Dec 22, 2011

Fariduddin El Islam: Mega,Loli & Choki


1. Alhamdulillah ke atas limpah rahmat Allah SWT, kerana dengan izin Nya lahirlah novel sulung yang berjudul MEGA, LOLI & CHOKI. Pada mulanya, menulis sekadar hobi selepas tamat zaman persekolahan, manakala segala yang tercoret hanyalah untuk koleksi peribadi.

2. Sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan telah menasihati agar koleksi coretan lama itu dijadikan novel kerana dia merasakan koleksi tersebut mengandungi nilai yang tinggi.

3. Kerap kali dia memberitahu, kanak-kanak yang ingin berjinak-jinak dengan bahan bacaan zaman awal remaja kini sukar untuk mendapatkan peluang membaca bahan yang sesuai. 

4. Rata-rata mereka pada peringkat umur sedemikian sudah berubah selera. Daripada buku cerita ke novel yang lebih memuaskan minda. Masalahnya, jikalau ada novel untuk dibaca oleh mereka sekalipun, pilihanya adalah terhad.

5. Bahan bacaan mereka daripada luar negara, tidak memberi sebarang masalah. Bahkan bagus untuk perkembangan minda. Namun tidak semua adik-adik gemarkannya, sedikit sebanyak mereka mungkin akan terkesan dengan perbezaan latar belakang budaya ceritanya. Sekaligus gagal untuk menarik minat membaca mereka. 

6. Selain itu, kekurangan pilihan juga memaksa mereka untuk memilih novel kategori dewasa. Perubahan fasa yang tidak teratur, apatah lagi melangkaui umur yang sebenar bakal mendedahkan mereka kepada kejutan budaya. Kelangsungan pemasalahan ini secara berterusan boleh merencatkan kreativiti mereka yang sebenar.

7. Fitrah mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, memungkin mereka tersalah anggap erti romantis atau agresif. Unsur-unsur yang enak di mata pembaca dewasa, barangkali tidak sesuai di mata kanak-kanak.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Surah Al-Kahfi, ayat 13.

8. Berdasarkan ayat di atas, menurut keadaan manusia turun temurun anak-anak muda lebih mudah menerima kebenaran berbanding dengan orang tua-tua yang telah tenggelam dalam kesesatan.

9. Berketepatan dengan masalah yang dihadapi umah pada ketika ini, saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu sesuai dibaca oleh mereka yang mula gemar membaca novel.


Apa kata mereka ?

Buku ini sangat bagus.
  Alia Ameera. 11 tahun, murid sekolah rendah.

Kekuatan novel ini terletak pada jalan ceritanya yang menyeronokkan.
Khairunnisaq Tahir. 21 tahun, pelajar IPTA.

Karya yang cukup luar biasa sehingga berjaya mengheret pembaca ke noktah terakhir.
Nur. 21 tahun, pelajar IPTA.

Sebagai pembaca, saya seolah-olah turut merasai getaran jiwa Mega sebagai seorang yang cintakan haiwan dan banyak contoh teladan baik dalam diri Mega dan keluarganya yang boleh dicontohi.
Fatimah Mahira Abu Hassan Ashari. 21, pelajar IPTA.

Tahniah kepada penulis, saya sudah dapatkan buku tersebut untuk bacaan anak-anak, Bahasanya mudah difahami, jalan cerita menarik serta mempunyai pengisian dan nilai murni. Recommended!!!
Anuar. 34, Bapa mithali.

Pautan:

Dec 16, 2011

ridoma SC: KIAMAT 2012. Kebenaran atau helah semata-mata ?

Filem kiamat 2012, agenda barat.

 Dulu, kini tetapi tidak selamanya. Setelah berabad lamanya geng the hidden hand berusaha, kini kemuncaknya sudah hampir tiba seperti yang dirancang. Kiamat 2012. Namun sebelum umat Islam mempercayainya bulat-bulat, ayuh kembali kepada kitab suci Al-Quran. Adapun kiamat itu termasuk dalam perkara ghaib, maka hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Bukan manusia. Jadi apakah motif kiamat 2012 dirancang ? 

Gambaran berlakunya pelangaran di antara planet lain dengan bumi.

 Kiamat 2012 dikatakan telah dikira dan dijangka kedatangan tarikhnya semenjak kewujudan kaum Maya lagi. Geng the hidden hand percaya kaum Maya merupakan kaum yang hebat dari segi pengiraan matematiknya. Mereka mempunyai sistem pengiraan yang jauh lebih maju daripada sangkaan manusia moden.

Kalendar kaum Maya yang menunjukan berakhir di tahun yang setelah dijangka berlakunya kiamat.

 Misalnya, kaedah pengiraan kaum Maya yang bermula dengan angka satu dan kemudian terus lompat ke angka dua puluh sehinggalah seterusnya. Berbekalkan kelebihan yang sedikit di sisi Allah SWT ini, mereka telah mencipta kalender yang jauh ke terkehadapan sehingga mampu meneka kiamat yang bakal berlaku beribu tahun daripada tahun mereka pada ketika itu. Teori ini kemudiannya diagung-agungkan para intelektual the hidden hand barat seperti ahli Astronomi dan Jurutera atas alasan tertentu. Kini dunia sedia untuk dimanipulasi. New world order begin.

 Andai kata kita tidak bersedia, maka berita ini mungkin menggemparkan. Apa yang pasti, pada saat itu manusia akan tertanya-tanya dan keliru sama sekali. Sains atau agama. Lumrah manusia memilih yang logik kerana relevan dengan peredaran zaman.


 Natijahnya, dua golongan manusia bakal terbentuk pada ketika itu. Pertama golongan yang tunduk di bawah telunjuk mereka, kedua golongan yang masih berpaksi pada ajaran Islam yang benar. Mereka yang tunduk atas dasar logik Sains misalnya teknologi angkasa lepas (yang telah direka-reka oleh geng the hidden hand), akan berada dalam kesesatan. Manakala mereka yang berpaksi 100% pada ajaran Islam pula akan selamat.

 Di sinilah terletaknya matlamat konspirasi mereka sekiranya kiamat sebenar (seperti yang diketahui umum) tidak berlaku, sebaliknya ' Kiamatkan Akidah Manusia ' secara besar-besaran pula yang berlaku. Tatkala ketaksuban menguasai diri manusia terhadap ramalan geng the hidden hand, mereka kemudiannya mengambil kesempatan memesongkan manusia tanpa sedar. Pada ketika itu, bermacam teori tokoh-tokoh sains geng the hidden hand diketengahkan, demi menguatkan lagi hujah mereka.

Mengumpul dana secepat yang mungkin. Mencontohi semangat bangsa yahudi.

 Saintis barat dan bomoh mereka sudah tiada bezanya lagi. Kedua-duanya bergabung menabur bakti dalam misi menyesatkan penduduk bumi. Modus operandinya tidak ubah seperti yang dilakukan Darwin. Beliau mengaitkan sains dengan logik akal sebelum menolak segala apa yang disuruh dalam agama. Begitu jugalah misi Kiamat 2012 ciptaan geng the hidden hand yang penuh tipu muslihat.

1.Giat menyampaikan. 2.Perancangan mapan menghadapi fitnah akhir zaman. 3.Perbanyakan majlis ilmu melalui saluran media yang mendidik minda. 4.Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan musuh mahupun ketentuan illahi.

 Syukur Allahamdulillah, ada juga di kalangan umat Islam yang telah melakukan serba serbi penyelidikan mengenai ' Helah Kiamat 2012 ' ini. Persediaan bagi menghadapi agenda geng the hidden hand ini memerlukan pengelibatan ramai pihak, dalam erti kata lain penyatuan umat Islam. Penyelidik, penulis, pendidik, kerajaan sehinggalah ke rakyat jelata harus berganding bahu.


 Usah khuatir, kejar akhirat, Insha Allah dunia  dapat. Persoalannya, di manakah kita sewaktu peristiwa tersebut berlaku ? dan apakah umat Islam sudah cukup bersedia untuk menghadapi kiamat sebenar atau kiamat palsu ?

Dec 13, 2011

ridoma opinion: Bulan purnama.

" Tidaklah menjadi hal atau mencapai tahap kempunan akan keinginan terhadap kepentingan duniawi itu sehingga terpaksa melepaskan agama untuk dicicah-cicah lalu dikunyah sampai lumat."

ridoma rindukan bulan.

 Wajah bulan purnama malam ini sudah puas aku tatap. Semakin larut malam, semakin ramai pula yang beransur ke kamar masing-masing. Aku keseorangan di ruang tamu bersama lapy berkerak aku ini. Sambil menaip aku menelinga, kalau-kalaulah ada bunyi ganjil di luar rumah. Bukan sebab aku takut hantu ya? Tak mainlah takut-takut hantu, macam budak-budak !

 Al-kisahnya, tempoh hari kecoh jiran-jiran sekawasan aku dengan isu semasa yang hot, si pencuri kasut. Tidak ada lain, ini mesti kerja si Mat Pit yang suka-suki jual semula kasut orang yang dicurinya ke kedai bundle. Meluat aku fikir.

 Cara mereka cari duit lebih gamaknya. Paling tidak aku sudah bersedia. Kalaulah aku berjaya menangkap mereka, kuali tembaga mak aku-lah bakal menjadi mangsa hempukan dengan gaya sekuat hati ke atas kepala haram jadah pencuri itu ! Haha baru puas hati aku.

Dec 3, 2011

Bandar Kajang Banjir !

"Rasakan wahai manusia yang tidak memikiokan kesan alam sekitar. Kami dan anak cucu kamu sedang merasainya.."

Kajang banjir !? Gerun aku mendengarnya. Kebetulan aku berada di Bandar Shah Alam sewaktu beberapa kawasan janaan utama rezeki di pusat Bandar Kajang sedang ditengelami air teh tarik mamak yang banyak. Gabungan Teh Tarik Mamak Sedunia gamaknya. Suasana riuh menyelubungi penduduk sekitar. Gempar !

Kumpulan gambar disekitar pasar Kajang.