Jun 5, 2011

Asam Pedas Melaka

 Sekali-sekala pulang ke kampung tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke restoran masakan asam pedas. Kebetulan semalam ada kaum kerabat yang menjemput ke kenduri kahwin di Melaka, kesempatan yang ada aku gunakan sebaiknya untuk merasa masakan yang kaya dengan aroma teristimewa ini.


 Dari jauh lagi kelihatan ramai pengunjung sedang enak menjamu selera. Bak kata orang, musim cuti sekolah ini ke mana pergi sekalipun tetap ramai orang. Rugi jalan-jalan time macam ini ! 

 Aku tidak ambil pusing semua itu kerana ada perkara yang lebih mustahak lagi. Restoran kegemaranku. Sudah semestinya aku punyai restoran pilihanku sendiri setiap kali singgah ke Pasar borong, Melaka.

Mengapa ? ehem mestilah sebab sedap, kalau tidak sedap aku tidak ke situ berkali-kali !

 Kebiasaanya aku pasti akan ke restoran Hj. Hamzah. Air tangannya memang yang terbaik, sekali rasa pasti nak lagi. Namun apakan daya, semalam restorannya tutup. Kecewa aku dibuatnya..


 Khabarnya beliau cuti bersempena majlis perkahwinan anaknya. Luhur hatiku dikala tekak ini hanya mampu disuapkan asam pedas orang lain. Adakah ini yang dikatakan adil ? tidak.. tidak.. huhu sampai hati kau menyeksa jiwaku

2 comments:

Fujiwara said...

asam pedas melaka yang beza nya ada letak daun limau kan :DD

adiba ramli said...

oohhh..rindu asam pedas melaka ek?..meh sini datg rumah..always asam pedas jeee..tapi tak kan pernah bosan..hehe :)