Mar 15, 2015

Apa itu Cahaya? Buku cerita illustrasi kanak-kanak pilihan Malaysia


"Di mana Sains berakhir, 
        di situlah kudrat Allah bermula.."

buku illustrasi kanak-kanak , buku illustrasi pilihan kanak-kanak Malaysia , buku illustrasi sains kanak-kanak , buku illustrasi kanak-kanak apa itu cahaya? , buku cerita illustrasi kanak-kanak 2015 , buku kanak-kanak 2015 , Children book 2015 , Illustration science book for children , Karangkraft Malaysia children book , buku prima karangkraft , prima karangkraft , Prima karangkraft book for children , #optometrymalaysiachildrenbook , #vissionscienceforchildrenbook , #primakarangkraft , #MOA , #penglihatanmata , #bukuillustrasikanak-kanak , #bukukanak-kanakterbaikmalaysia

Sinopsis| SIRI MATA PELANGI

Jalan cerita berkisarkan cahaya dan mata disampaikan secara santai dan bersahaja bertepatan dengan jiwa kanak-kanak. Permulaan kisah dimulakan dengan petikan daripada ayat Al-Quran yang bersesuaian. Info-info sains berkaitan cahaya diselitkan dalam penceritaan dengan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami.

 Watak utama iaitu Zara digambarkan sebagai seorang kanak-kanak riang yang gemar bertanya tentang sesuatu kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Fakta berkaitan cahaya disampaikan melalui perbualan antara Zara dan bapanya seperti pergerakan cahaya secara lurus dan kelajuan cahaya berbanding kelajuan bunyi.

 Selain itu, fakta berkaitan cahaya seperti boleh dipantulkan oleh permukaan cermin dan permukaan bulan juga dibincangkan secara dalam perbualan. Buku ini juga menerangkan secara ringkas dan padat tentang sifat lain cahaya seperti pembiasan cahaya yang menyebabkan air di kolam renang kelihatan cetek dan pembentukan bayang-bayang. 






3 comments:

Anonymous said...

Macam mana nak beli...

fredomar said...

Boleh terus hubungi buku Prima Karangkraft Malaysia.

ummul azkee said...

tuan penulis buku ni ya..