Jan 5, 2011

Sandiwara Z (5)

4 Januari 2011

 Z masih kental memberanikan diri memburu cita-cita nafsu serakahnya. Meneruskan penipuan terhadap isteri-nya yang sah dan mangsa-nya. Hampir setiap malam Z meluangkan masa dengan mangsanya. Kemudian pulang ke rumah si isteri untuk tidur setiap hari. Ironinya, si isteri dan mangsa masih mempercayai kata-katanya bulat-bulat.

 Kes Z saling tidak tumpah seperti kes ayah Pin. Berjaya menipu manusia yang lebih tinggi tahap pendidikan daripadanya. Cuma beza-nya, Z tidak memesongkan pegangan  agama orang lain. Sebaliknya, Z mengikis duit demi keperluan sendiri sepuas-puasnya.



 Selain itu, jika dilihat dari segi paras rupa fizikal, Z tidak-lah sekacak mana. Kepalanya botak depan sehingga menampakkan dahi yang luas dan berkerut. Kulitnya pula gelap, dan berbadan kurus rincing seperti penagih dadah. Poket Z ? Sesen pun dia tidak ada wang !


 Menurut seorang ustaz di Pusat Perubatan Islam, Z memperdayakan mangsanya melalui dua cara. Pertama melalui makanan. Sumber makanan kotor yang telah dijampi kemudiannya di masukkan ke dalam makanan mangsanya. Mangsa yang termakannya bakal menurut apa sahaja permintaan Z. Kedua, melalui ayat-ayat cinta yang ditabur Z. Usahanya berhasil, memperdaya minda si mangsa melalui jalan hati yang jahil.

 Mangsa yang terpedaya dengan janji-janji manisnya akan mengalami kekeliruan tahap kronik sehingga tidak dapat membuat keputusan sendiri. Mangsa menjadi keliru akibat di perbodohkan oleh Z dalam tempoh yang agak lama.


 Hari ini, tiga minggu sudah pembongkaran kes Z berlalu. Ustaz Hussin memberitahu, bahawasanya kes Z telah diserahkan kepada pihak pendakwaan. Seterusnya pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Wilayah akan mengajukan kes Z ke pengetahuan SPRM untuk dikenakan tindakan atas tuduhan rasuahnya.

6 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

menarik sandiwara nih!

ridoma said...

mula2, terima kasih coz sudi menjadi komen pertama kes sandiwara Z ni. Penat kot melayan si Z ni, kaki pusing !..hehe abang nak tanya sikit leh? apa rahsia dpt ank kembar?

Kelab Kembar Malaysia said...

Takde rahsia apa. Kuasa Allah beri rezeki lebih pada kami!

Anonymous said...

Ya Allah teruk betoi ler perangai si Z nie... Compem saper yg tertipu tur menyumpah dia berbakul-bakul.

misSbLurRy said...

bukan berbakul2 lg dah...skali dgn doyan pun kene baling silap2

ridoma said...

kulit deroyan xpe, tp jgn isi dorayan..huhu sedap tu..