Apr 16, 2012

Bunga-bunga cinta


 Luangkanlah masa membaca atau mendengar sunnah Rasullah SAW dalam mendidik anak-anak. Teladanilah kisah saidina Umar Al-Khatab menyelesaikan masalah, apabila seorang bapa membawa anaknya berjumpa dengan beliau.

 Insya Allah dengan ilmu yang ditimba, berkuranganlah masalah komunikasi antara anak-anak dengan kita.

 Dalam masa yang sama, si anak juga haruslah menerima hakikatnya sebagai seorang anak. Walaubagaimana sekalipun mereka, percayalah anda sedang dididik menjadi seorang yang hebat.-Murabbi Cinta, Ustaz Hazrizal Abdul Jamil.

 Pengalaman mendepani tekanan pada usia yang muda, bukanlah satu penghalang. Bahkan inilah yang bakal mengubah hidup kepada seseorang yang lebih menghargai kejayaan. Anda hebat !

Road to Heaven

Mencintai Mu

Apr 12, 2012

Alat pengesan banjir abah !


 Amaran tsunami ? Semalam, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang berukuran 8.5 skala richter tanpa tsunami. Apa sekalipun, bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan.

 Teringat ketika zaman banjir di Tanjung Karang. Gara-rara empangan pecah, habis semua rumah di sekitar pekan dan kampung terdekat ditenggelami air.

 Budak-budak kampung seronok bermain air. Saya tumpang sekaki melihat keseronokan mereka. Cuma bezanya saya ibarat burung dalam sangkar, bermain seorang diri dalam kawasan banglo kediaman TNB. Saya tidak dibenarkan keluar kerana masih baru di situ.


 Seronok bermain air paras lutut. Pengalaman pertama kalilah katakan. Kalau bernasib baik, dapatlah melihat ikan sebesar lima kali ganda saiz pelempang saya yang tersangkut pada pagar rumah.

Jarang saya terjumpa haiwan lain. Bagi yang bertuah, mereka mungkin boleh mengintai buaya katak yang comel di bawah rumahnya (jenis rumah kampung yang tinggi). Buaya katak  sesat, boleh bergerak laju dan melompat dengan kakinya. Ganas.

 Paling eksotik, saya pernah terlihat anak ular yang sedang berusaha melarikan diri daripada banjir. Saya menghalaunya dengan sepenuh hati mengunakan penyapu.

 Haha ! Terasa hebat, menghalau ular sambil bersila panggung dengan senyuman sinis. Semuanya sebelum mak menjerit dan mengarahkan saya berhenti menyakat anak ular itu.

 Banjir berlarutan selang beberapa bulan. Boleh dikatakan kerap oleh penduduk asal kampung di sana. Walau bagaimanapun, ia sekadar menanti empangan baru yang lebih kukuh siap dibina.

 Dalam tempoh itu, abah telah mengambil keputusan untuk membina tembok di hadapan pintu. Bukan kami sahaja, bahkan boleh dilihat di kebanyakan rumah di sekitar kawasan tersebut.


 Binaanya tidak begitu efisyen. Ketinggiannya cukup untuk menahan air yang setinggi lutut. Pernah beberapa kali air melimpah masuk ke dalam tembok tersebut.

 Kadangkala air naik tidak terjangka. Adakalanya ketika orang ramai sedang nyenyak tidur, air naik sekitar jam 4 pagi. Keadaan tidak terjangka ini menyebabkan abah saya muncul dengan idea hebatnya !

Boya Malaysia (alat pengesan tsunami).

 Dia telah merekacipta sebuah mesin yang mampu memberi amaran awal ketika air sedang naik. Lebih kurang macam boya jugalah.


 Abah memang terkenal dengan ciptaan berinovasi semenjak di usia kanak-kanak lagi. Maka tidak hairanlah jika anak-anaknya juga berkongsi bakat terpendam =)

 Gambarjah B: Air naik menyebabkan berlakunya tindakbalas pada connector dan hasilnya berjaya mengejutkan kami untuk persiapan banjir !

ridoma 4.0

Apr 7, 2012

Tunggang rusa yeeha~


 Perjalanan semalam memang jauh. Daripada rumah ke Shah Alam. Daripada Shah Alam ke UiTM Puncak Alam dan kemudiannya pulang semula ke rumah. Ke hulu ke hilir, berhujan dan berpanas, mendatar dan berbukit.

 Tiada masalah, biasalah tu. Cuma masalahnya berpunca daripada si rusa, tunggangan comel saya. Tugasnya mengantikan si kodok yang cuti rehat.

 Nasib baik dia tak mogok semalam. Si rusa memang cerewet. Jika cuaca hujan, dia kebiasaanya tidak suka lecak. Jika terkena, mulalah dia terbatuk-batuk. Kadang, langsung tak mahu berjalan semula.

 Jika cuaca panas terik dan di tambah pula perjalanan yang agak jauh sedikit, mulalah dia kehausan. Radiator kering gamaknya. Manja sangat, mentang-mentanglah selalu jenjalan sekitar Bandar Baru Bangi je !

 Demi menjaga kesihatan si rusa yang berpanjangan dalam menghadapi kedua-dua keadaan ini, semalam saya terpaksa menjadi tuan yang baik hati, kaki belai dan memahami lengok bahasa mesin yang diperbuat daripada besi ini. Setiap kali hujan, saya akan pastikan si rusa dapat mengelak daripada sebarang lopak berair.

 Manakala setiap kali tersangkut dalam kesesakan di jalan raya, saya akan pastikan suhu enjinnya tidak melepasi tahap bahaya. Kalau dia demam, alamatnya tersenyum redha-lah saya dengan mata sepet dan pipi yang tembam bersama si rusa di pinggir lebuhraya.

 Tersengih sambil berdiri tegak, memerhati kereta satu-persatu melepasi kami. Blur. Terperasan macam suasana dalam iklan karya pengarah Yasmin Ahmad pula rasanya. Fantasi semata-mata ! haha..


 Justeru itu, demi mengelakkan adegan iklan tidak berbayar daripada kami berdua, saya harus sentiasa peka dan pastikan pengunaan air-cond sentiasa terkawal. Sekejap tutup, sekejap buka. Lama-kelamaan, peluh saya yang satu-persatu menitik secara tak sengaja berbau tungkik.

 Walaubagaimanapun, pengalaman beharga ini hanyalah kerana urusan konvokasyen UiTM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Paling nikmat, sewaktu terpaksa berbuka puasa tanpa minuman atau makanan di dalam kereta.

 Sungguh tidak terjangka. Inilah akibatnya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur selama sejam semalam. Assalamualaikum kawan ! =)