tusyen dan wajib menyiapkan set soalan PMR sampai lebam mengikut masa yang telah ditetapkan. Jikalau tidak, cikgu tidak akan membawa kami pergi berjalan-jalan atau belanja makan roti canai bersama air suam.
Tidak mengapa, asalkan GTF masih menghormati waktu saya beriadah di padang ragbi bersama rakan-rakan tersayang. Hakikatnya, mak dan ayah pula tidak pernah merestui saya bermain ragbi, katanya permainan ini bahaya.
" Kalau nak patah-patah tulang, mainlah ragbi ! ". Sebaiknya kita diam, dan jangan menjawab.
Cita-cita disimpan sendiri,
cita-cita buat dikongsi,
cita-cita menawan hati,
cita-cita membantu kami.
Syukur walaupun begitu kata-kata mereka, jauh di sudut sanubari mereka amat mempercayai saya selaku anak yang tersangat baik ini. Jarang sekali mereka mengintai beg galas saya setiap kali ke pusat tusyen.
Kepercayaan yang mereka berikan jangan sekali-kali di sia-siakan. Kebiasaannya sebelum ke pusat tusyen, saya akan mengisi kekosongan beg dengan sebatang pen, sebuah kitab latih tubi, sepasang stokin, but dan sebiji bola ragbi. Terasa hidup ini sungguh bermakna setiap hari ke sekolah tanpa sebarang masalah.
Sampai ke satu tahap, rutin mengayuh basikal sejauh dua puluh kilometer pergi balik dari rumah, pusat tusyen dan sekolah sudah menjadi ala bisa, tegal biasa bagi saya. Syoknya mengayuh basikal menikmati keindahan alam sambil deruan angin menampar-nampar pipi yang comel ini. Tersenyum lebar senang hati.
PMR ? cukuplah sekadar tanggungjawab di pusat tusyen dilaksanakan. Minta maaf banyak-banyak, usah difikirkan lagi di atas padang.
Namun kebahagian selaku pelajar tingkatan tiga yang hot merangkap pemain ragbi sejati sekolah tidak berpanjangan. Segalanya bermula sewaktu saya sedang seronok berlatih bersama rakan-rakan tersayang.
Tiba-tiba bahu yang bersambung dengan dada sasa dan bidang ini tergelincir daripada tempatnya, DISLOCATED! akibat berlaga dalam latihan.
Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa peritnya kesakitan ditanggung. Apa yang boleh saya katakan 'TOBAT TAK NAK MAIN LAGI'.
Apakan daya, jangan harap setitis air mata ini akan membasahi pipi. Selaku lelaki sejati, sungguh tidak macho sekiranya kejadian-kejadian menjerit atau menangis berpunca daripada saya.
Situasi berjaya dikawal dengan baik sekali. Bermuka selamba sambil mengendong sebelah tangan, berjalan ke luar padang. Inilah hari yang paling malang, terpaksa mengayuh basikal ke rumah sambil sebelah tangan lagi tidak bermaya. Sakit.
Kisah cedera yang kononnya ingin dirahsiakan daripada pengetahuan mak dan ayah, akhirnya terbongkar jua. Kakak yang diharapkan membawa ke klinik tidak berjaya mengawal mulut becoknya lalu membocorkan rahsia kepada mak.
Saya berjaya di lecture sepuas-puasnya walaupun belum sempat menjejakkan kaki ke kampus, terasa dunia seperti ada mak dan ayah sahaja. Tiada lagi bunyi cengkerik dikala sunyi.
Bebel tanpa henti mewarnai suasana di sekitar anak telingga saya. Dalam keadaan begini, jiwa perlu kental menghadapi situasi.
Alhamdulillah, walaubagaimanapun kecederaan yang di alami sempat sembuh sebelum tarikh PMR bermula. Kisah ragbi tidak terhenti di situ sahaja, ragbi dan jiwa ini tersimpul mati. Kesan motivasinya yang tinggi dan sering menerapkan fokus sewaktu di atas padang telah memberikan kelebihan mengatasi gemuruh jiwa dalam dewan peperiksaan.
Kurniakan ku kesenangan
sesudah ku berusaha.
Teknik berani ini diaplikasi sepenuhnya, seolah-olah sedang menghadapi pihak lawan sewaktu di atas padang. Peka dengan soalan PMR, samalah seperti peka dengan keadaan dalam kejohanan.
Jika pihak lawan menyerang, jangan sesekali terlepas pandang. Gerak harus teliti, maranya segera disekat. Pastikan pihak lawan di tackle bersih, sehingga tercampak keluar dari padang. Barulah macho.
Begitulah pengalaman sewaktu kali pertama beraksi untuk Kejohanan Majlis Sukan-Sukan Daerah. Penonton di luar padang rata-rata terhibur sambil menepuk tangan melihat aksi tersebut. Itulah pingat pertama yang berjaya diraih dalam Kejohanan Ragbi ketegori tujuh sebelah.
Berbalik kepada kisah peperiksaan, pengalaman beraksi dalam Kejohanan Ragbi telah mengajar saya cara mengatasi gemuruh. Terutamanya sewaktu pertama kali mendapat set soalan PMR di dalam dewan peperiksaan.
Apabila gemuruh hilang, bermulalah keyakinan yang tiada tolok bandingnya. Mata pena ditekan erat di atas helaian kertas dengan penuh semangat berkobar-kobar. Mengisi kekosongan di atas hamparan kertas putih yang tidak sedikit pun mengenal erti simpati buat calon PMR yang tidak mampu menjawab.
Kapasiti teori amatlah penting, terutamanya sebelum memulakan latih tubi dan sebelum mengambil kira masa terpantas bagi setiap soalan yang dijawab. Saya amat berterima kasih kepada GTF kerana berkat kemahiran yang dibekalkan olehnya, saya berjaya menyiapkan setiap soalan dengan cepat sambil bersila panggung.
Masa selebihnya digunakan untuk menyemak kembali sepuas-puasnya sebelum kertas dikutip pengawas peperiksaan. Keputusannya ? terbaik seperti semangat permainan ragbi yang berkualiti tinggi, HD.
Ping Blog
10 comments:
Hmmm..menarik ..love it <3 :)
aplikasi ragbi dlm pmr...haha...blajar ikut teknik yg betol...InsyaAllah..
dah lama tinggal zaman PMR :p
Farisha: TK =)
Fendy: Betul tu, sukan pemangkin akedemik seseorang jika kena pada gayanya.. =)
Dkna Abza: Oyeke..saya tak sampai 15 tahun lagi meninggalkan pengalaman manis PMR.. =)
* Semoga kisah benar ini, dapat menjadi sumber inspirasi kepada adik-adik pada masa akan datang walaupun PMR mungkin sudah tiada lagi. Usah biarkan diri diselubungi dilema.
wah!! mcm2 citer PMR ye bro. hebatlsh,pemain ragbi!!
salam,
nak cerita dia tough le tu huhu^^
KLIK bertuturlah dalam BM, PM beritahu masyarakat Cina
serius da lame x layan rugbi.. last layan mase piala dunia lepas... hee
Rozuan Ismail: ish hebat tu idak le. Namun adalah sesuatu yang boleh menjadi rujukan peribadi sekiranya semangat tiba2 down semasa study di university ni..
Bila terkenang, rasa bersemangat kembali. Keyakinan kepada diri sendiri pun meningkat, berbekalkan pengalaman, kebolehan dan pencapaian sebelum ini.
New hope: Ish tough tu dulu.Lumrah bagi sesiapa sahaja yang pernah bersukan, kemudian apabila dia stop atau jarang bermain, rupabentuk badannya akan sedikit bertambah chomel =)
Bulan Syurga Firdausi: Oyeke.. ni mesti tau mcm2 pasal rubgy, paling tidak pun sikit pasal rugby.
Kebiasaanya orang kita tak suka tengok game rugby sebab boring, tak paham dengan rulesnya.
ada award buat kamu silahkan diambil...
http://whatevercoool.blogspot.com/2012/10/first-award-dari-kak-raradanessa.html
rizki: terima kasih ya =)
Post a Comment