1. Alhamdulillah ke atas limpah rahmat Allah SWT, kerana dengan izin Nya lahirlah novel sulung yang berjudul MEGA, LOLI & CHOKI. Pada mulanya, menulis sekadar hobi selepas tamat zaman persekolahan, manakala segala yang tercoret hanyalah untuk koleksi peribadi.
2. Sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan telah menasihati agar koleksi coretan lama itu dijadikan novel kerana dia merasakan koleksi tersebut mengandungi nilai yang tinggi.
3. Kerap kali dia memberitahu, kanak-kanak yang ingin berjinak-jinak dengan bahan bacaan zaman awal remaja kini sukar untuk mendapatkan peluang membaca bahan yang sesuai.
4. Rata-rata mereka pada peringkat umur sedemikian sudah berubah selera. Daripada buku cerita ke novel yang lebih memuaskan minda. Masalahnya, jikalau ada novel untuk dibaca oleh mereka sekalipun, pilihanya adalah terhad.
5. Bahan bacaan mereka daripada luar negara, tidak memberi sebarang masalah. Bahkan bagus untuk perkembangan minda. Namun tidak semua adik-adik gemarkannya, sedikit sebanyak mereka mungkin akan terkesan dengan perbezaan latar belakang budaya ceritanya. Sekaligus gagal untuk menarik minat membaca mereka.
6. Selain itu, kekurangan pilihan juga memaksa mereka untuk memilih novel kategori dewasa. Perubahan fasa yang tidak teratur, apatah lagi melangkaui umur yang sebenar bakal mendedahkan mereka kepada kejutan budaya. Kelangsungan pemasalahan ini secara berterusan boleh merencatkan kreativiti mereka yang sebenar.
7. Fitrah mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, memungkin mereka tersalah anggap erti romantis atau agresif. Unsur-unsur yang enak di mata pembaca dewasa, barangkali tidak sesuai di mata kanak-kanak.
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Surah Al-Kahfi, ayat 13.
8. Berdasarkan ayat di atas, menurut keadaan manusia turun temurun anak-anak muda lebih mudah menerima kebenaran berbanding dengan orang tua-tua yang telah tenggelam dalam kesesatan.
9. Berketepatan dengan masalah yang dihadapi umah pada ketika ini, saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu sesuai dibaca oleh mereka yang mula gemar membaca novel.
Apa kata mereka ?
Buku ini sangat bagus.
Alia Ameera. 11 tahun, murid sekolah rendah.
Kekuatan novel ini terletak pada jalan ceritanya yang menyeronokkan.
Khairunnisaq Tahir. 21 tahun, pelajar IPTA.
Karya yang cukup luar biasa sehingga berjaya mengheret pembaca ke noktah terakhir.
Nur. 21 tahun, pelajar IPTA.
Sebagai pembaca, saya seolah-olah turut merasai getaran jiwa Mega sebagai seorang yang cintakan haiwan dan banyak contoh teladan baik dalam diri Mega dan keluarganya yang boleh dicontohi.
Fatimah Mahira Abu Hassan Ashari. 21, pelajar IPTA.
Tahniah kepada penulis, saya sudah dapatkan buku tersebut untuk bacaan anak-anak, Bahasanya mudah difahami, jalan cerita menarik serta mempunyai pengisian dan nilai murni. Recommended!!!
Anuar. 34, Bapa mithali.
Pautan:
10 comments:
as-salam..
menarik.. sesuai utk bacaan kanak2 semasa cuti sekolah.. hehehe..
yeah..ayuh baca saudara deen azmee.
wow
kalau bebudak umo 23 tahun nak join baca jugak boleh tak??
Mohamad ikhram ishak, 23, bakal guru
Ikram: Silakan, tak jadi masalah pon saudara Ikram,bakal guru hehe..
Kebiasanya kalau tak kita bace dulu, kita bg adik2, anak buah or anak bace =)
ni la buku Islamik kanak2 yg diuar2kan..menarik2...
Salam.. Ko yg tulis?..
fendy: terima kasih saudara =)
ella n alia: wasalam saudari ella n alia, ya sy yg tulis =)
wahhh, tahniah! nampak menarik buku ni :)
nabila faryzza: terima kasih di atas pujian saudari. Bacalah kerana ia memang menarik =)
Post a Comment