Jul 17, 2011

Minggu Kelapan

Ascaris lumbricoides egg.

 Minggu ini kami di jabatan Parasitologi, Kampus Kuala Lumpur UKM. Sebut sahaja Parasitologi, pasti korang akan teringat Protozoa, Helminth dan Anthropod. Di permulaan hari lagi kami telah dihidangkan dengan teknik Direct smear, iaitu sejenis teknik yang melibatkan tinja (najis) sebagai objek yang bakal diteliti kandungannya dibawah mikroskop.


Sesi pembelajaran dalam makmal.



 Mahu tidak mahu setiap pelajar wajib melakukannya sendiri. Rata-rata kelihatan loya, bukan kerana tidak pernah melakukannya tetapi kerana sudah lama tidak bermain dengan teknik ini. Seinggat aku, kali terakhir kami bermain dengan teknik ini ialah ketika di tahun satu. Perkara pertama yang perlu kami lakukan ialah, mencari telur cacing (Ascaris lumbricoidesTrichuris trichiuria dan Hookworm spp.) 


 Hookworm spp. egg.

Trichuris trichiuria egg.


Antara pelajar-pelajar yang menghadiri kursus ini selama dua minggu.

Ascaris lumbricoides male & female (adult stage).

 Eiii.... mesti korang tidak percaya cacing ini akan ada dalam badan korangkan ? korang boleh bertanya pada ibu bapa korang atau orang-orang tua yang pernah mengalami pengalaman ini sewaktu zaman mereka kecil-kecil dahulu. So jagalah kebersihan diri selalu...

No comments: