Jan 1, 2011

happy new year ! ( Semoga mendapat kab-ba-ro-ka-alip-T-A-N ! )

 Sudah baca doa tahun baru ? bukan apa.. bacalah semoga korang mendapat kab-ba-ro-ka-alip-T-A-N ! ( teringat zaman sekolah dulu-dulu. Nak cepat eja punya pasal sampai tercampur huruf haha..)

 Sekejap, aku hendak ucapkan Sa-lam-alip-mim-alip-ta Ta-alip-ha-wau-nun Ba-alip-ro-wau ( selamat tahun baru ).

Warna warni !
Sambutan tahun baru menghiasi angkasa.. ramai yang keluar, tidak saggup melepaskan saat ini. Terutamanya yang mahu bersukaria.


 Tahun 2010 sudah berlalu, bermacam telah aku lalu, mahu tidak mahu semua sudah berlalu, peristiwa mak bertarung nyawa yang paling menyentuh hati aku, bulan febuari mak ke icu, akibat komplikasi dalaman, bulan disember mak masuk lagi, kali ini kerana jangkitan TB di paru-paru.

 Abah pun gembira juga... baru siang tadi projek wiring yang dia lakukan dua bulan lalu, dibayar. Kesiankan ? apa sekalipun, inilah adat oranng bekerja sendiri ( tapi abah da lama da pencen..saje isi masa lapang wiring rumah orang).




 Memang-lah ramai yang keluar, tetapi aku tidak. Sewaktu letupan meriah bunga api mewarnai angkasa, aku hanya mendengar bunyinya sahaja. Aku malas. Malas. Malas nak ke mana-mana. Adalah lebih baik aku mengisi kelapangan ini dengan menulis entri baru !

 Aku pula ? aku gembira apabila doa-doa aku di Masjidil Haram semakin tercapai. Alhamdulillah, syukur !

7 comments:

زركشي خليلي said...

cara kita...hahah

ridoma said...

hehe tu ayat haji bustamam ! ( imam masjid al islah kajang, merangkap bekas cikgu add math )alhamdulillah..

Anonymous said...

Happy New Year 2 all ridoma readers... Bagus juga malam new year tak kuar jalan jem teruk... Cian smlm saper yang kuar...

zirconia said...

alhamdulillah, semoga sentiasa dilindungi rahmatNya.

LiYAnA sYAmiMy ♥ said...

aku lak langsung wat dono dgn bunyi bunga api..

mak ckp "mimy, meh sini.. tgk bunga api"
aku jwb.. "malas ar... tiap2 kali ade bunga api kat klcc.. mimy dpt tgk..Nmpak dr hostel".. haha
budak yg paling jakun dgn bunga api un dh bosan...

ko wat entry.. aku layan fb... ni ar budak2 zaman skunk.. xde semangat keHAPPY NEW YEARan.. he3

ridoma said...

liyana: aku layan maal hijrah je..xmen r new year beb ! haha

LiYAnA sYAmiMy ♥ said...

alhamdulillah.. (insafla pulak diri ini).. haha