Mar 18, 2012

Mat Komando

Sebahagian daripada resepi saya yang dalam pembikinan.

 Mat Komando ? Masak apa saja, asalkan kenyang.

 Semasa saya di asrama dulu, saya di antara budak-budak yang makan maggi dalam selimut. Normal bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama.

 Motif ? Semestinya demi privacy semasa makan. Selamatkan maggi daripada budak-budak yang suka mengambil kesempatan atas makanan orang lain.

 Melampaulah kalau saya cakap hari-hari begini gayanya. Jarang juga saya makan dalam selimut, kecuali kelaparan saya di tahap gaban. Apa kejadahnya makan sorok-sorokkan ?

Lakonan semula.

 Kadang-kala, saya makan juga di khalayak ramai. Saya beri sesiapa sahaja yang minta sedikit  daripada saya.

 Namun ianya bergantung pada mood saya sepenuhnya. Apabila kenakalan saya sudah mencapai tahap cipan, saya dengan tersengajanya buat-buat terbatuk pada maggi tersebut.


 Cara ini pasti dapat menyelamatkan maggi saya. Tiada seorang pun berani minta selepas itu. Normal.

 Resepi paling special saya pada masa itu, masak maggi dalam bekas Tipuware yang direndam dalam air panas. Suhunya mestilah mencecah 100 celcius, jika kurang daripada itu maka tidak menjadi. Sebabnya tidak sama dengan resepi ala komando saya.

 Seulas bawang putih yang ditumbuk dengan penumbuk saya sendiri, kemudian dicampakkan juga ke dalam maggi yang sedang menggelegak. Inilah secret ingredient saya. Masha Allah sedddap tidak terkata !

 Kemudian, semasa saya bergelar pelajar universiti di perantauan, saya sudah tidak makan maggi lagi. Mesti kena masak makanan yang berkhasiat. Mustahil hari-hari saya mampu makan di luar kan ?

 Saya tidak menafikan lebih senang membeli lauk siap masak di warung Pak Mat daripada masak sendiri di dapur. Masalahnya, poket saya tidak selalu tebal.

 Lebih-lebih lagi saya yang terpaksa tinggal di luar kampus. Sewa rumah lagi, dan minyak kereta VW semput saya lagi.

 Pengalaman pertama saya masak, ialah sup ayam dan tomyam. Kedua-duanya saya masak pakai rice cooker. Nasib baik ada talipon yang dibimbit, senang saya masak dengan arahan chef, iaitu mak saya sendiri. 

 Kini saya sudah tidak sekomando dulu, sebab mak saya selalu masak sedap-sedap untuk saya di rumah. Bila sudah tidak sekomando dulu.. cubalah anda bayangkan apa jadi pada kalori yang bertandang dalam badan saya saban hari ? Haha.. salam =)

Belajar memasak dengan saya.

4 comments:

IS.amirah said...

haha..maggi mmg x leh pisah ngn org duduk asrama..

ridoma said...

btl tu..ringkas, cepat & mengeyangkan

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy pun sangat suka makan meggi walupun sy tahu ia kurang elok untuk kesihatan..huhu..

masak sendiri mmg lagi jimat, dlu masa zmn study dduk kat umah sewa pun sy dgn kwn2 masak sbb nk jimat..ehehe..

ridoma said...

terbang bersamaku: Betul tu, jimat lau makan berdua atau lebih dari berdua.

Berbanding masak hanya utk makan seorang sahaja, kerana kosnya hampir sama macam beli lauk di luar juga.