May 31, 2012

ridoma homemade chocolate 8.0





 Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. semalam aku ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mendaftar perniagaan buat kali pertama.

 Menarik dan mudah. Tak payah berdiri lama. Tak payah berpeluh ketiak. 

 Sekarang SSM offer rm60 untuk 5 tahun terus bagi sesiapa yang ingin mendaftar perniagaannya sendiri bermula hari Jumaat sehingga hujung tahun ini. Pakai kasut, jangan pakai selipar ke sana pula ye..hehe
Jum rasa ridoma chocolate!

PM saya di fb atau hubungi 013-3402790 (farid)

May 28, 2012

ridoma homemade chocolate 7.0


Assalamualaikum, hi kawan-kawan.. korang suka makan coklat ? Kalau suka, tahu tak yang sebenarnya coklat mampu merendahkan paras kolesterol. 

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. 

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut.


Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

50 pcs of Milk & 50 pcs of Dark chocolate with Almond from Mr.Anuar. 
 
Coklat mengurangkan risiko sakit jantung. Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat makanan penuh tenaga. Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.


Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

40 pcs of Milk Chocolate with Almond from Suhaini (round box).

Ridoma chocolate bukan sekadar sedap, bahkan halal dan bersih. Apa yang penting, korang membeli produk muslim tanpa ada rasa was-was. Pendek kata, ridoma chocolate recomanded kepada sesiapa sahaja teringin untuk merasanya. Sila PM ke fb ridoma atau hubungi 013-3402790 (farid) untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Terima kasih kepada kerabat terdekat, rakan-rakan, siswa siswi UiTM dan warga JPMD PPUKM yang selama ini tidak pernah putus memberi sokongan terhadap ridoma chocolate.

May 26, 2012

ridoma homemade chocolate 6.0

ridoma chocolate

Assalamualaikum, hi kawan-kawan dan bloggers.. thanks to miz nur nabilah kerana sudi menjemput Ridoma Chocolate sebagai penaja giveaway beliau pada 20 may lalu. Kami sedia menaja cik adik..Giveaway " Blog Saya Superb Cun" . Kepada semua bloggers, apa tunggu lagi? Meriahkan giveaway terhangat untuk korang ni cepat.  

Giveaway yang sweet and awesome untuk korang ni turut ditaja oleh beberapa individu lain. Kepada yang berminat, korang klik di sini untuk maklumat lanjut. Join jangan tak join =)

Ribbon..

 
ridoma Dark & Milk Chocolate with almond in two different colours of sticker..credit to Ana D'skodeng

 Ok tak ada cerita banyak lagi, ni beberapa gambar untuk tempahan ridoma chocolate pada hari Khamis yang lalu.

 
  15 pcs of dark & 15 pcs of milk chocolate with almond. Souvenir from Didi to her friend.

 100 pcs milk chocolate with almond, from Ana D'skodeng to her lovely daughter's birthday party.

May 18, 2012

ridoma homemade chocolate 5.0

Ridoma Chocolate sedia menerima tempahan Dekorasi Cokelat untuk hantaran perkahwinan, pertunangan dan lain-lain..

sms 013-3402790.

 Warna dan dekorasi pelbagai mengikut tema majlis.

Hubungi segera untuk tempahan majlis anda.

Pautan ridoma chocolate :


ridoma homemade chocolate 4.0


Hayatilah originaliti ridoma solid chocolate..

 Hi Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan.. kali ni aku nak berkongsi cerita ridoma chocolate trip to Shah Alam. Lega rasanya dapat menyiapkan tempahan seorang gadis daripada UiTM.

 Seronok sangat tengok orang lain puas hati dengan hasil kerja kita sendiri kan ? tipulah kalau korang tak. Feelnya lebih kurang macam bantu orang angkat barang. Tapi feel siapkan makanan untuk orang lain sikit terujanya. Tambahan pula apabila product makanan kita dipuji sedap, rasanya berjuta-juta kali ganda puasnya! haha..


 Bersusah payah aku menyiapkannya. Semalam bahagian production ridoma chocolate terpaksa over time. Bahagian pengeluaran ridoma tutup pukul 2 pagi, gara-gara kerja menampal sticker pada chocolate yang belum selesai. Keseluruhannya, pukul 4 pagi baru aku dapat peluk bantal busuk di rumah.

 Esok aku akan menjalankan R&D ke atas ridoma chocolate di slaah sebuah makmal coklat terkemuka. Jika dahulunya ridoma chocolate hanya untuk kaum keluarga terdekat, lepas tu rakan-rakan, kini untuk semua. Bukan setakat hygiene sahaja yang perlu dititik beratkan.

 Bahkan kualiti tekstur, rasa, ketahanan, kekacang, kulat dan bungkusan juga menjadi agenda utama ridoma chocolate dalam masa terdekat ini. Sebarang peningkatan mutu, jaminan terbaik daripada ridoma chocolate yang hanya bertaraf homemade di usia setahun jaggung ini.



May 16, 2012

ridoma homemade chocolate 3.0


Hi Assalamualaikum..hey ridoma chocolate trip kali ini ke UiTM Shah Alam. Jualan terbaru super duper sweet ridoma chocolate mendapat sambutan yang tinggi. Terutamanya di kalangan pelajar perempuan yang super duper owesome tidak putus-putus memborong ridoma chocolate.

 Ramai yang cakap cokelat perisa milk sedap gila! lebih-lebih lagi yang berkacang. Siap ada yang sesuki hati mengatakan cokelat milk aku berperisa Strawberry.

 Thanks aku ucapkan kepada warga UiTM Shah Alam, sebab memuji dan membeli ridoma chocolate yang sedap haha.. kan aku dah cakap sedap. Bukan setakat sedap je yang aku kisahkan, tapi yang paling penting hygiene ! kalau tak hygiene, tu bukan aku.


 Buat peringkat permulaan ni, target market aku di sekitar Bangi & Shah Alam dulu. Next, target aku untuk korang yang membaca. Walau sejauh mata memandang bintang. Haa kan dah terkeluar ayat sanskrit gua. Kalau ada sesiapa yang berdekatan yang nak order ridoma chocolate pon apa salahnya.

 Ridoma chocolate mempunyai dua perisa, exclusive taste (dark) & romance taste (milk). Manakala corak yang dihasilkan setakat ni simple je, but nice. Chomel-chomel je.


 Last week ridoma chocolate laris dalam masa 2 hari. Pelik jugak aku dengan sambutan jualan pertama kali. Semalam pon laris dalam tempoh tak sampai dua hari. Cuma aku je yang tak larat nak buat banyak-banyak huhu.. Bak kata nenek aku, pelan-pelan kayuh.. kayuh lelaju kang tercabut lutut.

 Esok lusa manalah tahu korang pulak nak order ridoma chocolate. Tapi kalau nak order, order beberapa hari lebih awal tau haha.. Untuk production yg ke empat, iaitu next week. Ridoma chocolate lebih mudah untuk dibezakan antara yang berkacang atau tidak berkacang. Sebab sticker cokelat aku dah siap..!

 Ridoma chocolate mempunyai tiga jenis sticker, iaitu warna biru untuk yang original-tanpa kacang, warna cokelat untuk yang berkacang dan warna pink untuk perisa strawberry. Buat masa sekarang, pengeluaran perisa strawberry chocolate masih di peringkat akhir perbincangan yang ditentukan oleh aku sendiri.
 Itupon setelah aku dihubungi oleh seorang kakak baru-baru ini. Seorang staff daripada agensi kerajaan yang request ridoma chocolate berperisa strawberry. I said ok. Ok je memanjang haha..

May 11, 2012

ridoma homemade chocolate 2.0

 Balang-balang cokelat ku.

Hi Assalamualaikum kawan-kawan.. hari ini saya terasa nak continue tajuk daripada entri ridoma homemade chocolate 1.0.

 Bagi yang nak mencuba, aku nak share sikit kerja-kerja menuang chocolate memang fun gila, but sometimes korang kena berhati-hati, sebab ada chocolate yang sensitive to surrounding temperature. Overall experience aku buat chocolate ni tak lah susah sangat, cuma leceh je.

 Gambar cokelat yang aku niagakan di UiTM Shah Alam.
Simple but mengenyangkan.

 Apa pun tak jadi hal sangatlah, as long as korang ikut pesan nenek aku. " Pactise make perfect". Ingat laki tak leh buat cokelat ke? haa kan kan? apa lagi jum la try.

 Maka dengan tersengajanya aku memperkenalkan produk 'ridoma homemade choclate' ini kepada korang semua.

 Terdapat dua perisa chocolate, dark and milk. Both ada yang berkacang dan tak berkacang. Boleh dibezakan melalui sticker berwarna biru dan cokelat. Pilih mana yang korang suka la kan ? haa..

 Sape-sape yang nak merasa, tempah atau support cokelat saya ini, dipersilakan =)

 Aku tak janjikan kesempurnaan, homemade recipe je pon. So sape-sape yang rasa-rasa dirinya tertinggal berdekatan Bangi atau Shah Alam yang berminat, bolehlah membuat pesanan di ridoma fanpage atau di fariduddin_alislam@yahoo.com. Tadaa..! Sekian, terima kasih =)

Pautan ridoma chocolate :

3. ridoma homemade chocolate 5.0